you can fool some of the people some of the time, but not all of the people all the time.
Buana teringat masa sekolah rendah dahulu. Cikgu ada menceritakan tentang seorang Raja yang kegemarannya suka memakai pakiaan yg cantik. Kalau boleh tiada tandingnya.
Pada satu hari datang dua orang ‘kaki penipu’ mengiklankan bahawa mereka adalah tukang jahit yang terkenal mahir,bijak dan pandai. Membawa fabrik yang tak pernah dipakai dan ditonton oleh segala rakyat jelata dan raja-raja lain sebelum ini.
Mendengar promosi sedemikian, Raja rasa amat-amat teruja. Lantas terus menempah seragam tersebut.
Suka hatilah kedua-dua Si Penipu ini. Umpannya mengena. Maka kedua-dua penipu ini segera mohon dari tuanku satu tempoh yang agak lama, maklumlah barang yang hendak dibuat ini adalah yang mahal sofistikated dan paling baik sekali diatas muka bumi ini.
Raja tidak sabar. Hari-hari menanyakan tempahan baginda. Baginda disabarkan oleh kedua-dua tukang jahit tersebut dengan janji bahawa apabila siap nanti seluruh rakyat jelata dan raja-raja lain pun akan terpegun dengan kecantikan dan keunikan fabrik ini.
Ringkas cerita…Bila sampai masa dan waktunya, siaplah pakaian baginda itu. Baginda dijemput dan dipamirkan pakaian yang dijahit oleh tukang jahit tersebut. Segala pembesar ditunjukkan dahulu dengan ‘beramaran’..Sesiapa yang tidak dapat lihat kecantikan dan keunikan pakaian baginda ini, mereka adalah ‘anak haram’. Semua setuju dan akur bahawa pakaian itu amat menarik. Ada macam-macam impresi muka dan ‘body language’ dizahirkan kononnya kagum menyaksikan pakaian tersebut amat cantik dan tinggi nilai-nilai estatikanya. Walaupun pada hakikat yang hakikinya mereka tidak nampak apa-apa pun.
Sebenarnya tidak ada pun seutas benang yang dapat mereka lihat. Tetapi takut dibilang ‘anak haram jadah’ maka kesemua pembesar pun mengiakan kebenarannya. Raja pun turut bersetuju dengan keunikan pakaian baginda. Akhirnya pakaian baru tersebut dipakaikan.
Dengan megah tiap-tiap hari raja pun mencemar Duli lah keserata cerok negeri takluknya untuk menunjukkan pakaian baru baginda. Semua rakyat jelata hamba sahaya berbaris dimana sahaja raja turun kerana untuk melihat sediri keunikan fabrik dan jahitan yang dikatakan menakjubkan itu.
Dalam keriuhan dan keramaian rakyat jelata itu, rupa-rupanya ada juga budak cerdik ala Hang Nading yang menyelamatkan Singapura sewaktu di langgar todak dahulu…tiba-tiba meneriak dengan lantangnya sehingga semua orang sedar bahawa raja tidak berpakaian seutas benang pun. “BOGEL..kenapa Raja berbogel”Dan raja pun larilah dengan malunya balik ke Istana.
Sebenarnya Buana introkan cerita silam ini untuk kaitkan dua tokoh yang cuba menjahit pakaian untuk bangsa Melayu. Bangsa yang sekian hari, kian tenat keyakinan kepada pertubuhan yang mengaku akan melindungi mereka. Tokoh ini ialah Najib dengan pakaian lusuhnya berjenama UMNO dan Ibrahim Ali dengan pakaian barunya berjenama PERKASA.
Raja dalam konteks ini ialah MELAYU. Tukang jahitnya ialah Najib dan Ibrahim Ali. Mereka berdua ini cuba meyakinkan bahawa pakaian yang mereka bawa ini akan melawarkan dan mengayukan MELAYU agar tidak layu.
MELAYU sekarang rasanya tidak sebodoh Raja dalam cerita tadi. Melayu sekarang sedang memerhati mereka berdua dengan pakaian yang ditawarkan. Tak ubah juga macam watak Labu dan Labi yang mengoda anak Haji Bakhil.
Nasihat Buana, Melayu mesti berhati-hati dengan setan berwajah manusia. Jangan terpedaya.Jangan ditipu oleh ‘tukang jahit’ yang kononnya Melayu akan disaluti dengan pakaian dari fabrik yang cantik tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa.
Buana bukan Hang Nadim. Tapi Buana adalah manusia merdeka. Manusia yang sudah berada dibawah, dan tidak akan jatuh lagi kebawah. Sudah tidak ada bawah lagi. Tetapi Najib dan Ibrahim Ali masih di atas. Potensi jatuh ada. Peratusnya tinggi. Tidak macam Buana. Jatuh tiada, naik mungkin ada atas kehendak tuhan. Tak naik pun tak apa. Memadailah jadi hamba yang merdeka.
Buana kenal kedua-dua tokoh ini..dan mereka mengenali Buana. Bersambung…

Ada yang berpesan, jika takut nak berenang, basahkan kaki di gigi air sudahlah. Kalau takut menyelam, ambil batu tuju air cetuskan gelombang. Dasar di dalam tiada siapa tahu kecuali yang melewatinya. Hanya yang berani boleh sampai ke situ. Dan CCZ memilih untuk rasai kesejukan dan keindahan air.
ReplyDeleteBuana lebih memaklumi riak perjuangan di tahap teratas. CCZ hanya boleh membacanya. Komen? Mungkin tak molek untuk mencambahi di peringkat yang CCZ tak terfikir berminat sehingga ke situ. Hanya jalanan..