Showing posts with label Pakatan Rakyat.Politik Malaysia.. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat.Politik Malaysia.. Show all posts

Friday, 23 October 2009

Tian Chua The Real Political Beast.

Ini Tian Chua..Oops!! YB. pengubal dasar Kerajaan Malaysia di Parlimen.
Beliau ialah satu-satunya Ahli Parlimen yang gigit polis di 1Malaysia...ahha..mungkin seluruh buana pun tak ada wakil rakyat suka gigit dan 'kekah' orang macam dia.

Yang ini Chua juga namanya.Tetapi Anjing jiran aku.
Chua ini pernah kejar dan gigit Posmen. Tak kisah lah..sebab memang pada dasarnya anjing suka gigit.
Ini mungkin "kembar tak seiras"-wajah berbeza tetapi sama tabiat-


"TIAN CHUA SENTENCED TO SIX MONTHS' JAIL, FINED RM3,000 FOR INJURING POLICEMAN"


Bila terbaca Tajuk ni aku ingat anjing jiran aku yang kena..rupa-rupanya Ahli Parlimen yang dipilih untuk mewakili rakyat. Orait ..mungkin waktu kempen piliharaya 12 dulu..Chua yang diatas itu berslogan "Kalau aku kalah, aku akan gigit kamu satu per satu" Maka menang lah dia.


Cuma nak ingatkan Nik Aziz dan Hj Hadi...Tak mustahil Chua dan rakan-rakan mereka akan gigit kamu berdua!! Kalau dah perangai macam haiwan tu buat baik pun ia tetap haiwan...
Aku bimbang takut-takut Nik Aziz dan Hj Hadi ada 'kencing manis'..kalau digigit lukanya tak sembuh..akhirnya kena potong dan kudung lah mereka berdua.



Wednesday, 23 September 2009

PAS Anak Bongsu PAP

Lee Kuan Yew dilaporkan telah berucap dalam majlis meraikan Presiden Chaim Herzog dari Israel dengan kata-kata yang bermaksud;


'Kamu telah berjaya mengajar Umat Islam di padang pasir, ajarlah kami bagaimana menghadapi Umat Islam di hutan belantara'.

Siapa Lee Kuan Yew?

Pengasas PAP di Singapura.

Dari mana asal usulnya?

Tiongkok.TANAH BESAR CINA.

SETELAH DITENDANG KELUAR DARI MALAYSIA PAP TIDAK BOLEH BERKEMBANG DI SEMENANJUNG. KULIT PAP DIGANTIKAN DENGAN NAMA BARU (REBRANDING). MAKA LAHIRLAH DAP YANG ISI PERUTNYA SINONIM DENGAN PAP.

ILMU YANG DIDAPATI DARI ISRAEL;

UNTUK ORANG CINA PAP DIGANTI DENGAN NAMA DAP.(BUANG HURUF P DIDEPAN GANTI DENGAN D)

Dari PAP jadilah DAP

UNTUK ORANG MELAYU DAN ISLAM PAP DITUKAR PADA NAMA PAS(BUANG P DI AKHIRAN GANTI DENGAN HURUF S)

'KUN-FAYAKUN' dari PAP jadilah PAS.

Buanasuara:

Sekadar ingat mengingati antara satu sama lain.

ISRAEL DARIPADA TIDAK ADA NEGARA MALAH MERUPAKAN BANGSA MEREMPAT TELAH BERJAYA MENUBUHKAN SEBUAH NEGARA SENDIRI.

APA BEZANYA DENGAN LEE KUANG YEW?

LKW PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN "TIDAK MUSTAHIL SINGAPURA BOLEH KEMBALI DAN BERSATU SEMULA DALAM MALAYSIA"(Memang tidak mustahil sekiranya DAP menguasai negara ini)

Kendalikanlah kompas PAS ke landasan yang betul sebelum BALA MENIMPA ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM.

UMNO dan PAS perlu bersatu!!!

Saturday, 18 July 2009

Anwar,Lim And Son, Azizan; Bagaikan Si Kudung Dapat Cincin


Rakyat harus sudah boleh menilai kerenah Pemimpin-pemimpin PR. Sepanjang pemerintahan sejak PRU 12 lalu tidak ada perkembangan positif yang diterapkan kecuali berpolitik siang dan malam.

Itulah sebabnya apabila berlangsungnya Pilihanraya, kecil atau umum rakyat wajib meneliti dan mengkaji baik buruknya seseorang calon atau sesebuah parti itu untuk dipilih. Jangan syok pada parti semata-mata.

Setakat ini kita dapat menyaksikan politik celaru Kerajaan Negeri Perak sehingga wujud Sidang Bawah Pokok dan sebagainya. Kanak-kanak tadika pun tertawa. Macam iklan sidang parlimen dalam kempen susu di TV satu waktu dahulu.

Gantung-mengantung Ahli Dewan berleluasa disana sini dalam negeri-negeri yang diperintah PR. Akhir-akhir ini Dr Khir Toyo dan anak buahnya digantung Dewan di Selangor. Bukannya hendak menjadikan Dewan yang mulia sebagai tempat bertukar-tukar pendapat untuk kebaikan rakyat tetapi dijelmakan sebagai tempat usir mengusir. Macam si Kudung dapat cicin.

Begitu juga Kisah Babi di Kedah tidak habis-habis. Isu sekecil itu pun jadi porak-peranda habis seluruh rakyat Kedah.

Di Pulau Pinang, bukan setakat Industri Buah Pala tidak berkembang, malah Kg Buah Pala pun dah tergadai. Itulah kehebatan yang di uruskan PR.

Setakat ini apa yang kita lihat bukanlah satu krisis. Ia Cuma satu isu. Pengurusan satu-satu isu yang kecil kalau tidak tepat tindakan dan pengurusannya akan menjadi krisis yang merugikan.

Demikian juga kalau isu yang melibatkan personaliti dari PR, akan di sudahi dengan demontrasi. Kalau katak belaan PR mati kerana perbuatan sendiri pun rakyat dikerah berdemontrasi. Tidak setakat berdemonstrasi malah melaung-laungkan macam orang histeria untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Ini adalah cerminan kebobrokan minda pemimpin PR.

Lain kali pilihlah calon-calon dan pemimpin yang mempunyai ‘the right talent’ atau bakat yang betul kerana mereka mementingkan ‘good heads and good legs’ –yakni otak yang baik dan tindakan yang betul. Pemimpin-pemimpin yang mempunyai bakat yang baik lazimnya mempunyai matlamat yang jelas.

Di Negara kita ada 4 kepercayaan agama yang dominan; iaitu Addinul Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Kesemuanya menentang kezaliman. Jadi perlu apa kepada demonstrasi?

Mereka harus berpegang bahawa dalam kesusahan itu ada penyelesaian-‘when there is a problem, there is always a solution’. Masyarakat memerlukan pemimpin yang mahir dalam ‘problem-solving, decision-making dan art of negotiation’, bukan berdemonstrasi memanjang.

Kalau Shintaro Ishihara berani menulis , The Japan that Can Say No, kita juga ingin membuktikan bahawa kita adalah bangsa besar dan bangsa gagah yang tidak tunduk kepada unsur-unsur yang merugikan kita, melalui seruan kepada rakyat Malaysia dengan slogan “The Malaysian that will Never say Yes Sebarangan”.