Thursday 16 September 2010

Selamatkah Melayu Di Malaysia?


Selamat Hari Malaysia.
Kalaulah tidak kerana Sabah dan Sarawak, siapakah agaknya yang layak jadi Perdana Menteri Malaysia?

Malaysia Tidak Selamat?
Malaysia harus ditafsirkan sebagai bukan lagi sebuah negara yang selamat apabila setelah 9 kes pembunuhan berlaku, barulah disedari bahawa negara ini mempunyai pembunuh bersiri yang mempunyai "lesen". Sekiranya pembunuhan Datuk Sosilawati tidak berlaku, mungkin suspek adik-beradik pembunuh bersiri ini masih terlepas dari pandangan polis untuk melakukan lebih banyak peras ugut dan pembunuhan. Itu pun belum lagi disenaraikan kes kehilangan kanak-kanak yang tidak selesai.

Siapa Memimpin UMNO?
Pemimpin UMNO masa ini sudah jadi lembik, lembut dan "ow ow".

WHY??..Apabila presiden MCA Chua Soi Lek dan Ketua Pemudanya telah menyelar Ibrahim dan PERKASA serta meminta 'ala mengarahkan' UMNO agar mengambil sikap yang tegas terhadap PERKASA kerana kononnya MCA telah kehilangan sokongan dari kaum Cina.

MAKA..berrrrrlumba-lumbalah pemimpin UMNO kecil besar tua muda segera menembak Ibrahim Ali dan PERKASA. Lebih-lebih lagi Tengku Adnan Tengku Mansor; Setiausaha Agung UMNO. Sedangkan PERKASA ditubuhkan bagi mempertahankan ketuanan Melayu melalui batasan-batasan undang-undang dan Perlembagaan. UMNO sudah sanggup berbalah dengan NGO Melayu berasaskan hanya satu kenyataan Chu Soi Lek.

Jadinya, UMNO sudah mereng. Satu brand yang jijik lagi menjijikkan ramai orang. Kerana apa? Tidak ada lain alasan melainkan telah berjaya melahirkan produk melalui proses pencabulan kuasa, korapsi, sombong dan angkuh. Pemimpin dipilih bukan melalui idea yang bernas sebagai tawaran dan kriteria, tetapi melalui tikam menikam, tipu menipu. Menjadikan UMNO sebuah parti ydipenuhi kaki tipu dan 'Si Bebal yang Tak Sabar'

Melayu sudah tidak yakin lagi bahawa UMNO mampu menampilkan kepimpinan Melayu kepada bangsanya.


No comments:

Post a Comment