Saturday 23 April 2016

First Lady Of Khalifah Umar Vs FLOM isteri PM Najib.

Pada pemimpn yang mengaku perjuangannya ialah untuk agama,bangsa dan tanahair, sila baca kisah tauladan Khalifah Umar Al-Khattab tentang hadiah kalung yang isterinya dapat,

Pernah pada suatu masa Khalifah Umar al-Khattab melihat isterinya memakai seutas kalung, sedangkan Khalifah Umar tidak pernah membelikan isterinya kalung seperti itu.

Kemudian Umar bertanya isterinya, " Dari mana kalung itu kamu perolehi?" Isteri Umar menjawab," Kalumg ini saya peroleh dari isteri Raja Romawi yang memberi hadiah semasa berkunjung ke mari tempoh hari". Lalu Umar perintahkan isterinya menanggalkan kalung itu untuk dihantarkan ke Baitul Mal.

Umar berkata, " Kalung itu adalah hak negara". Lalu jawab isterinya," Saya kira bukanlah hak negara kerana ia adalah satu hadiah kepadaku".

Kemudian Khalifah Umar menegaskan kepada isterinya, " Ketahuilah bahawa kamu menerima hadiah itu kerana kamu isteri Khalifah. Kalau kamu bukan isteriku tentu tidak akan dapat hadiah tersebut. Lihatlah berapa ramainya wanita Arab di Madinah ini, namun tidak seorang pun yang dapat hadia semacam itu, bukan?" " Isteriku, jika kamu berkeras, kamu putuskanlah samada kamu pilih Umar bin Khattab atau pilih kalung itu."

Akhirnya isteri Khalifah Umar ra. menyerahkan hadiah kalung tersebut dan dihantar ke Baitul Mal kerana Umar telah memutuskan bahawa ianya adalah hak Negara.

Siapa  yang berani hendak sanggah kisah Khalifah Umar ini?

No comments:

Post a Comment