Wednesday 24 February 2010

al fatihah utk arwah Saudari Haslinda


Haslinda mahu tebus kekalahan DUN Bukit Antarabangsa tidak kesampaian.

17/03/2009
PUTRAJAYA 16 Mac - Calon Naib Ketua Puteri UMNO, Haslinda Mohd. Zerain tidak mahu kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada pilihan raya umum ke-12 lalu dijadikan ukuran prestasinya dalam sayap pergerakan parti itu.


Menurut beliau, pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO hujung Mac ini dan pilihan raya umum lalu merupakan dua senario berbeza.


Jelas Haslinda yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang, semasa menjadi calon wakil rakyat, beliau di bawah bendera Barisan Nasional manakala pada pemilihan parti membawa aspirasi golongan muda yang bakal menerajui negara.


''Kekalahan saya pada pilihan raya umum lalu pun bukannya teruk, kurang 1,381 undi saja.


''Ini bermakna rakyat menerima pemimpin muda dan saya mahu meneruskan kesinambungan perjuangan saya untuk menjadikan Puteri UMNO sebuah sayap yang dihormati serta diterima golongan muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, Haslinda yang mendapat 10,350 undi tewas kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali (11,731 undi) di kerusi DUN Bukit Antarabangsa.


Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini merupakan kali pertama melibatkan perebutan jawatan Naib Ketua Puteri UMNO yang menyaksikan pertandingan lima penjuru


Mendahului pencalonan semasa pengundian peringkat Puteri bahagian sebelum ini ialah Nolee Ashilin Radzi dengan 61 pencalonan diikuti Shahanim Mohd. Yusof (45), Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (26), Nordiana Shafie (24) dan Haslinda (23).


Ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diterimanya, Haslinda memberitahu, ia tidak mencerminkan sebarang makna asalkan para perwakilan memahami apa yang cuba dibawanya demi kebaikan parti dan negara.


''Lagi pun saya tidak pernah umumkan untuk bertanding sebelum ini dan buat keputusan pada saat-saat akhir selepas mendapat sokongan akar umbi," ujarnya.

al fatihah utk arwah Haslinda
Haslinda Mohd Zerain
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ampang

Darjah Kebesaran
A.I.S (Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah) (2007)
P.P.N (Pingat Pangkuan Negara) (2007)

Kelayakan Profesional
Certificate Legal Practice (CLP)
Admitted as Advocates and Solicitors (2005)

Kelayakan Akademik
Doctorate in Business Administration (UITM) – Year 3
Master in Business Administration (MBA), Charles Sturt University, Australia
Bachelor of Laws (LL.B(Hons), University of London
Diploma in Shariah Law (UIA)

Politik & Jawatan Lain
Current : Presiden Persatuan Melayu Ampang
Mac 2009 - Current: Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Selangor
2009 - Current: Setiausaha Biro Penerangan Puteri UMNO Malaysia
2004 – Mac 2009: Exco Puteri Malaysia
January 2001 – Current : EXCO Puteri Selangor (Pengerusi Biro Usahawan)
November 2003 – Current : Ketua Puteri Bahagian Ampang
Jan 2001 - Current: Ketua Puteri Cawangan Taman Uda Jaya
Jan 2001 – Oct 2003: Ketua Puteri Bahagian Ampang Jaya

Semoga segala usaha beliau untuk bangsa dan negara mendapat rahmat daripada Allah.

Royalti Dan Realiti Politik Kelantan

TheMalaysianInsider.com
KUALA LUMPUR, Feb 22 — Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (picture) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Katanya, tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan seperti ini.

“Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui (kepentingan) Kelantan.

“Hujah yang diletakkan dalam iklan semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.

Ia juga menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.

“Salah satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk mendapatkan bayaran minyak (tunai).

“Ini bermakna selepas memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang (pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.

“Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.

“Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.

“Ia bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi berparlimen.

Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.

“Melayan Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen,” katanya.

Buanasuara setuju dengan apa yang dikomenkan seperti dibawah::

1. Inilah kualiti pemimpin UMNO. Buat kerja macam budak-budak. Dah buat silap nak cuba memutarbelitkan fikiran rakyat Kelantan. Macam mana nak tawan Kelantan daripada PAS kalau dok bohong tak habis2. Kesemua telaga minyak dok ada lebih daripada 3km. Kalau dah bagi kat Sarawak, Sabah, Trengganu, pasal apa sampai kat Kelantan buat cerita panjang. Rakyat Kelantan tahu hak mereka. Tak perlu nak bubuh iklan dalam surat khabar.

Semalam Dr. Awang Adek pula guna TV1 untuk menerangkan perkara yang sama dalam satu program soal jawab. Beliau dok tekan bab undang-undang tetapi tak pula cakap pasal amalan sedia ada. Rakyat dah bosan dengan pemimpin yang suka cakap tak betul dan memutarbelitkan sesuatu isu.

Depa ni anggap rakyat Malaysia bodoh. Sebenarnya rakyat Kelantan dan juga rakyat Malaysia cerdik. Yang bodoh tu adalah mereka yang menganggap orang lain bodoh. Saya hairan, bagaiman mana orang2 macam ni boleh jadi pegawai tinggi kerajaan dan wakil rakyat.

Dato Mustapa tak boleh tawan Kelantan daripada PAS buta apa sekali pun. Rakyat sudah meluat dengan tipu helah UMNO dan BN. Rakyat tetap mahu jatuhkan BN dalam PU ke 13. Jadi, nak buat apa pun tak akan berhasil. Dalam PU akan datang kalau kempen dari Menara berkembar Petronas pun tak akan berjaya.

Berhenti bohong dulu baru mungkin rakyat akan fikir sama ada nak sokong UMNO dan BN atau sebaliknya.

Tengku jangan rasa takut dengan propaganda Dato Mustapa. Majoriti rakyat Malaysia berada bersama Tengku. Biar sampai depa guna habis semua muka surat dalam surat khabar semua Bahasa Malaysia dan stesyen2 TV, rakyat Malaysia tak akan terpengaruh dengan dakyah mereka. Rakyat “fed up”. Bukan senang nak makan umpan.

Teruskan sahaja usaha Tengku untuk rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Depa nak pecat Tengku daripada UMNO, pecatlah. Depa berada dalam keadaan tenat tak bermaya nak buat apa pun.
pinkpanther7
February 23, 2010 at 6:53 pm

Tuesday 23 February 2010

Si Burung Tiong UMNO

SINAR HARIAN-23 Feb.
Perintah mahkamah tidak libatkan dua jawatan penting

TANAH MERAH - Perintah injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu baru-baru ini tidak melibatkan status jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian Tanah Merah.

Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata, perintah mahkamah yang diperoleh ahli UMNO Cawangan Simpang 3 Sri Mahligai, Amran Ab. Rahman tidak melibatkan status jawatan yang disandang kedua-duanya pemimpin bahagian itu.

“Perintah tersebut hanya membabitkan harta dan akaun UMNO Bahagian Tanah Merah sahaja.

“Ini bermakna, jawatan Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian masih kekal disandang Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Baharudin Yusof,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada peguam UMNO Malaysia, Datuk Hafarizam Harun untuk diteliti dan diambil tindakan susulan yang sesuai.

“Sebagai wakil UMNO Bahagian Tanah Merah, saya mengharapkan agar ahli parti bertenang dalam menghadapi situasi ini manakala aktiviti parti akan dijalankan seperti biasa.

“UMNO Bahagian Tanah Merah amat kesal dan kecewa kerana masih ada segelintir ahli parti tidak menggunakan saluran parti yang betul dalam menguruskan hal berkenaan,” katanya.

Ahmad berkata, perkara tersebut jelas bercanggah dengan hasrat dan hala tuju Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Ab Razak yang begitu bersungguh memantapkan parti serta berjuang untuk kebaikan rakyat dan membawa negara ke arah kecemerlangan.

“Sesungguhnya semua ahli parti mesti akur mematuhi aspirasi parti itu,” katanya.

Menurutnya, semasa pemilihan parti pada tahun 2008, Ikmal Hisham telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dengan mendapat pencalonan 92 cawangan daripada 108 cawangan.

“Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi Baharudin Yusof dengan menewaskan Datuk Ir Shaari Hassan,” katanya.


Buanasuara;
Contoh nyata dan jelas 'si burung tiong' sudah mula dilepaskan untuk membela tuannya. Malangnya Si Burung Tiong ini tidak di SURAHKAN seluruh kandungan Perintah Mahkamah itu dengan teliti. Sedangkan tuannya tahu isi kandungnya. Sebab itu buanasuara yakin beliau sendiri tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas beliau rujuk kepada peguam beliau. Beliau tahu risikonya.

Si Burung Tiong pula sekarang ini sedang menghadapi risiko 'Mempertikaikan Perintah Mahkamah'.Satu kesalahan yang dalam bahasa undang-undang ialah 'menghina mahkamah'

Moralnya lain kali janganlah meletakkan fulus didepan segala-galanya. Jadilah manusia yang merdeka. Bercakap dengan minda yang terbuka dan bebas serta dalam lingkungan yang diizinkan oleh undang-undang negara.

Fakirnya daya intelek seorang yang bergelar Setiausaha UMNO Bahagian.

Monday 22 February 2010

Seketul Daging Khinzir Dalam Gulai Kawah UMNO

buanasuara:

1. Kedudukan Ikmal Hisham sebagai Ketua UMNO Bahagian sudah terencat.Beliau telah hilang kelayakan.

2. Sebagai seorang yang bergelar pemimpin,hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada dalam hal ini. Beliau wajib berundur segera setelah mengetahui status beliau.

3.Maruah UMNO lebih penting daripada maruah diri sendiri. sebab UMNO adalah milik orang Melayu bukannya milik peribadi.

4.Secara sinisnya, sekawah gulai daging lembu kalau terjatuh seketul daging khinzir, bukan setakat gulai itu tidak boleh dimakan, tetapi kawah itu pun mesti disamak.

Dalam Akta 18B(2)
Jika seseorang yang hilang kelayakan dibawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu, maka, apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen (1), Memberikan efek kepada kehilangan kelayakkan itu dan menjalankan suatu pemilihan baru berkenaan dengan jawatan itu dengan seberapa segera yang praktis mengikut perlembagaan, kaeadah-kaedah dan peraturan-peraturannya.

Monday 15 February 2010

Si Bebal Dalam UMNO


Kesahihan ketua Umno Tanah Merah dipertikai
Abdul Rahim Sabri Feb 12, 10 10:43am

Seorang bekas pemimpin Umno Tanah Merah mempertikaikan status jawatan ketua Umno dan timbalan ketua bahagian tersebut yang didakwanya tidak berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut susulan cawangan mereka berstatus "dibubarkan sementara" oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 15 November 2007.

Bekas setiausaha Umno bahagian itu, Amran Abdul Rahman mendakwa ketua bahagian berkenaan, Ikmal Hisham Abdul Aziz dan timbalannya, Baharuddin Yusof, yang masing-masing dari cawangan Pondok Lama dan Banggol, adalah dari cawangan terbabit.Menurutnya lagi, dalam tempoh tersebut, cawangan berkenaan dilarang mengutip yuran dan ahlinya ini tidak boleh menjadi perwakilan atau menawarkan diri untuk bertanding.

Bagaimanapun Amran mendakwa kedua-dua pemimpin tersebut menawarkan diri untuk bertanding bagi kedua-dua jawatan dan menang dalam pemilihan parti itu pada tahun 2008.

"Untuk bertanding pada pemilihan tahun 2008, ia haruslah berdasarkan kepada yuran 2007. tetapi perkara ini (pembubaran sementara) tidak didedahkan.
"
Jadi mereka dibenarkan bertanding pada 2008. Pada hal, status cawangan tersebut dibubarkan. Jadi mereka tidak ada kelayakan untuk bertanding.

Mereka tidak ada kelayakan untuk menawarkan diri untuk bertanding," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Amran mendakwa perkara tersebut menyalahi peraturan ROS dan sekiranya tidak diselesaikan ia akan menimbulkan lagi berbagai masalah antaranya berhubung perlantikan penghulu.

Menurutnya, beliau telah membuat aduan tersebut kepada ibu pejabat parti dan badan perhubungan Umno negeri, berhubung perkara ini sejak 2008.

Bagaimanapun, katanya tiada tindakan susulan daripada pihak yang berkenaan.Ekoran itu, beliau membuat aduan polis pada 30 Januari lalu berhubung perkara itu selepas mendapat salinan surat dari ROS pada 25 Januari lalu.

Dalam aduan itu, Amran mendakwa kedua-dua cawangan tersebut telah menerima surat pembubaran sementara, bermula pada tarikh 15 November 2007 dan dibatalkan pendaftarannya berkuatkuasa 10 November 2009 oleh ROS.

Sementara itu, ketua Umno bahagian itu, Ikmal Hisyam Abdul Aziz berkata semasa pemilihan jawatan tersebut dua tahun lalu, ibu pejabat parti memberi kebenaran untuk mereka untuk bertanding.

"Masa itu, ibu pejabat Umno kata ahli di bahagian boleh bertanding dan cawangan masih lagi sah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sambil mengesahkan menerima surat pembatalan pendaftaran cawangan tersebut daripada ROS.

Menurutnya lagi, mengikut perlembagaan Umno, sekiranya sesuatu cawangan yang dibubarkan, seseorang ahli masih lagi boleh bertanding atau boleh memegang jawatan di dalam parti.

"Cawangan hanya dibatalkan oleh ROS. Keahliannya dalam Umno tidak tergugur," katanya sambil menambah seseorang itu boleh merayu atau mendaftar di cawangan yang lain.

Ikmal Hisyam berkata, beliau sudah membuat proses rayuan untuk menghidupkan semula cawangan termasuk cawangannya yang dibatalkan oleh ROS sejak memegang jawatan itu pada 13 Disember 2008.

Dalam pemilihan jawatan ketua bahagian tahun 2008, Ikmal Hisyam mendapat sokongan 92 daripada 108 cawangan di bahagian Tanah Merah.

Buanasuara:
Ikmal Hisham sudah keliru. Beliau telah keliru dan dikelirukan tentang perbezaan antara Akta Pertubuhan dengan Perlembagaan UMNO.

Kepada Ketua-ketua UMNO Bahagian dan Cawangan yang tidak mahu jadi Si Bebal yang tidak sabar macam Ketua UNO Bahagian Tanah Merah sila rujuk pada peranan ROS supaya nanti apabila diwawancara tidak mengeluarkan statement macam Si Pandir yang boleh membawa mudarat kepada orang lain pula.

Dari kenyataan Ikmal di atas boleh menyeret Setiausaha Agung UMNO kononnya kalau dia bebal maka Setiausaha Agung UMNO juga jahil dan melanggar Akta Pertubuhan.

Untuk kepastian sila baca apa dia akta 1966 dan peranan JPPM atau ROS yang buanasura kepilkan dibawah:

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM atau ROS) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik.
Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966,

sesebuah pertubuhan ditakrifkan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.

Pada 2009, Pendaftar Pertubuhan ialah Datuk Md Alias Kalil. Terdapat 115,537 pertubuhan berdaftar di Malaysia iaitu 45,802 pertubuhan induk dan 69,735 pertubuhan yang mempunyai cawangan

Fungsi utama Jabatan adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan; mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar.


Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, Jabatan menjalankan tugas-tugasnya dari aspek pendaftaran, pengawasan dan pengawalan. Dalam hal ini penumpuan diberi kepada beberapa aktiviti berikut:

~Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan untuk kebenaran bagi menubuhkan cawangan pertubuhan.

~Memproses permohonan daripada pertubuhan berdaftar mengenai pertukaran nama dan alamat, pindaan undang-undang, pendaftaran undang-undang baru dan kebenaran menggunakan bendera, lambang dan lencana serta tanda-tanda lain.

~Mendaftar pegawai-pegawai awam bagi pertubuhan untuk urusan pendakwaan di mahkamah.


~Mengesahkan pelantikan pemegang-pemegang jawatan pertubuhan bagi menyempurnakan segala suratcara berkaitan dengan harta takalih pertubuhan

Di dalam aktiviti pengawasan dan pengawalan pula, Jabatan bertanggungjawab di dalam:
~Mengawal kegiatan-kegiatan pertubuhan dan cawangan pertubuhan supaya selaras dengan tujuan-tujuan berdaftarnya dan tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak di Malaysia.

~Menyemak penyata kewangan tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi memastikan kepentingan dan hak ahli-ahli adalah terjamin.
~Menyemak minit mesyuarat, penyata tahunan dan maklumat-maklumat lain yang diperolehi daripada pertubuhan dan cawangan pertubuhan atau daripada agensi-agensi lain bagi memastikan pertubuhan menjalankan kegiatan-kegiatannya berlandaskan undang-undang berdaftarnya dan tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau peraturan-peraturan di bawahnya.
~Menentukan jawatan-jawatan di dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan tidak dipegang oleh orang-orang yang boleh memudaratkan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak di Malaysia.

~Menentukan supaya semua pertubuhan berdaftar termasuk cawangan pertubuhan bertindak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri dalam Malaysia.

~Memastikan semua pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan dan cawangan pertubuhan adalah sah dan tidak hilang kelayakan mereka di bawah Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966 untuk memegang atau menjawat jawatan dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan.

~Memastikan hanya mereka yang tidak dikenakan sekatan sekatan di bawah Seksyen 49, Akta Pertubuhan 1966 memegang jawatan di dalam pertubuhan dan cawangan pertubuhan.

~Mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan dan cawangan pertubuhan yang melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 2A, 5, 13 dan 16 Akta Pertubuhan 1966.

~Mengambil tindakan mendakwa pertubuhan dan ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan yang melanggar peruntukan-peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Wednesday 10 February 2010

Segayung Air Panas Mengubati Hati Panas

TANAH MERAH:

Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.

Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.

Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.

Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang.

Kesan melecur teruk itu menyebabkan mangsa terpaksa membogelkan diri dengan menanggalkan kain sarung serta baju dipakai sebelum dihantar pulang rakannya dengan sebuah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Sanusi berkata, dia tidak menyangka akan disimbah air panas ketika minum di sebuah gerai pada 4 Januari lalu.

“Malam itu, saya keluar rumah seorang diri seperti biasa dengan menunggang motosikal untuk minum di sebuah gerai berhampiran rumah. Ketika itu, saya hanya memakai baju-T dan berkain pelekat.

“Sebaik tiba di gerai itu, saya terus duduk dan memesan secawan teh, namun pesanan itu lewat tiba walaupun memesan beberapa kali menyebabkan saya meninggikan suara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Lama di sini, semalam.

Sanusi yang mengambil upah menebar roti canai di sebuah restoran berkata, dia terkejut apabila pemilik gerai yang membawa segayung air panas masih menggelegak menerpa ke arahnya.

“Mulanya, memang saya tak perasan dia bawa air panas sehinggalah dia berdiri berhampiran dan menghalakan sesuatu ke arah muka menyebabkan saya panik.

“Saya cuba mengelak dengan menepis menggunakan tangan kiri sebelum bahagian kiri badan melecur akibat terkena air panas. Mujur saya mengelak kerana jika tidak sudah pasti muka saya melecur teruk,” katanya.

Sanusi terpaksa bergelut dengan pemilik kedai yang menyimbah air panas ke arahnya sambil disaksikan beberapa pelanggan lain.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu apabila terpaksa berbogel dengan menanggalkan baju dan kain dipakai kerana terlalu sakit terkena air panas.

“Mujur kejadian itu disedari seorang rakan yang kebetulan berada di sebuah pusat snuker di kawasan berhampiran dan menghantar saya pulang ke rumah dengan keretanya,” katanya.

Sanusi mendapatkan rawatan tradisional pada malam kejadian sebelum menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tanah Merah dan membuat laporan polis pada hari sama.

Tuesday 2 February 2010

KPI AND NKRA


Leave the office late -- Always leave the office late, especially when the boss is still around. You could read magazines and storybooks that you always wanted to read. Make sure you walk past the boss' room on your way out. Send important e-mails at unearthly hours (i.e. 9:35pm, 7:05am, etc.) and during public holidays.

The Silent Treatment

A man and his wife were having some problems at home and were giving each other the silent treatment. The next week the man realized that he would need his wife to wake him at 5.00 am for an early morning business flight to Chicago. Not wanting to be the first to break the silence, he finally wrote on a piece of paper, "Please wake me at 5.00 am.

" The next morning the man woke up, only to discover it was 9.00am, and that he had missed his flight. Furious, he was about to go and see why his wife hadn't woken him when he noticed a piece of paper by the bed ... it said... "It is 5.00am; wake up."