Monday, 10 August 2009

Model ISA PR

Lidah Berbelit

“Ianya merupakan persetujuan yang dibuat antara Parti Komunis China dengan rakyat: Kami akan membenarkan kalian menjadi kaya, tetapi kalian harus menyerahkan sepenuhnya kebebasan politik kalian." Zhou Qing.


Zhou, seorang penulis berusia 25 tahun, berperanan menyelaraskan protes-protes di Dataran Bandar Baru Xi’an. Kemudiannya beliau ditahan .


Zhou dipenjarakan selama dua tahun di penjara Xi’an. Beliau ditempatkan bekerja di sebuah kilang dan dikehendaki menghasilkan 12,000 batang mancis sehari. Seandainya gagal untuk mencapai kuota yang dikehendaki, maka makanan akan disekat.

Para pengawal lazimnya memilih di kalangan banduan untuk proses “vaksinasi”, salah satu kaedah intimidasi yang mana tahanan akan disuntik dengan serangga ke dalam torehan kulit pada lengan, mengakibatkan jangkitan secara perlahan dan senyap.

Sebagai hukuman kerana cuba melarikan diri, Zhou dipindahkan ke kem buruh, di mana beliau ditempatkan selama lapan bulan bersama-sama dengan tahanan-tahanan politik berusia 17 dan 18 tahun. Sewaktu masa makan, tahanan-tahanan tua akan membuli para mahasiswa dan merampas makanan mereka.


No comments:

Post a Comment