Tuesday 25 May 2010

Melayu, Merayau, Meracau, Selepas PRU 13


Orang Melayu sekarang berada di persimpangan. Siapa yang akan menjadi 'juara' mereka. Kalau;

Harapkan sungai sering berubah,
Harapkan pagar makan padi,
Harapkan sokong membawa rebah,
Harapkan untung membawa rugi.

UMNO tidak ada cacat, tidak ada cela. Yang cacat dan yang celanya adalah pemain-pemain utama dalam UMNO. Berakar-umbi dari cawangan hingalah keperingkat tertinggi yang kini dilihat langsung tidak memahami asprasi penubuhan UMNO itu sendiri.

Pohon nyior ditepi laut
ditiup ribut patah batangnya
kapada UMNO Melayu dan bumiputra berpaut
bagimana Melayu nak berpaut,UMNO makin hilang taringnya.

kapas putih pembalut luka
luka tercalar duri rotan
PAS pun tak bolih pilih
PKR masih lagi royan-meroyan

Maka, Melayu hendaklah insaf. Jangan salahkan kaum Cina dan lain-lain bangsa yang hendak memerintah sendiri di Negara ini sebab Malaysia adalah Negara mereka juga.

Ingat!!!Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Ketahuilah mana-mana parti yang menang pilihan raya umum, waima dengan majoriti 1 kerusi pun, maka parti itulah yang menang dan berkuasa.

Buana harap semua pemimpin Melayu yang berkuasa dapat menghayati akan aspirasi penubuhan UMNO dahulu. UMNO dan wira-wira yang menubuhkan UMNO pada Mei 1946 dahulu.

Berpadalah dan berfikirlah sebelum membuat keputusan dan janji. Jangan sampai ada pihak yang naik toncang. Sehingga akan membentuk satu paradigma umum dengan berteraskan kata-kata

"Tidak mengapa kalau tidak menyokong BN kerana kita masih dapat apa yang dijanjikan walaupun BN kalah."

Jika keadaan telah sampai ketahap ini BN akan menghadapi suasana yang amat sukar untuk membetulkannya.

Pancaindera Buana mengatakan bahawa semangat cinta bangsa dalam diri Melayu makin menipis. Semangat dan jiwa Islam dalam diri melayu pun makin pudar . perpaduan sesama melayu semakin rapuh.

Melayu sudah ada 3 kelompok . Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR.

" Memadailah mengikut ugama yang dibawa oleh Tok Arab , jangan pula ikut perangai Tok Arab. Tidak pernah nak bersatu dari dulu sampai sekarang. Kalau melayu masihy alergy nak bersatu , maka akan sampai masanya kita akan jadi macam tok arab, jadi lah unta tunggangan kepada bangsa lain. Tanah Melayu orang lain punya "

Ungkapan ‘Melayu’ yang Buana lafazkan ini adalah meliputi kaum Bumiputera dan juga Orang Asli. Apabila Buana menyuarakan supaya orang Melayu bersatu padu, Buana tidak menyuruh kaum lain supaya berpecah. Begitu juga apabila Buana menyarankan agar orang Melayu mengekalkan kuasanya, Buana tidak sama sekali menyekat kaum lain daripada merebut kuasa secara berperlembagaan.


MELAYU HENDAKLAH INSAF. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA..

Wednesday 12 May 2010

Happy Birthday UMNO


Bila,Dimana dan Bagaimana sesuatu itu dikatakan "MING NGONG"

1.Kawasan majoriti Melayu, Calon pilihanraya bukan calon UMNO (Melayu) - Kes begini UMNO sebenarnya yang "Ming Ngong"

2.Dalam kawasan majoriti melayu, calon Melayu kalah pada calon bukan Melayu - Ini kes membawa makna Melayu sudah 'Ming Ngong'. Belakang hari nanti apa nak jadi? Adakah kita nak izinkan yang 'Ming Ngong' bertambah 'Ming ngong'????

3.Pemimpin Melayu sudah pun kasi 3 Juta pada sebuah sekolah apabila calon Melayu berjaya ditewaskan. HAPPY nya Dia....Ini kes ialah tidak lain dan tidak bukan kerana masih ramai dan bertambah ramai Pemimpin Melayu yang MING NGONG.

"Happy Birthday UMNO" - hapuskan yang Ming Ngong-ming ngong itu!!!

Tuesday 11 May 2010

UMNO Ming Ngong Atau Melayu Ming Ngong


Apa Kata Za'aba kepada bangsa Melayu;
"Kita mesti betulkan kedudukan ekonomi kita dulu dan yang lain-lain itu akan betul dengan sendirinya.Tuan-tuan dari sekarang patutlah memikirkan bagaimana jalannya hendak melepaskan orang-orang kita Melayu - Melayu kampung, Melayu Pekan, datuk-datuk,Orang Besar-Orang besar dan orang-orang makan gaji daripada cengkaman hutang supaya mereka ini lebih berguna kepada dirinya sendiri dan kepada kaum dan negeri sekali"

Buana pernah bersuara,
"Melayu dalam 1Malaysia sekarang hanya tolong 1Melayu sahaja...ia itu dirinya sendiri..yang jutaan Melayu lagi nampak semacam dibantu hanya waktu pilihanraya kecil sahaja.."

Kata Za'aba Lagi;

"Sekarang ini nama sahaja negeri ini negeri Melayu, tetapi orang Melayu sangat sedikit bilangannya, istimewa pula yang bekerja dan mempunyai kekayaan dan tanah dan perniagaan seperti orang Cina...Jikalau begini tidakkah harus negeri ini kesudahannya kelak jadi 'negeri Cina'...orang-orang Melayu akan melopong tiada bertanah padahal dalam negeri sendiri"

Buanasuara rasa bila konsep 1Malaysia tidak dipandu dengan baik dan teliti orang Cina kata:

" Hai ya! Olang Gulayu Ming ngong! Kelija satu tawun, mau makan lua tawun."

Akhirnya siapa akan perintah siapa? Kalau Melayu sudah ming ngong..



Sunday 9 May 2010

MUSAILAMAH AL- KHAZAB DALAM UMNO

Alangkah indahnya kalau orang politik patriotik macam ahli-ahli sukan. Mereka berjuang untuk mendapat pingat demi negara..Orang politik jual negara untuk mendapat pingat.

Entahlah...Buana hanya jadi tukang tulis je. Tak mintak upah cuma mau ingatkan orang politik biar lupa lirik, jangan lupa diri. Itu je...

Melayu yang jadi tukang undi tu berhati-hati. Jangan tersalah undi dek terpegun dengan lirik politikus-politikus yang menyerupai malaikat..kononnya mereka adalah pejuang bangsa..tetapi sebenarnya Raja segala Iblis yang mengoda bangsanya semata-mata untuk terus mendapat tempat sebagai YB.

Dulu Ibrahim bertanding Bebas atas Tiket PAS. Menang. Sekarang Tak tau nak gi kat mana, cuba berbaik-baik dengan UMNO. Cuba menebar jala atas darat. Mana lah tahu kot "ranting-ranting kayu jadi udang dan daun-daun kayu jadi ikan"


Kalau autanya menjadi dapat bertanding Bebas menggunakan lambang BN. Melepas la.. mana-mana Ketua Bahagian yang bercita-cita nak jadi YB kerana pimpinan mungkin memberi tempat kepada Ibrahi Ali.

Menang menang belum pasti bagi Ibrahim Ali kalau bertanding Bebas Atas lambang BN. Sebab orang UMNO bijak berlakon.. bijak dan pro 'Cas keting'.

Bijak dan pro lagi ialah bagaimana ilmu untuk menawan penasihat UMNO dan Lembaga serta segala Bapak Lembaga dalam UMNO untuk selamat dari tuduhan.


Sehandal-handal Peguam UMNO macam Hafarizam anak Lelaki Harun tidak dapat mengesan kemahiran ini atau buat-buat tak nampak.


Sekarang bukan sedikit jumlah pimpinan UMNO yang dah jadi Ketua Bahagian kerana kemahiran 'cas keting' calon-calon BN. Macam mana agaknya kalau tempat yang sepatutnya diberi kepada ketua bahagian berkenaan tiba-tiba dipinggirkan kerana memberi ruang kepada Adi Jagat PERKASA.

Buana rasa Ketua Bahagian berkenaan akan 'Amok macam Tok Nading'.Lebih-lebih lagi kalau Ibrahim bertanding di Parlimen Tanah Merah. Ketua Bahagian Tanah Merah sekarang sangat handal dalam kerja-kerja begini.

Jangan marah pada Buana!!! Cuba tanya Peguam UMNO. Ada tak kes sabotaj pilihanraya di adukan? Tetapi Hafarizam kata tak ada bukti. Licin dan licik kan? Bukti berkarung-karung dibawa kedepan. Saksi..sebuah bas Transnasional telah dibawa ke tempat bicara di River View.


Dalam peristiwa itu Buana difahamkan Hafarizam datang dengan lenggang-lenggoknya. Berbekalkan mulut manis tersenyum lebar telah berjumpa dengan tuan Haji Muhamat Sulaiman (Ketua Penerangan Bahagian Tanah Merah ketika kejadian) Lalu Hafarizam memperkenalkan diri bersama budak pejabat UMNO bernama Al-Bakri(kalau tak silap) dengan menasihati Tuan Hj Muhamat Sulaiman supaya tidak perlu mengemukakan saksi dan bukti-bukti lain, kononnya pegawai penyiasat dah berpuas hati.

Wah!! Sehandal Hang Nading menyelamatkan Singapura Di Langgar Todak.

Nak tahu apa kesudahannya.? OKT terlepas atas alasan Tuan Haji Muhamat tidak mengemukakan bukti dan saksi. Ooooo baru Buana tahu, rupa-rupanya ada perisai untuk kebalkan penjahat UMNO. Sekarang 'Si Buta Dari Gua Hantu' pun tahu tentang cerita ini.


Bagi Buana bukan soal Tuan Hj Muhamat Sulaiman berjaya atau tidak mengenakan disiplin kepada OKT. Itu tidak besar. Bukan 'major isu'. OKT dan penasihat telah mempertahankan kemungkaran yang berlaku dalam UMNO. Muhamat Sulaiaman tidak berdosa pada UMNO kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan mengemukakan aduan tersebut.


Pembaca yang sayangkan UMNO dan orang Melayu cari lah kebenaran walaupun berdepan dengan pahit dan getir.


Kesan daripada itu ialah kalau ada blogger mengatakan prestasi UMNO Tanah Merah merudum sejak pimpinan Arwah Dato Hashim Safin kerana ada adegan 'cas keting' saya berani mengatakan itu hanya lah 'hearsay' sahaja. Sebab tidak ada bukti.
Kesimpulannya, hanya orang-orang yang tahu sahaja mengetahuinya. Tanya lah Hafarizam.
DAN pada Hafarizam kalau nak cari kebenaran janganlah campur-aduk dengan perkara-perkara lain.


Hai kawan-kawan !!! berhati-hati deh.. Kenalilah yang mana kaca dan yang mana permata. JANGAN TERLEWAT MENGESAN MUSAILAMAH AL-kHAZAB DALAM UMNO


Jangan biarkan UMNO Mati Bergalang Tanah..Kot nanti Tulang-tulang Melayu akan Beselerakan di bumi sendiri. Andainya takdir akan menutup tirai buat UMNO , biarkan..Biarkan..Tetapi Melayu mesti bangkit bersatu dengan apa cara sekali pun.

tanpa syarat!!!!