Tuesday, 25 May 2010

Melayu, Merayau, Meracau, Selepas PRU 13


Orang Melayu sekarang berada di persimpangan. Siapa yang akan menjadi 'juara' mereka. Kalau;

Harapkan sungai sering berubah,
Harapkan pagar makan padi,
Harapkan sokong membawa rebah,
Harapkan untung membawa rugi.

UMNO tidak ada cacat, tidak ada cela. Yang cacat dan yang celanya adalah pemain-pemain utama dalam UMNO. Berakar-umbi dari cawangan hingalah keperingkat tertinggi yang kini dilihat langsung tidak memahami asprasi penubuhan UMNO itu sendiri.

Pohon nyior ditepi laut
ditiup ribut patah batangnya
kapada UMNO Melayu dan bumiputra berpaut
bagimana Melayu nak berpaut,UMNO makin hilang taringnya.

kapas putih pembalut luka
luka tercalar duri rotan
PAS pun tak bolih pilih
PKR masih lagi royan-meroyan

Maka, Melayu hendaklah insaf. Jangan salahkan kaum Cina dan lain-lain bangsa yang hendak memerintah sendiri di Negara ini sebab Malaysia adalah Negara mereka juga.

Ingat!!!Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Ketahuilah mana-mana parti yang menang pilihan raya umum, waima dengan majoriti 1 kerusi pun, maka parti itulah yang menang dan berkuasa.

Buana harap semua pemimpin Melayu yang berkuasa dapat menghayati akan aspirasi penubuhan UMNO dahulu. UMNO dan wira-wira yang menubuhkan UMNO pada Mei 1946 dahulu.

Berpadalah dan berfikirlah sebelum membuat keputusan dan janji. Jangan sampai ada pihak yang naik toncang. Sehingga akan membentuk satu paradigma umum dengan berteraskan kata-kata

"Tidak mengapa kalau tidak menyokong BN kerana kita masih dapat apa yang dijanjikan walaupun BN kalah."

Jika keadaan telah sampai ketahap ini BN akan menghadapi suasana yang amat sukar untuk membetulkannya.

Pancaindera Buana mengatakan bahawa semangat cinta bangsa dalam diri Melayu makin menipis. Semangat dan jiwa Islam dalam diri melayu pun makin pudar . perpaduan sesama melayu semakin rapuh.

Melayu sudah ada 3 kelompok . Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR.

" Memadailah mengikut ugama yang dibawa oleh Tok Arab , jangan pula ikut perangai Tok Arab. Tidak pernah nak bersatu dari dulu sampai sekarang. Kalau melayu masihy alergy nak bersatu , maka akan sampai masanya kita akan jadi macam tok arab, jadi lah unta tunggangan kepada bangsa lain. Tanah Melayu orang lain punya "

Ungkapan ‘Melayu’ yang Buana lafazkan ini adalah meliputi kaum Bumiputera dan juga Orang Asli. Apabila Buana menyuarakan supaya orang Melayu bersatu padu, Buana tidak menyuruh kaum lain supaya berpecah. Begitu juga apabila Buana menyarankan agar orang Melayu mengekalkan kuasanya, Buana tidak sama sekali menyekat kaum lain daripada merebut kuasa secara berperlembagaan.


MELAYU HENDAKLAH INSAF. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA..

2 comments:

  1. assalamualaikum...

    aduh, kasihan sangat kulihat keadaan sekarang ini

    ReplyDelete
  2. Kesedaran..???
    tak ubah seperti anjing menyalak bukit.
    Kenapa berkata begitu?
    Yelah..lihatlah secara sedar dan tak perlu menipu diri sendiri..
    Segala permasalahan yg terbentuk dan akan timbul telah menjadi darah daging ..yakni dah sebati dalam perjuangan ahli2 umno..terutamanya yg berjawatan..lagi tinggi kedudukan makan lagi pekat ketagihnya..
    BELUM hilang rasa pilu akan hilangnya pulau batu puteh ..kini..apa dah jadi dgn tanah milik KTM tu..??
    mampos lagu ni..
    Tak ada ka kaedah lain selain dari menggadai tanah air ..?
    p/s-serahan secara PERCUMA kepada kerajaan johor ....??? HAL AIR TU LAH..? Boleh kah diterima akal ??? walhal laa ni nak kencing pin kena bayaq tau...
    tak habis2 kena tipu..
    kesian sungguh..tapi nak boleh buat apa..?
    Inilah hasil kerja tangan2 umno..

    ReplyDelete