Sunday, 9 August 2009

Wasiat Hamka Untuk PAS Dan UMNO




Dalam rangka memperkasa umat dan membina jiwa merdeka Hamka melihat Islam (ajaran tauhid) sebagai “sumber tenaga kemerdekaan jiwa yang sebenarnya.”
Bagaimanapun, ada kekesalan yang disuarakan oleh Hamka apabila beliau menyatakan,
Cuma sayang, kerana kesedaran di dalam menegakkan agamanya tidak tegas dan jelas, kaum Muslimin yang gagah berani itu kebanyakan hanya dipergunakan tenaganya guna membina kekuasaan orang lain. Setelah orang lain berkuasa, kaum Muslimin itu disingkirkan dan dilarang keras atau dihambat-hambat agar jangan sampai menuntut haknya yang suci".
(Hamka, 1971;205).

Hamka tidak cuma mengajak umat memerdekakan jiwa, tetapi beliau sendiri dilihat sebagai contoh watak manusia berjiwa merdeka. Pemikirannya yang kritis adalah manifestasi kemerdekaan jiwanya. Demikian juga sikap dan tindakan-tindakannya dalam pelbagai peristiwa. Sebagai eksponen faham pembaharuan, beliau memperlihatkan simpati dan dukungan terhadap “Kaum Muda”, tetapi setelah menyaksikan perpecahan umat yang diakibatkan oleh konflik “kaum Tua-kaum Muda” itu beliau menyatakan ketidaksenangannya terhadap konflik seperti itu.

Sementara itu dapat pula dikesan rasa jijik dan mualnya apabila beliau menyaksikan fenomena pengkhianatan kaum intelektual kerana merebut kepentingan peribadi. Fenomena ini diungkapkannya dengan kata-kata,

Ada yang mengungkapkan dengan kata-kata yang lebih kasar, yaitu `kaum intelek yang melacurkan diri” mengkhianati ilmu pengetahuan, lalu menjadi `badut-badut’ yang setia, mengilmiahkan kebohongan.” (Hamka, 1971: 244-246)

Demikianlah Islam sebagai pembangun jiwa merdeka.

Dalam sejarah pembinaan semangat kebangsaan di rantau ini, Islam jugalah yang pertama berperanan menumbuhkan rasa kesatuan ummatik. Hamka dapat menerima “kebangsaan” dengan catatan ia tidak bererti cauvinisme. Dalam polemik antara golongan nasionalis neutral agama dengan golongan yang sama sekali menolak konsep kebangsaan, Hamka berusaha memahami kedua-dua pihak, lalu mengambil jalan menyerasikan nasionalisme dengan Islam. Untuk itu beliau mensyaratkan nasionalisme harus berlandaskan Islam. Jika tidak ia akan menjadi Cauvinisme, perkauman sempit yang bersikap angkuh dan degil,yang di awak segala benar, yang diorang segala bukan! (Hamka, 1981:199).

No comments:

Post a Comment