Monday 22 February 2010

Seketul Daging Khinzir Dalam Gulai Kawah UMNO

buanasuara:

1. Kedudukan Ikmal Hisham sebagai Ketua UMNO Bahagian sudah terencat.Beliau telah hilang kelayakan.

2. Sebagai seorang yang bergelar pemimpin,hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada dalam hal ini. Beliau wajib berundur segera setelah mengetahui status beliau.

3.Maruah UMNO lebih penting daripada maruah diri sendiri. sebab UMNO adalah milik orang Melayu bukannya milik peribadi.

4.Secara sinisnya, sekawah gulai daging lembu kalau terjatuh seketul daging khinzir, bukan setakat gulai itu tidak boleh dimakan, tetapi kawah itu pun mesti disamak.

Dalam Akta 18B(2)
Jika seseorang yang hilang kelayakan dibawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu, maka, apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen (1), Memberikan efek kepada kehilangan kelayakkan itu dan menjalankan suatu pemilihan baru berkenaan dengan jawatan itu dengan seberapa segera yang praktis mengikut perlembagaan, kaeadah-kaedah dan peraturan-peraturannya.

2 comments:

  1. Berapa kerat yg dok ambil kisah ttg akta perlembagaan tubuh ni...??
    Masing2 cuma bersandarkan pada akta 'kepala agong' je...
    Cukup tebal..kira sattle semua perkara..
    Mana boleh ketam mendidik anak berjalan lurus...?

    ReplyDelete
  2. Kita akan saksikan sekiranya UMNO masih memihak kepada individu yang sudah hilang kelayakan oleh ROS dikekalkan oleh UMNO pusat..maknanya lagi terang lagi bersuluh budaya fulus yang di semai oleh pimpinan UMNO.

    Kes ini juga akan memberi cabaran kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang tidak kurang lulusan undang-undang serta pengamal undang-undang. Kita tengok samada mereka pengamal undang-undang serta pemimpin yang mematuhi rukun Negara atau mereka sebenarnya 'burung tiong'.

    Disamping itu kita juga akan menyaksikan bagaimana Dato Hishamuddin selaku Menteri yang menjaga ROS bertindak. Beliau adalah seorang peguam dan berpangkat Naib presiden UMNO.

    Buanasuara hanya tunggu dan lihat sejauh mana Akta Pertubuhan yang diluluskan oleh Parlimen dipraktikkan. Atau hanya sekeping kertas yang tidak bernilai...wallahualam.

    ReplyDelete