Friday, 7 August 2009

Demokrasikan Budaya Fikir


Kita juga harapkan pemimpin UMNO jangan mainkan 'kad bangsa Melayu' sebagai topeng untuk memperdayakan Melayu.

Melalui 'advokasi bangsa' maknanya mereka boleh lakukan apa sahaja sebab Melayu akan tetap sokong kerana bimbang Melayu akan hilang kuasa.

Melayu harus waspada juga dengan pemimpin-pemimpin seumpama ini.

Kepada semua Melayu, "JANGAN BIARKAN PAKAIAN BAJU KEPARTIAN YANG MEWARNAI PEMIKIRAN KITA"

Curilah masa anda buat beberapa saat dalam satu hari, kembara keluar dari kotak kepartian. Perhatikan sekeliling kita melalui stigma 'Quest For knowledge' dalam mencari kebenaran. Jadilah insan yang 'cultural-and knowledge-literate'. Supaya kita dan bangsa kita dan Islam tidak akan diperbodohkan sewenang-wenangnya.


3 comments:

  1. Alangkah baiknya sekiranya mejoriti blogger berfikiran seperti kome..tentu lebih tenang dan matang . Lebih terbuka dalam memperbincangkan segala macam masalah.

    ReplyDelete
  2. Bukankah bangkitnya semangat mempertahankan bangsa bilamana adanya tanda-tanda Melayu dicabar secara tersirat dan tidak langsung. Kini bukankah Melayu dicabar secara langusng? Adakah kita wajar diamkan dan biarkan Melayu leka bertelagah dan terus lena sedangkan memang benar bangsa Melayu semakin dicabar? Berfikir luar dari kotak kepartian masih memerlukan kita melihat ke tanah jua.

    ReplyDelete
  3. LanaBulu dan CCZ,

    TQ atas respond yang diberikan.

    Kalau kita berada dalam kotak kepartian kita tidak sedar kepada 'pemikiran beracun' yang dicanangkan oleh pemimpin kita.

    Pas umpamanya meracuni pengikut-pengikutnya bahawa Islam akan musnah tanpa Pas. Dan sebagai muslim wajib mempertahakan Islam.

    Begitu juga UMNO memainkan sentimen Melayu akan hancur kalau tidak kekalkan UMNO. Orang Melayu mesti pertahankan ketuanan malayu.

    Benar kah begitu.

    Di barat pun begitu,mereka berjaya mewujudkan persepsi negatif terhadap Islam dan penganutnya. Untuk menimbulkan berbagai kebimbangan dikalangan masyarakat Barat, media dan pemimpin mereka telah melabelkan berbagai-bagai jenama ke atas Islam.
    Umpamanya , 'babarik',ekstremis,penganas dan seumpamanya.Akhirnya tindakan mereka mendapat restu oleh seluruh warga Barat.

    Jadilah macam Tun Perak, keluar dan lihat sendiri adakah penggunaan 'kad bangsa dan kad Agama' betul-betul terancam atau propaganda pemimpin untuk terus bertakhta.

    ReplyDelete