Saturday 31 December 2011

UMNO Desperados


Mari kita fikir dengan akal, jangan dengan otak..sebab jangan samakan kita dengan lembu. Lembu hanya ada otak tetapi tidak berakal.

Kita kena akui bahawa kita berada dalam sebuah negara demokrasi.Demokrasi bermakna parti yang mendapat mandat majoriti akan mentadbir negeri2 dan negara.Rakyat yang layak memilih sudah mempunyai banyak pengalaman dalam memilih kerajaan menerusi ' a legitimate and democratically held election'.

Sejarah  merakamkan peralihan kuasa  sering berlaku di kawasan2 yang dahulunya dimenangi calon BN bertukar kepada calon pembangkang atau sebaliknya silih berganti. Begitu juga negeri2 yang dahulunya di perintah oleh BN bertukar tangan kepada Pembangkang.

Kelantan,Terengganu,Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Perak telah mengalami senario pertukaran kerajaan melalui sistem demokrasi yang kita amalkan selama 5 dekad.

Dalam keadaan yang normal. peralihan kuasa tidak langsung mencetuskan huruhara. Setik darah tidak tumpah pun pada 2008 yang lalu.Ini adalah contoh mutlak bahawa rakyat telah matang dalam membuat pilihan. Seterusnya akur kepada keputusan yang kolektif.. Jadi bab kata orang putih 'In an orderly changeover there should be no fear'.

Apa pula masalahnya dengan UMNO dan BN? Saban hari cuba mendera rakyat khususnya orang Melayu dengan gambaran supaya peralihan kuasa merupaka satu tabu.

Apa yang kita faham sekarang ialah; sekirannya peralihan kuasa tetap menjadi pilihan rakyat, bermakna kepimpinan UMNO tidak bersedia menyerahkan kuasa yang telah berdekad mendakap kuasa. Natijah dari kehilangan kuasa ini bermakna akan lucutlah pendapatan  peribadi yang lumayan, peluang berniagaan famili dan kroni.Terpaksa pula mengubah cara hidup yang tidak lazim bagi mereka. Lebih perit lagi, mereka  akan kehilangan layanan yang super istimewa. Ini bukan mudah.Sekian lama mereka berada dalam 'comfort zone'.

Kita juga telah menyaksikan rampasan kuasa di Perak.Selagi ia didapati selari dengan Undang-undang dan Perlembagaan Negara, rakyat dapat menerima dengan hati terbuka.Tidak ada setitis pun darah menitis di bumi Perak.Namun timbul rasa tidak puashati dikalangan pengundi yang merasakan mereka tertipu oleh wakil yang mereka pilih dapat dibendung atas kesedara Rukun Negara yang menjadi teras kesetiaan..Dendam tetap dendam. Mereka akan simpan pada pilihanraya umum berikutnya.Itulah kematangan rakyat abad ini di negara kita.

Rinkasnya, jangan gusar dan  khuatir. Negara tetap aman dan makmur kalau Pakatan Rakyat menjadi pilihan pada  PRU 13 ini. Rakyat tidak akan percaya dengan ugutan yang tidak bermakna dari UMNO itu.Malah ugutan demi ugutan dapat difahami rakyat, bahawa BN/UMNO dalam situasi resah gelisah. Bayangan Mahkamah keadilan menghantui mereka sekarang.

ALASAN BESAR IALAH, MEREKA TAKUT DIHERET KE MUKA PENGADILAN KALAU MEREKA TEWAS ATAS BERBAGAI KESALAHAN YANG DI LAKUKAN SELAMA 5 DEKAD

Sejarah telah mengajar Pakatan Rakyat. Pimpinan mereka tentunya sangat faham risiko menang tipis. Apa yang berlaku di Perak benar-benar memberi erti  kepada mereka. Kali ini mereka memburu kemenangan dalam skala yang besar. Mereka juga faham bahawa wang menjadi perantara Si Lompat melompat ini.

Kalau 'spring' ini boleh mengumpul momentum, tidak mustahil, tanpa inisiatif kewangan yang hebat, mood bencikan salahlaku meluat-luat,UMNO akan tewas lebih teruk.

Pakatan Rakyat juga harus ingat bahawa UMNO/BN adalah yang desperados. Desperados akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri..Saya yakin UMNO yang berguni-guni wang hasil dari dermawan RM12 billion PKFZ, RM500 juta komisen dari duah buah kapal selam atau RM250 juta NFC akan lakukan sesuatu untuk selamat. Bukan sedikit amaunnya..Mustahil pemain-pemain utama tidakdapat apa-apa.Mereka pastimya tidak kedekut berbelanja pada PRU13 demi menyelamatkan diri.

Ingat lafaz Najib dan Muhyidin beberapa bulan lalu dalam PAU di PWTC?  Ambil perhatian serius. Najib berikrar dan bersumpah akan pertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah terakhir,biar jasad bergelimpangan sepanjang jalan kePutrajaya. Putrajaya akan dipertahankan mati-matian.Itu adalah amanat dan pidato akhir sebelum Putrajaya tumbang.Persis Hitler, sanggup membunuh diri demi mempertahankan kubu terakhirnya.

Seruan 'ubah atau diubah' sudah terlewat bagi UMNO dan BN.Kerajaan bawah pimpinan Najib sudah sedar dari keputusan PRU lepas. Warga berbangsa  India telah menghukum MIC dengan pukulan KO. Begitu juga dengan Parti Gerak. Terus kena 'stroke', yang ada hanya nywa.  MCA masih nyawa-nyawa ikan. Indikasi kemusnahan MCA dapat dirasai melalui terjemahan penguindi kaum China Pilihanraya di Sarawak.SUPP hancurrrr. Momentum ini akan berterusan ke Semenanjung. Buana empunya ramalan, kini sudah tiba pengundi-pengundi Melayu menjelmakan protes mereka pada UMNO.

Kalau ini benar terjadi, Barisan Nasional hanya mempunyai satu sahaja parti yang masih 'keras kerak' untuk berlawan; iaitu UMNO. Ditemani rakan-rakan yang cacat dan lumpuh seperti MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti yang seuzur.UMNO bagaikan menggalas 'biawak'.

Pakatan Rakyat masih dan sedang menggumpul serta membina kekuatan dari semasa ke semasa.Faktor Anwar sekali-kali tidak akan menjejaskan istiqamah perjuangan mereka. Kebangkitan mahasiswa merupakan katalis kepada perubahan dan peralihan kuasa pada PRU13 nanti. PERUBAHAN bagaikan SUDAH PASTI!!

Tuesday 20 December 2011

UMNO Lembu; Melayu Bukan Lembu


Mustahil Malaysia boleh di transformkan kepada sebuah negara Kristian kalau Pakatan Rakyat memerintah. JANGAN DENGAR KONSPIRASI UGUTAN PEMIMPIN DAN ULAMA UMNO SERTA LIDAH UTUSAN!!!Lainlah kalau Melayu itu Lembu,Lembu itu Melayu.

Proses untuk jadikan Malaysia Negara Kristian.

1. Raja-Raja Melayu kesemuannya murtad masuk Kristian
(KALAU MINGIKUT  SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA MENJADI KAYU UKUR/REFERENCE)
2. Majoriti orang Melayu pun ikut peluk Kristian(termasuk Hj Najib dan Hjh Rosmoh,Nik Aziz/Hj Hadi)
3.Menteri Pelajaran tukar Pendidikan Islam jadi Pendidikan Catholic
4. Sekolah2 Ugama dan Tahfiz ditukar kepada pengajian Tahfiz Bible
5.Masjid2 dan surau dijadikan Gereja.

Melayu bukan Lembu!

1.Malaysia tidak akan jadi negara Kristian selagi orang Melayu masih lagi Islam.
2.Tiada seorang pun lagi raja diantara Raja2 Melayu sudah murtad.
3.Negeri2 yang tak beraja pun tak ada lagi yang murtad.
4.Selagi orang Melayu jaga Islam, selagi itu lah propaganda UMNO tidak akan terjadi
5.Nik Aziz,Hj Hadi dan Dewan Ulama PAS belum lagi jadi peminum dan kaki betina.

Monday 19 December 2011

The Mujahid VS UMNO

Isnin, 19 Disember 2011

Freedom from fear

The harder people are pushed to the wall, the harder they will fight back. It’s an inevitable reciprocal arrangement.

By Fadiah Nadwa Fikri
Upon the release of their friends, they chanted outside of the police station, “Hidup Hidup! Mahasiswa!” “Student Power!”. There was so much hope and strength in those voices. The air was filled with conviction. Conviction in the face of lawlessness that robbed 15 students of their liberties, the price they had to pay for believing in what is written in Article 10 of the Federal

Constitution.
On Dec 14, 2011, 15 students were arrested, detained for six hours for carrying placards in a silent protest to demand academic freedom at KL Sentral. They were denied their constitutional rights to peacefully assemble, constitutional rights to legal representation and they were intimidated by special branch officers who insisted on taking down “intelligence statements”.

It was very obvious on that day that their conviction was loathed by those who have been serving their political masters with unconditional submission and loyalty. In the midst of the jubilant celebration, one of the police officers who was earlier in charge of the arrest and detention suddenly stormed tumultuously into the crowd outside the police station, grabbed a student’s arm and started shouting frantically, questioning the student’s act of taking photos of their friends.

Everyone was puzzled as to what was happening. The student was being dragged into the police station. Everyone started asking the basis of the police officer’s action. The lawyers protested the arbitrariness of the police officer’s action. He eventually let go of the tight grip wrapped around the student’s arm.

He was shouting furiously, shivering in anger as he walked into the police station. In the face of imminent threat, intimidation and harassment, the students cheered, they pledged to keep on fighting for what they believe in. They were fearless.

It’s intriguing to witness such anger coming from those who have been in the position of power for 54 years, a power that has been inflicted with impunity on ordinary people who believe in freedom, people who are only armed with unspoken conviction that someday, things will change, people will be free from shackles of oppression that have long chained their minds.

Power structure is shaken

The existing power structure is terribly shaken by the voices of people who refuse to be coerced into submission despite the imminent threat posed by an arsenal of oppressive laws which have been used against people who refuse to submit to the dictates of the ruling power.
The continued ruthless assault on freedom of speech and assembly has been amplified through the passing of the repressive Peaceful Assembly Bill which acts as a new weapon to stifle dissent. People resisted before the Bill was passed. People still resist after the Bill was passed. And people will continue to resist until such oppressive legislation is crushed.

People are well aware of the consequences of their actions, but they still choose to resist. This is again evident from the Saturday’s march organised by students to reclaim public space to get their voices heard. They marched on in defiance of the Bill and all other existing oppressive laws to call for academic freedom. Again, they were fearless.

Resistance indeed creates fear. It’s not the fear of the people against whom the oppression is being directed to. It’s the fear of those in power, it’s the fear of those who have all the weapons at their disposal, it’s the fear of losing the power to dictate and oppress.

Possessed by such fear, they forget that history has shown that the harder the people are pushed to the wall, the harder they would fight back. It’s an inevitable reciprocal arrangement. Blinded by such fear, they forget that the people become more indignant, to reclaim what those in power fear the most, freedom from fear.

The writer is a member of Lawyers For Liberty.

Saturday 10 December 2011

Aku Tidak Benci UMNO

1.Rakyat yang mengundi parti lain,tidak semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain.

2. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka.

3.Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin "harapan" itu sudah berubah dalam konteks dan dimensi persekitaran yang baru.


Kalkulator Pilihanraya:
Kunci Pilihanraya adalah "harapan". Jika sesuatu kerajaan menguburkan harapan rakyat, maka kerajaan itu akan berkubur. Sebaliknya, jika dia dapat menghidupkan harapan, maka kerajaan itu akan terus segar dan disokong.

Buanasuara:

Ada sesiapa antara kita yang mempertikaikan nasib menimpa diri???..Yang kita pertikaikan harta orang ramai yang disalahguna..Pertubuhan yang dipunyai ramai dicabul kehormatannya..Perjuangan kita tidak nak menobatkan sesiapa..cuma nak nobat peraturan supaya berjalan dilandasan yang betul..itu je..soal pilihanraya..sesiapa fikir dia winnable bagus lah..tetapi bagi saya, saya nak winnable party as well as winnable candidate

Friday 9 December 2011

Mujahid dan Mujahidah UMNO Bergelumang Tahi

Belum habis cerita pasal fidlot dan kehangatan tahi lembu Shahrizat, para Mujahid dan Mujahidah UMNO bermain tahi replika pula. Cukup memalukan bangsa Melayu dan 1Malaysia.
Menghina Guan Eng sedemikian rupa akan membawa implikasi buruk kepada UMNO ..membawa makna secara keseluruhannya menghina seorang pemimpin berbangsa Cina yang dipilih secara demokratik..
KESANNYA:15 kerusi MCA yang ada sekarang akan terlepas dalam PRU13 nanti.
Maknanya BN akan kehilangan 15 kerusi kepada PR..Kalau UMNO pula hilang 10 kerusi parlimen..dan kaki lompat termasuk Brahim dari Pasir Mas kehilangan kerusi,PR akan ke Putrajaya dengan bergaya...Parlimen dikuasai PR2/3.
Kalau MCA dan MIC sudah pupus, UMNO akan bersendirian di Semenanjung..Winnable calon BN di Sabah akan bertukar warna serta merta..percayalah..

UMNO sepatutnya berjuang dengan kris terhunus, bukan dengan hidangan tahi.Cukup jijik perjuangan UMNO sekarang. Naina merican sudah bermain dengan tahi...Najib dan Muhyidin terpalit juga..orang melayu dalam UMNO kerana tidak mahu terpalit akan bertempiaran meninggalkan UMNO.

Wasatiyah sudah jadi Wahid Satay. Amat lawak sekali. Lagu patriotik 'anak kecil bermain api' sudah ditukar kepad 'UMNO uzur bermain tahi'..

Monday 5 December 2011

Sunday 4 December 2011

UMNO, Amerika,Iraq,Mesir & Libya.




















Ketika Amerika berperang di Vietnam:

Amerika tiap-tiap hari keluarkan kenyataan bahawa angka gerilla yang dibunuh berjumlah puluhan ribu. kalau dicampur sepanjang peperangan seolah-olah Vietcong dan pupus. Hanya yang degil masih bernyawa ialah ketuanya Ho Chin Min keseorangan. Tetapi pada tahun 1975, Amerika lari bertempiaran meninggalkan Vietnam. Kalah pada vietcong.

Sadam di Iraq:

Apabila askar bersekutu mula menyerang, Sadam Husin berkokok, "Ibu segala peperangan telah bermula".."Iraq akan dijadikan kubur besar Amerika.
Tetapi akhirnya dia yang berkubur di Tikrit.

Hosni Mubarak di Mesir:

Dua bulan sebelum kejatuhan Hosni Mubarak, media milik kerajaan setiap hari mempromosi bahawa kononnya, Husni Mubarak masih mendapat sokongan rakyat. Dia diraikan kemana sahaja dia singgah. Akhirnya dia kecundang ditangan rakyat Mesir.

Muammar Gadafi DiLibya

Pemimpin Libya di hari-hari akhirnya, beliau bersumpah akan mempertahankan kerajaannya ketitisan darah terakhir.Tetapi akhirnya dia masuk longkang dan tewas ditangan rakyatnya.

Banyak pemimpin Arab telah dijatuhkan dengan kuasa rakyat. Jatuh dengan penuh kehinaan.

Suara UMNO menjelang PRU13:

Pembakang sudah kehabisan modal~(bunyi macam Modal Insan dah bertukar jadi Modal Feedlot)

UMNO tidak pernah kalah kepada tujahan pembakang.~(Dari sebuah negeri dibawah pembangkang sudah biak kepada 3 lagi)

PRU13 ini adalah 'Ibu segala piliharaya' ~bunyi macam suara Sadam.

Ramai ahli-ahli PAS dan Keadilan telah meninggalkan perjuangan sia-sia mereka.~(macam kalahnya Amerika pada Vietcong)

Buana Suara:Projek 'Winnable Candidate' juga akan menyukarkan UMNO dalam PRU13 nanti.