Monday 28 September 2009

PAS Parti Slogan Dan Pintu Gerbang

Hebatnya Buih Sabun
PAS sanggat berbangga dengan slogan dan pintu gerbang. Berbagai slogan dicipta menghiasi papan tanda di setiap ceruk bumi Kelantan.

SOALAN: Apakah rakyat akan kenyang dengan melihat pintu gerbang,papan tanda dan slogan.

Slogan dan pintu gerbang adalah kosmetik bagi kerajaan PAS. Disebalik kosmetik ini adalah wajah hodoh PAS dengan sifat dengki untuk menguasai negara. Wajah hodoh disebalik PAS adalah jelas apabila sanggup memberi makeup Islam kepada DAP supaya dilihat murni oleh orang Islam. Sedangkan DAP telah jelas anti Kerajaan Islam.

Bangkai busuk DAP cuba ditutup dengan benang halus surah-surah Islam dengan niat menipu orang Melayu dan Islam.

Kembali kita kepada janji PAS pada tahun 1990 di Kelantan dahulu. Ada yang terlupa tetapi ada yang masih tak lupa tentang janji untuk menubuhkan HISBAH oleh TGNA.

SOALAN: Apa sudah jadi???

Sebenarnya rakyat yang siuman berpendapat PAS dan TGNA tidak berani menubuhkan badan HISBAH kerana dari segi zahirnya ramai pemimpin PAS mengalami transformasi gaya hidup yang yang amat ketara selepas bergelar YB. Kot bergantungan dalam kereta. Kopiah dan sarban digantikan songkok. Malah berbagai kerenah yang selama ini dibenci oleh pemimpin PAS telah menjadi amalan YB-YB PAS.

Sepatutnya selepas menjadi YB mereka semakin warak. Sarban semakin besar. Tetapi apa yang berlaku sarban yang besar bukan setakat mengecil tetapi hilang terus dan ghaib dari alam buana. Sebaliknya kereta dan rumah semakin besar. Isteri ditambah. Ada yang mengimport dari Kemboja. Kemudian cerai. Cari lain. Cerai cari lain. Yang bodoh sombong masih juga buta mata,buta hati sampai mati dan sanggup dikapankan dengan kain rentang PAS.

Nyata Pemimpin PAS yang mengelarkan diri mereka Tuan Guru mungkir janji untuk menubuhkan HISBAH.

Tidak keterlaluan kalau buanasuara menyuarakan:

"Selagi Sungai Kelantan mengalir ke Laut Cina Selatan, Jangan harap pemimpin PAS berani menubuhkan HISBAH. Usaha mendesak PAS menubuhkan Badan HISBAH sama seperti usaha memandikan gagak dengan harapan bulu gagak menjadi putih. Kering Laut China Selatan sekalipun bulu gagak tetap hitam"

"Sekali-sekala penyokong dan pendokong parti tidak kira mana-mana parti wajib bangun protes dan peka kepada perkembangan semasa agar parti yang kita sayangi berjalan atas fitrah dan bukannya berlawanan dengan fitrah. Mana-mana parti yang berjalan atas nafsu pemimpin yang alpa akan merosakkan parti yang kita sayangi"



Sekadar ingat mengingati kepada saudaraku dalam Islam...Wallahualam.





2 comments:

  1. kasihannya burung gagak itu..tentunya segala jenis selsema menghinggapi tubuhnya yang hitam..apa kan daya. celup dalam cat putih la..kan buleh..PAS CELUP!

    ReplyDelete
  2. tangkap gagak albino je..abis cerita

    ReplyDelete