Friday, 21 August 2009

Sidang Roh Bulan Ramadhan

SELAMAT BERPUASA. SAMBUTLAH CABARAN DAN DUGAAN DENGAN KASIH DAN SAYANG TUHAN DI ATAS BUMI DI BAWAH MATAHARI.

~DARIPADA BUANASUARA KEPADA FOLLOWERS DAN PENGUNJUNG 1MALAYSIA~

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.


Kejarlah Allah Dan Jangan Kejar SyurgaNya


Kejarlah Tuhan , dan jangan kejar SyurgaNya
Tuan Syurga lebih utama daripada SyurgaNya
Carilah Tuhan dan jangan cari fadilatnya
Dapat Tuhan, Dapatlah segala-galanya



Cari Tuhan kerana kita hendak
memperhambakan diri kepadaNya
Cari Syurga atau fadilatnya ertinya
hendak membesarkan nikmat Tuhan


Mengapa hendak membesarkan diri kepada makhluk?
Memperhambakan diri kepada Khaliq bukankah yang lebih utama?
Jika mengejar fadilat , rasa bertuhan tidak ada.
Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada.


Sedangkan fungsi hamba
hendak melahirkan rasa kehambaan
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan!


Kerana itulah orang yang beribadah
Kerana Syurga atau Fadilat
Perangainya tidak berubah
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah
yang menyuburkan mazmumahnya
Mengapa beribadah kerana Syurga dan Fadilat?
Syurga dan Fadilat adalah hak Tuhan
yang memang telah ditentukan olehNya


Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, syurga dan Fadilatnya pun dapat sama
Kerana itulah syurga dan fadilat tak perlu difikirkan


Mencari Syurga atau Fadilat
Syurga atau Fadilat belum dapat
Tuhan sudah tentu tak dapat


Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia pencipta kita
Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai


Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu tepat pada sasarannya.

2 comments:

  1. A'kum..lama tak dengar cerita dari buanasuara.Ya Allah..lupalah CCZ..nak sediakan list Exco Kedah..sorry..bz sampai lupa pada buana..maaf ye..

    ReplyDelete
  2. w'salam ccz..
    Sibuk kempen pilihanraya ke? Dengarnya kedua-dua calon kaki kebas betul ke?
    Kalau betul...nak pilih siapa hah?
    Calon bebas tak sempat daftar...kalau tak bebas pun bebas lah ye!!.
    Kesian pengundi Pengkalan Pasir

    ReplyDelete