http://sanggulmelayu.blogspot.com/2009/09/pru13-pas-sah-menang-di-kedah.html
Gambar dari sanggulmelayu
2 Negeri bawah perintah PAS;
- Kedah.
- Kelantan
Kedah lebih popular dengan 'jelapang Padi' kini diberi bermacam-macam gelaran seperti 'Jelapang Babi' satu ketika dahulu.Terkini dilabelkan sebagai 'Jelapang Sampah' pula
Sementara Kelantan dari 'Serambi Mekah' sudah diberi jolokan 'Serambi Sampah' dan 'Jemuran Hollywood'.
Kawan dan lawan telah mengakui bahawa kedua negeri ini adalah negeri yang terkotor di Malaysia. Sampah sarap yang terbiar di segenap lorong dan di sudut -sudut pasar Siti Khadijah umpamanya adalah amat memalukan Islam.
PAS adalah bertanggungjawab sekiranya orang bukan Islam dan pelancong mendapat persepsi yang salah tentang Islam dengan cara PAS mempamerkan sampah di bandar-bandar seantero Kelantan dan Kedah.
Dimanakah wibawa PAS dalam soal sekecil ini. Usah berslogan dan berceramah tentang "Kebersihan adalah sebahagian daripada iman" dan mendabik dada "akulah pejuang Islam" jika bandar-bandar di Kelantan dan Kedah tidak mampu diuruskan kebersihannya.
Pasar Siti Khadijah di Kelantan umpamanya; tikus-tikus berkeliaran semasa pengunjung sedang menjamu selera. Tidakkah ianya memalukan dan mencemarkan nama baik Ummatul-Mukminin.
Kata rakyat yang sudah muak dengan rhetorika slogan PAS. "Betapa liarnya tikus di Pasar Siti Khadijah begitulah liarnya hati pemimpin PAS dengan isu kebersihan".
Eehh Buanasuara..rupanya kita ada persamaanlah..Asala dari negeri yang mula dengan K..Kedah dan Kelantan..Negeri Kotor..Kui Kui Kui.. Kedah baru-baru ni je jadi negeri kotor..Lagi satu Buana..sampah kat rumah CCZ dah masuk 7 hari dah masih tak diangkut. Tikus, lipas, lalat jangan katalah..udara pun dah jadi busuk buana oi..
ReplyDelete