Mari kita fikir dengan akal, jangan dengan otak..sebab jangan samakan
kita dengan lembu. Lembu hanya ada otak tetapi tidak berakal.
Kita
kena akui bahawa kita berada dalam sebuah negara demokrasi.Demokrasi
bermakna parti yang mendapat mandat majoriti akan mentadbir negeri2 dan
negara.Rakyat yang layak memilih sudah mempunyai banyak pengalaman dalam
memilih kerajaan menerusi ' a legitimate and democratically held
election'.
Sejarah merakamkan peralihan kuasa sering
berlaku di kawasan2 yang dahulunya dimenangi calon BN bertukar kepada
calon pembangkang atau sebaliknya silih berganti. Begitu juga negeri2
yang dahulunya di perintah oleh BN bertukar tangan kepada
Pembangkang.
Kelantan,Terengganu,Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Perak
telah mengalami senario pertukaran kerajaan melalui sistem demokrasi
yang kita amalkan selama 5 dekad.
Dalam keadaan yang normal. peralihan kuasa tidak
langsung mencetuskan huruhara. Setik darah tidak tumpah pun pada 2008
yang lalu.Ini adalah contoh mutlak bahawa rakyat telah matang dalam
membuat pilihan. Seterusnya akur kepada keputusan yang kolektif.. Jadi bab kata
orang putih 'In an orderly changeover there should be no fear'.
Apa pula
masalahnya dengan UMNO dan BN? Saban hari cuba mendera rakyat
khususnya orang Melayu dengan gambaran supaya peralihan kuasa merupaka
satu tabu.
Apa yang kita faham sekarang ialah; sekirannya
peralihan kuasa tetap menjadi pilihan rakyat, bermakna kepimpinan UMNO
tidak bersedia menyerahkan kuasa yang telah berdekad mendakap kuasa.
Natijah dari kehilangan kuasa ini bermakna akan lucutlah pendapatan
peribadi yang lumayan, peluang berniagaan famili dan kroni.Terpaksa pula
mengubah cara hidup yang tidak lazim bagi mereka. Lebih perit lagi, mereka akan
kehilangan layanan yang super istimewa. Ini bukan mudah.Sekian lama
mereka berada dalam 'comfort zone'.
Kita juga telah
menyaksikan rampasan kuasa di Perak.Selagi ia didapati selari
dengan Undang-undang dan Perlembagaan Negara, rakyat dapat menerima dengan hati terbuka.Tidak ada setitis
pun darah menitis di bumi Perak.Namun timbul rasa tidak puashati
dikalangan pengundi yang merasakan mereka tertipu oleh wakil yang mereka
pilih dapat dibendung atas kesedara Rukun Negara yang menjadi teras kesetiaan..Dendam tetap dendam. Mereka akan simpan pada pilihanraya umum
berikutnya.Itulah kematangan rakyat abad ini di negara kita.
Rinkasnya, jangan gusar dan khuatir. Negara tetap aman dan makmur kalau Pakatan Rakyat menjadi
pilihan pada PRU 13 ini. Rakyat tidak akan percaya dengan ugutan yang tidak bermakna dari
UMNO itu.Malah ugutan demi ugutan dapat difahami rakyat, bahawa BN/UMNO dalam situasi resah gelisah. Bayangan Mahkamah keadilan menghantui mereka sekarang.
ALASAN BESAR IALAH, MEREKA TAKUT DIHERET KE MUKA
PENGADILAN KALAU MEREKA TEWAS ATAS BERBAGAI KESALAHAN YANG DI LAKUKAN
SELAMA 5 DEKAD
Sejarah telah mengajar Pakatan Rakyat. Pimpinan mereka tentunya sangat faham risiko menang tipis. Apa yang berlaku di Perak benar-benar memberi erti kepada mereka. Kali ini mereka memburu kemenangan dalam skala yang besar. Mereka juga faham bahawa wang menjadi perantara Si Lompat melompat ini.
Kalau 'spring' ini boleh mengumpul momentum, tidak mustahil, tanpa inisiatif kewangan yang hebat, mood bencikan salahlaku meluat-luat,UMNO akan tewas lebih teruk.
Pakatan Rakyat juga harus ingat bahawa UMNO/BN adalah yang desperados. Desperados akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri..Saya yakin UMNO yang berguni-guni wang hasil dari dermawan RM12 billion PKFZ, RM500 juta komisen dari duah buah kapal selam atau RM250 juta NFC akan lakukan sesuatu untuk selamat. Bukan sedikit amaunnya..Mustahil pemain-pemain utama tidakdapat apa-apa.Mereka pastimya tidak kedekut berbelanja pada PRU13 demi menyelamatkan diri.
Ingat lafaz Najib dan Muhyidin beberapa bulan lalu dalam PAU di PWTC? Ambil perhatian serius. Najib berikrar dan bersumpah akan pertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah terakhir,biar jasad bergelimpangan sepanjang jalan kePutrajaya. Putrajaya akan dipertahankan mati-matian.Itu adalah amanat dan pidato akhir sebelum Putrajaya tumbang.Persis Hitler, sanggup membunuh diri demi mempertahankan kubu terakhirnya.
Seruan 'ubah atau diubah' sudah terlewat bagi UMNO dan BN.Kerajaan bawah pimpinan Najib sudah sedar dari keputusan PRU lepas. Warga berbangsa India telah menghukum MIC dengan pukulan KO. Begitu juga dengan Parti Gerak. Terus kena 'stroke', yang ada hanya nywa. MCA masih nyawa-nyawa ikan. Indikasi kemusnahan MCA dapat dirasai melalui terjemahan penguindi kaum China Pilihanraya di Sarawak.SUPP hancurrrr. Momentum ini akan berterusan ke Semenanjung. Buana empunya ramalan, kini sudah tiba pengundi-pengundi Melayu menjelmakan protes mereka pada UMNO.
Kalau ini benar terjadi, Barisan Nasional hanya mempunyai satu sahaja parti yang masih 'keras kerak' untuk berlawan; iaitu UMNO. Ditemani rakan-rakan yang cacat dan lumpuh seperti MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti yang seuzur.UMNO bagaikan menggalas 'biawak'.
Pakatan Rakyat masih dan sedang menggumpul serta membina kekuatan dari semasa ke semasa.Faktor Anwar sekali-kali tidak akan menjejaskan istiqamah perjuangan mereka. Kebangkitan mahasiswa merupakan katalis kepada perubahan dan peralihan kuasa pada PRU13 nanti. PERUBAHAN bagaikan SUDAH PASTI!!
memang umno letih sekarang, dah lama dah buat onar tentu di benci orang.....
ReplyDelete