Monday 15 February 2010

Si Bebal Dalam UMNO


Kesahihan ketua Umno Tanah Merah dipertikai
Abdul Rahim Sabri Feb 12, 10 10:43am

Seorang bekas pemimpin Umno Tanah Merah mempertikaikan status jawatan ketua Umno dan timbalan ketua bahagian tersebut yang didakwanya tidak berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut susulan cawangan mereka berstatus "dibubarkan sementara" oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 15 November 2007.

Bekas setiausaha Umno bahagian itu, Amran Abdul Rahman mendakwa ketua bahagian berkenaan, Ikmal Hisham Abdul Aziz dan timbalannya, Baharuddin Yusof, yang masing-masing dari cawangan Pondok Lama dan Banggol, adalah dari cawangan terbabit.Menurutnya lagi, dalam tempoh tersebut, cawangan berkenaan dilarang mengutip yuran dan ahlinya ini tidak boleh menjadi perwakilan atau menawarkan diri untuk bertanding.

Bagaimanapun Amran mendakwa kedua-dua pemimpin tersebut menawarkan diri untuk bertanding bagi kedua-dua jawatan dan menang dalam pemilihan parti itu pada tahun 2008.

"Untuk bertanding pada pemilihan tahun 2008, ia haruslah berdasarkan kepada yuran 2007. tetapi perkara ini (pembubaran sementara) tidak didedahkan.
"
Jadi mereka dibenarkan bertanding pada 2008. Pada hal, status cawangan tersebut dibubarkan. Jadi mereka tidak ada kelayakan untuk bertanding.

Mereka tidak ada kelayakan untuk menawarkan diri untuk bertanding," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Amran mendakwa perkara tersebut menyalahi peraturan ROS dan sekiranya tidak diselesaikan ia akan menimbulkan lagi berbagai masalah antaranya berhubung perlantikan penghulu.

Menurutnya, beliau telah membuat aduan tersebut kepada ibu pejabat parti dan badan perhubungan Umno negeri, berhubung perkara ini sejak 2008.

Bagaimanapun, katanya tiada tindakan susulan daripada pihak yang berkenaan.Ekoran itu, beliau membuat aduan polis pada 30 Januari lalu berhubung perkara itu selepas mendapat salinan surat dari ROS pada 25 Januari lalu.

Dalam aduan itu, Amran mendakwa kedua-dua cawangan tersebut telah menerima surat pembubaran sementara, bermula pada tarikh 15 November 2007 dan dibatalkan pendaftarannya berkuatkuasa 10 November 2009 oleh ROS.

Sementara itu, ketua Umno bahagian itu, Ikmal Hisyam Abdul Aziz berkata semasa pemilihan jawatan tersebut dua tahun lalu, ibu pejabat parti memberi kebenaran untuk mereka untuk bertanding.

"Masa itu, ibu pejabat Umno kata ahli di bahagian boleh bertanding dan cawangan masih lagi sah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sambil mengesahkan menerima surat pembatalan pendaftaran cawangan tersebut daripada ROS.

Menurutnya lagi, mengikut perlembagaan Umno, sekiranya sesuatu cawangan yang dibubarkan, seseorang ahli masih lagi boleh bertanding atau boleh memegang jawatan di dalam parti.

"Cawangan hanya dibatalkan oleh ROS. Keahliannya dalam Umno tidak tergugur," katanya sambil menambah seseorang itu boleh merayu atau mendaftar di cawangan yang lain.

Ikmal Hisyam berkata, beliau sudah membuat proses rayuan untuk menghidupkan semula cawangan termasuk cawangannya yang dibatalkan oleh ROS sejak memegang jawatan itu pada 13 Disember 2008.

Dalam pemilihan jawatan ketua bahagian tahun 2008, Ikmal Hisyam mendapat sokongan 92 daripada 108 cawangan di bahagian Tanah Merah.

Buanasuara:
Ikmal Hisham sudah keliru. Beliau telah keliru dan dikelirukan tentang perbezaan antara Akta Pertubuhan dengan Perlembagaan UMNO.

Kepada Ketua-ketua UMNO Bahagian dan Cawangan yang tidak mahu jadi Si Bebal yang tidak sabar macam Ketua UNO Bahagian Tanah Merah sila rujuk pada peranan ROS supaya nanti apabila diwawancara tidak mengeluarkan statement macam Si Pandir yang boleh membawa mudarat kepada orang lain pula.

Dari kenyataan Ikmal di atas boleh menyeret Setiausaha Agung UMNO kononnya kalau dia bebal maka Setiausaha Agung UMNO juga jahil dan melanggar Akta Pertubuhan.

Untuk kepastian sila baca apa dia akta 1966 dan peranan JPPM atau ROS yang buanasura kepilkan dibawah:

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM atau ROS) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik.
Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966,

sesebuah pertubuhan ditakrifkan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.

Pada 2009, Pendaftar Pertubuhan ialah Datuk Md Alias Kalil. Terdapat 115,537 pertubuhan berdaftar di Malaysia iaitu 45,802 pertubuhan induk dan 69,735 pertubuhan yang mempunyai cawangan

Fungsi utama Jabatan adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan; mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar.


Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, Jabatan menjalankan tugas-tugasnya dari aspek pendaftaran, pengawasan dan pengawalan. Dalam hal ini penumpuan diberi kepada beberapa aktiviti berikut:

~Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan untuk kebenaran bagi menubuhkan cawangan pertubuhan.

~Memproses permohonan daripada pertubuhan berdaftar mengenai pertukaran nama dan alamat, pindaan undang-undang, pendaftaran undang-undang baru dan kebenaran menggunakan bendera, lambang dan lencana serta tanda-tanda lain.

~Mendaftar pegawai-pegawai awam bagi pertubuhan untuk urusan pendakwaan di mahkamah.


~Mengesahkan pelantikan pemegang-pemegang jawatan pertubuhan bagi menyempurnakan segala suratcara berkaitan dengan harta takalih pertubuhan

Di dalam aktiviti pengawasan dan pengawalan pula, Jabatan bertanggungjawab di dalam:
~Mengawal kegiatan-kegiatan pertubuhan dan cawangan pertubuhan supaya selaras dengan tujuan-tujuan berdaftarnya dan tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak di Malaysia.

~Menyemak penyata kewangan tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi memastikan kepentingan dan hak ahli-ahli adalah terjamin.
~Menyemak minit mesyuarat, penyata tahunan dan maklumat-maklumat lain yang diperolehi daripada pertubuhan dan cawangan pertubuhan atau daripada agensi-agensi lain bagi memastikan pertubuhan menjalankan kegiatan-kegiatannya berlandaskan undang-undang berdaftarnya dan tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau peraturan-peraturan di bawahnya.
~Menentukan jawatan-jawatan di dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan tidak dipegang oleh orang-orang yang boleh memudaratkan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak di Malaysia.

~Menentukan supaya semua pertubuhan berdaftar termasuk cawangan pertubuhan bertindak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri dalam Malaysia.

~Memastikan semua pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan dan cawangan pertubuhan adalah sah dan tidak hilang kelayakan mereka di bawah Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966 untuk memegang atau menjawat jawatan dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan.

~Memastikan hanya mereka yang tidak dikenakan sekatan sekatan di bawah Seksyen 49, Akta Pertubuhan 1966 memegang jawatan di dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan.

~Mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan dan cawangan pertubuhan yang melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 2A, 5, 13 dan 16 Akta Pertubuhan 1966.

~Mengambil tindakan mendakwa pertubuhan dan ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan yang melanggar peruntukan-peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

1 comment:

  1. Yg bebal ni mmg dah banyak pun tapi dik pulus wal mulus semuanya lulus...
    Bila kuasa dah goyang ..masing2 cuba menimbulkan kebaikan diri bukannay nak membetulkan keadaan yg dah hampir roboh tu..
    Beginilah bila natijah perjuangan hidup hanya semangat pulus wal mulus..

    ReplyDelete