Saturday, 15 August 2009

H1N1 -Senjata Kimia Yahudi


Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1


Ogos 1, 09 8:03pm


Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.


"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).


Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.


Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.


Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam.


Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.


Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.


Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.


Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.


Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHObagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.


"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.


Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.


Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.


Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.


Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.


"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.


"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya


BUANASUARA

Kementerian Pertahanan;


  • Peperangan Dunia Abad ini, kita tidak akan kedengaran lagi dentuman (explotion)bomb-bomb nukliar.

  • Melalui senjata kimia yang diperbuat daripada virus Selsema Babi,Selsema Burung, Penyakit Kaki dan Mulut para askar Melayu,Cina dan India 1Malaysia akan mati perlahan-lahan macam tupai kena racun tembakau.

  • Kementerian Pertahanan dalam sibuk-sibuk mengeluarkan budget untuk membeli dan memiliki berbagai senjata kononnya memperkasakan pertahanan negara jangan terlepas pandang tentang muslihat ujian 'Senjata Kimia' oleh negara maju.

  • Dalam menguji keberkesanan senjata ini mereka tidak perlu datang ke sini. Mereka cuma lepaskan virus tersebut dalam MAS dan Air Asia dan sebagainya. Atau pun melalui kapal-kapal 'cargo' yang destinasinya ke 1Malaysia. Dan bermacam-macam strategi yang murah dan cepat.

Kementerian Kesihatan:


  • Vaksin hanya dapat pada akhir tahun ini. Bermakna ramai lagilah rakyat yang akan terkorban dan dikorbankan. Dan berkemungkinan anak-anak kita yang sedang membaca entri ini.

  • Dari pemerhatian tidak semua pintu masuk ke 1Malaysia ini disaring dengan serius dan komited. Umpamanya disempadan Malaysia Thailand dan Singapura.

  • Begitu juga di Airport 1Malaysia.

Keselamatan Dalam Negeri;

  • Pendatang-pendatang tanpa izin -melalui lorong-lorong tikus yang haram tetapi telus, masih lagi menerima kedatangan pendatang tanpa izin dengan 'izin' , melalui sindikit haram yang di 'haruskan' melalui berbagai cara dan taktik yang boleh membutakan mata dan memekakkan telinga para penguatkuasa.

  • Walaupun melalui 'lorong tikus' tetapi kebarangkalian membawa virus selsema babi cukup tinggi selain daripada penyakit-penyakit sosial yang lain.

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:

  • Hentikan segera majlis konvokasi yang diadakan. Tangguh sehingga wabak H1N1 sudah terkawal. Jangan membunuh anak-anak bangsa melalui majlis-majlis seumpama ini.

  • Perkhemahan di sekolah-sekolah dan pemeriksaan kesihatan yang rapi WAJIB keatas pelajar-pelajar dan kakitangan institusi berkenaan.

Politikus-politikus yang berotak tikus:

  • Hentikan maki hamun antara satu sama lain. Negara sudah diancam dengan senjata kimia.

  • 1Malaysia sudah dijadikan medan experiment.

  • Tidak ada guna dapat kuasa memerintah negara yang tidak ada rakyat. 'Ada dua tiga ekor' rakyat pun yang berpenyakit. Muhasabahlah diri masing-masing.

  • Senjata Kimia membunuh Melayu, Cina, India 1Malaysia. Asalkan yang bernyawa. Tidak kira papa agama yang dianuti. Atau Parti mana yang di pakai. Semuanya akan disapu bersih. Kematian seumpama ini akan melengkapkan gagasan 1Malaysia- Kematian RAKYAT DIDAHULUKAN


2 comments:

  1. Sesekali membaca seolah Buanasuara benar-benar masih menyimpan kecewa kerana Ku Li semakin dilupai. Percayalah.. Ku Li masih tetap dihormati dan terus dikenang sebagai tokoh politik negara yang terulung sebaris dengan Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  2. CCZ,
    H1N1 tidak ada kena mengena dengan Ku Li.

    Saya risau dengan cara kepimpinan mengurus isu ini. Salah menanganinya akan menjadi krisis wabak yang besar. Kita rakyat jembel dibawah ini yang akan merana.

    Soal negarawan seperti Tun M, Ku LI, Musa Hitam, Pak Lah dan lain-lain;mereka ada sejarah mereka tersendiri.

    Cuma yang mewarisi kepimpinan sekarang mestilah mengabungkan pemikiran mereka itu untuk mengujudkan satu gagasan yang boleh menguatkan Melayu.

    Perhatikan, saya melihat Najib banyak bergantung dengan kekuatan Tun Razak. Kini dalam akhbar 'quote' Tun Razak hari-hari dipaparkan. Seolah-olah beliau meminta simpati atas nama putera Razak.

    'Come on'...orang tidak akan respect Najib sebagai seorang pemimpin yang menumpang populariti orang lain waima bapa sendiri.

    Kenapa tidak akbar arus perdana memaparkan kata-kata dan seruan Najib sendiri. Bermula daripada beliau memasuki dunia politik. Takkan tidak ada kata-kata yang bernas yang boleh memberi imej prinsip dan gagasan beliau dalam politik tanahair.

    ReplyDelete