Saturday 31 December 2011

UMNO Desperados


Mari kita fikir dengan akal, jangan dengan otak..sebab jangan samakan kita dengan lembu. Lembu hanya ada otak tetapi tidak berakal.

Kita kena akui bahawa kita berada dalam sebuah negara demokrasi.Demokrasi bermakna parti yang mendapat mandat majoriti akan mentadbir negeri2 dan negara.Rakyat yang layak memilih sudah mempunyai banyak pengalaman dalam memilih kerajaan menerusi ' a legitimate and democratically held election'.

Sejarah  merakamkan peralihan kuasa  sering berlaku di kawasan2 yang dahulunya dimenangi calon BN bertukar kepada calon pembangkang atau sebaliknya silih berganti. Begitu juga negeri2 yang dahulunya di perintah oleh BN bertukar tangan kepada Pembangkang.

Kelantan,Terengganu,Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Perak telah mengalami senario pertukaran kerajaan melalui sistem demokrasi yang kita amalkan selama 5 dekad.

Dalam keadaan yang normal. peralihan kuasa tidak langsung mencetuskan huruhara. Setik darah tidak tumpah pun pada 2008 yang lalu.Ini adalah contoh mutlak bahawa rakyat telah matang dalam membuat pilihan. Seterusnya akur kepada keputusan yang kolektif.. Jadi bab kata orang putih 'In an orderly changeover there should be no fear'.

Apa pula masalahnya dengan UMNO dan BN? Saban hari cuba mendera rakyat khususnya orang Melayu dengan gambaran supaya peralihan kuasa merupaka satu tabu.

Apa yang kita faham sekarang ialah; sekirannya peralihan kuasa tetap menjadi pilihan rakyat, bermakna kepimpinan UMNO tidak bersedia menyerahkan kuasa yang telah berdekad mendakap kuasa. Natijah dari kehilangan kuasa ini bermakna akan lucutlah pendapatan  peribadi yang lumayan, peluang berniagaan famili dan kroni.Terpaksa pula mengubah cara hidup yang tidak lazim bagi mereka. Lebih perit lagi, mereka  akan kehilangan layanan yang super istimewa. Ini bukan mudah.Sekian lama mereka berada dalam 'comfort zone'.

Kita juga telah menyaksikan rampasan kuasa di Perak.Selagi ia didapati selari dengan Undang-undang dan Perlembagaan Negara, rakyat dapat menerima dengan hati terbuka.Tidak ada setitis pun darah menitis di bumi Perak.Namun timbul rasa tidak puashati dikalangan pengundi yang merasakan mereka tertipu oleh wakil yang mereka pilih dapat dibendung atas kesedara Rukun Negara yang menjadi teras kesetiaan..Dendam tetap dendam. Mereka akan simpan pada pilihanraya umum berikutnya.Itulah kematangan rakyat abad ini di negara kita.

Rinkasnya, jangan gusar dan  khuatir. Negara tetap aman dan makmur kalau Pakatan Rakyat menjadi pilihan pada  PRU 13 ini. Rakyat tidak akan percaya dengan ugutan yang tidak bermakna dari UMNO itu.Malah ugutan demi ugutan dapat difahami rakyat, bahawa BN/UMNO dalam situasi resah gelisah. Bayangan Mahkamah keadilan menghantui mereka sekarang.

ALASAN BESAR IALAH, MEREKA TAKUT DIHERET KE MUKA PENGADILAN KALAU MEREKA TEWAS ATAS BERBAGAI KESALAHAN YANG DI LAKUKAN SELAMA 5 DEKAD

Sejarah telah mengajar Pakatan Rakyat. Pimpinan mereka tentunya sangat faham risiko menang tipis. Apa yang berlaku di Perak benar-benar memberi erti  kepada mereka. Kali ini mereka memburu kemenangan dalam skala yang besar. Mereka juga faham bahawa wang menjadi perantara Si Lompat melompat ini.

Kalau 'spring' ini boleh mengumpul momentum, tidak mustahil, tanpa inisiatif kewangan yang hebat, mood bencikan salahlaku meluat-luat,UMNO akan tewas lebih teruk.

Pakatan Rakyat juga harus ingat bahawa UMNO/BN adalah yang desperados. Desperados akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri..Saya yakin UMNO yang berguni-guni wang hasil dari dermawan RM12 billion PKFZ, RM500 juta komisen dari duah buah kapal selam atau RM250 juta NFC akan lakukan sesuatu untuk selamat. Bukan sedikit amaunnya..Mustahil pemain-pemain utama tidakdapat apa-apa.Mereka pastimya tidak kedekut berbelanja pada PRU13 demi menyelamatkan diri.

Ingat lafaz Najib dan Muhyidin beberapa bulan lalu dalam PAU di PWTC?  Ambil perhatian serius. Najib berikrar dan bersumpah akan pertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah terakhir,biar jasad bergelimpangan sepanjang jalan kePutrajaya. Putrajaya akan dipertahankan mati-matian.Itu adalah amanat dan pidato akhir sebelum Putrajaya tumbang.Persis Hitler, sanggup membunuh diri demi mempertahankan kubu terakhirnya.

Seruan 'ubah atau diubah' sudah terlewat bagi UMNO dan BN.Kerajaan bawah pimpinan Najib sudah sedar dari keputusan PRU lepas. Warga berbangsa  India telah menghukum MIC dengan pukulan KO. Begitu juga dengan Parti Gerak. Terus kena 'stroke', yang ada hanya nywa.  MCA masih nyawa-nyawa ikan. Indikasi kemusnahan MCA dapat dirasai melalui terjemahan penguindi kaum China Pilihanraya di Sarawak.SUPP hancurrrr. Momentum ini akan berterusan ke Semenanjung. Buana empunya ramalan, kini sudah tiba pengundi-pengundi Melayu menjelmakan protes mereka pada UMNO.

Kalau ini benar terjadi, Barisan Nasional hanya mempunyai satu sahaja parti yang masih 'keras kerak' untuk berlawan; iaitu UMNO. Ditemani rakan-rakan yang cacat dan lumpuh seperti MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti yang seuzur.UMNO bagaikan menggalas 'biawak'.

Pakatan Rakyat masih dan sedang menggumpul serta membina kekuatan dari semasa ke semasa.Faktor Anwar sekali-kali tidak akan menjejaskan istiqamah perjuangan mereka. Kebangkitan mahasiswa merupakan katalis kepada perubahan dan peralihan kuasa pada PRU13 nanti. PERUBAHAN bagaikan SUDAH PASTI!!

1 comment:

  1. memang umno letih sekarang, dah lama dah buat onar tentu di benci orang.....

    ReplyDelete