Showing posts with label H1N1. Show all posts
Showing posts with label H1N1. Show all posts

Saturday, 15 August 2009

H1N1 -Senjata Kimia Yahudi


Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1


Ogos 1, 09 8:03pm


Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.


"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).


Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.


Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.


Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam.


Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.


Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.


Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.


Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.


Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHObagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.


"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.


Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.


Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.


Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.


Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.


"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.


"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya


BUANASUARA

Kementerian Pertahanan;


  • Peperangan Dunia Abad ini, kita tidak akan kedengaran lagi dentuman (explotion)bomb-bomb nukliar.

  • Melalui senjata kimia yang diperbuat daripada virus Selsema Babi,Selsema Burung, Penyakit Kaki dan Mulut para askar Melayu,Cina dan India 1Malaysia akan mati perlahan-lahan macam tupai kena racun tembakau.

  • Kementerian Pertahanan dalam sibuk-sibuk mengeluarkan budget untuk membeli dan memiliki berbagai senjata kononnya memperkasakan pertahanan negara jangan terlepas pandang tentang muslihat ujian 'Senjata Kimia' oleh negara maju.

  • Dalam menguji keberkesanan senjata ini mereka tidak perlu datang ke sini. Mereka cuma lepaskan virus tersebut dalam MAS dan Air Asia dan sebagainya. Atau pun melalui kapal-kapal 'cargo' yang destinasinya ke 1Malaysia. Dan bermacam-macam strategi yang murah dan cepat.

Kementerian Kesihatan:


  • Vaksin hanya dapat pada akhir tahun ini. Bermakna ramai lagilah rakyat yang akan terkorban dan dikorbankan. Dan berkemungkinan anak-anak kita yang sedang membaca entri ini.

  • Dari pemerhatian tidak semua pintu masuk ke 1Malaysia ini disaring dengan serius dan komited. Umpamanya disempadan Malaysia Thailand dan Singapura.

  • Begitu juga di Airport 1Malaysia.

Keselamatan Dalam Negeri;

  • Pendatang-pendatang tanpa izin -melalui lorong-lorong tikus yang haram tetapi telus, masih lagi menerima kedatangan pendatang tanpa izin dengan 'izin' , melalui sindikit haram yang di 'haruskan' melalui berbagai cara dan taktik yang boleh membutakan mata dan memekakkan telinga para penguatkuasa.

  • Walaupun melalui 'lorong tikus' tetapi kebarangkalian membawa virus selsema babi cukup tinggi selain daripada penyakit-penyakit sosial yang lain.

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:

  • Hentikan segera majlis konvokasi yang diadakan. Tangguh sehingga wabak H1N1 sudah terkawal. Jangan membunuh anak-anak bangsa melalui majlis-majlis seumpama ini.

  • Perkhemahan di sekolah-sekolah dan pemeriksaan kesihatan yang rapi WAJIB keatas pelajar-pelajar dan kakitangan institusi berkenaan.

Politikus-politikus yang berotak tikus:

  • Hentikan maki hamun antara satu sama lain. Negara sudah diancam dengan senjata kimia.

  • 1Malaysia sudah dijadikan medan experiment.

  • Tidak ada guna dapat kuasa memerintah negara yang tidak ada rakyat. 'Ada dua tiga ekor' rakyat pun yang berpenyakit. Muhasabahlah diri masing-masing.

  • Senjata Kimia membunuh Melayu, Cina, India 1Malaysia. Asalkan yang bernyawa. Tidak kira papa agama yang dianuti. Atau Parti mana yang di pakai. Semuanya akan disapu bersih. Kematian seumpama ini akan melengkapkan gagasan 1Malaysia- Kematian RAKYAT DIDAHULUKAN


Wednesday, 12 August 2009

Vaksin H1N1 Dari Thailand

Nature At Its Best
Saya terima email dari seorang kawan tentang mengubati H1N1 secara tradisional. Betul atau tidak wallahualam..tapi tak salah mencuba.


Date: Wednesday, August 5, 2009, 6:47 PM
Salam..... saya baru balik dari Thailand. Saya ke pulau temelang dan Ban Tun. Apa yang saya nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.

Bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk2. Tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

tq
Buanasuara;
Kalau betul mujarab kita minta peruntukan 20juta tambahan yang diluluskan kepada Kementerian kesihatan untuk beli unta angkut Kurma dan kerbau untuk angkut kelapa. Kan lebih baik daripada duk ternak 'UNTA' dan 'KERBAU' di Kementerian Kesihatan yang tak tahu dan lembab mengurus H1N1+1M(1Malaysia)

Thursday, 30 July 2009

Peluang Mencari Kekayaan Melalui Wabak H1N1

BUANA SUARA: Pelajar H1N1 Dihalau Macam Babi Di 1Malaysia

Malaysia confirms 4th swine flu-related death
AP - Thursday, July 30KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's health ministry has confirmed the country's fourth swine flu-related death.

The ministry says the 20-year-old Malaysian woman tested positive for the virus but died of pneumonia.

It said in a statement Wednesday that she was hospitalized for 11 days before her death Tuesday.

Malaysia has reported 1,266 swine flu cases since May.

The World Health Organization said Monday the worldwide death toll has reached 816 since the start of the outbreak. It has tallied more than 130,000 infections around the world.

Keraguan Buanasuara:(Rakyat didahulukan)

  • Kementerian kesihatan gagal melaksanakan kaedah yang betul dan tepat dalam usaha mengawal dan membenteras wabak Influenza A
  • Kerajaan tidak menyediakan peruntukan kecemasan secukupnya kepada Kementerian Kesihatan.
  • Ada pegawai yang mengambil kesempatan atau pembekal-pembekal berbagai alatan yang ada kaitan dengan H1N1 main sorot-sorot sehingga menyebabkan alat-alat pencegahan yang penting dan utama tidak cukup di 1Malaysia.
  • Ada pembekal atau pegawai yang membentang kertaskerja kononnya untuk H1N1 tetapi impaknya bukan kepada pembasmian tetapi kekayaan kepada pembentang kertaskerja dan kontraktor berkenaan sahaja. DAn kontrak mereka telah diluluskan segera.
  • SPRM/MACC bolehlah hantar 'spy'. Kalau ada kecurigaan ambush segera.

Friday, 24 July 2009

Pelajar H1N1 Dihalau Macam Babi Di 1Malaysia


· UiTM SERI ISKANDAR CAMPUS CLOSED AS STUDENTS HAVE INFLUENZA-LIKE SYMPTOMS
IPOH, July 22 (Bernama) -- The Health Ministry has ordered the Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus in Seri Iskandar, near here, to be closed for one week from today due to the sudden increase in the number of students to 280 from 55 yesterday with influenza-like symptoms.
Bernama via Yahoo! Malaysia News - Jul 22 08:30pm
· UiTM ALOR GAJAH MELAKA CLOSED IMMEDIATELY
KUALA LUMPUR, July 16 (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Campus in Alor Gajah, Melaka has been closed for nine days effective immediately following the outbreak of the Influenza A H1N1 at the campus since last week.

Buanasuara:

1. Dalam banyak-banyak IPT kenapa UiTM banyak terlibat? Maknanya,budak-budak Melayu ramai dijangkiti samada Virus H1N1 atau virus seumpamanya. Kenapa dan mengapa?
2. Saya dimaklumkan oleh seorang kawan(rakyat jembel di Tanah Merah);anak beliau adalah pelajar UiTM di Terengganu. Baru sahaja menjemput anak beliau dari kampus kerana UiTM tersebut ditutup akibat virus babi. Atas kesedaran beliau yang hanya bersekolah atap menanyakan samada anaknya telah menjalani pemeriksaan dikampus atau tidak. Anak perempuan beliau memberitahu tidak. Keesokkan pagi, beliau telah menghantar anaknya ke Hospital Daerah Tanah Merah. Beliau menceritakan sinario begini


  • Sebaik sahaja diberitahu kepada pihak perubatan bahawa anak beliau baru balik dari kampus UiTM kerana instituisi tersebut disyaki ada pelajar yang dijangkiti H1N1. Sebaik sahaja mendengar H1N1 dengan secepat kilat pegawai perubatan berkenaan mengambil dan memakai penutup pernafasan.

  • Beliau berasa amat kesal. Kesal kerana anak beliau telah bersama dengan seluruh keluarga sepanjang balik dari kampus. Ini bermakna beliau telah terdedah dengan jangkitan itu sekirannya anak beliau itu ada virus yang dibawa balik dari kampus.

  • Lebih teruk lagi ia akan menular keseluruh jiran dan kampung halaman .

  • tambahan pula kalau inilah cara menangani H1N1 beliau yakin seluruh negara akan mengalami wabak babi ini kerana pelajar-pelajar adalah datangnya dari seluruh pelusuk negara.

3. Mana SOP Kementerian Kesihatan dan pengurusan UiTM?

  • Kenapa pelajar-pelajar dihalau macam babi balik ke kampung masing-masing tanpa memastikan samada pelajar yang dibenar pulang itu benar-benar selamat.Tidak pembawa H1N1?

  • Kenapa pihak kementerian Kesihatan tidak memeriksa semua pelajar dalam kampus sebelum dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga dan kampung halaman masing-masing.

  • Adakah kerana mereka menganggapkan budak-budak ini adalah anak-anak 'stupid malay'?
  • Adakah merebak itu lebih baik daripada mencegah?

4. Apa maksud 'rakyat didahulukan'? Apakah ia bermaksud rakyat jembel ini dahulu terkena berbagai penyakit. Atau bagaimana?????..


Najib keseorangan untuk membetulkan keadaan. Menteri-menteri lain masih lagi 'berbulan Madu'.