Sunday 19 September 2010

UMNO; Dari Mana Hendak Ke mana?

Najib telah mendabik dada dengan deklarasi bahawa UMNO mempunyai anggota melebihi 3 juta. Ini membuktikan Najib tidak membuat ‘homework’ yang berfokus. Pakai bantai sahaja apa yang diberikan oleh Tg.Adnan Mansor. Tanpa disedari bahawa Tg Adnan cuba menonjolkan imej bahawa beliau telah bekerja keras untuk semua itu. Lantas menyorok segala kemungkaran yang berlaku di Ibu prejabat UMNO PWTC.

Yang kita tahu angka itu telah pun diumumkan sebelum tahun 2008. Namun pada PRU 12 UMNO/BN telah kehilangan 5 negeri.

Ini membuktikan bahawa hakikatnya bilangan ramai tidak penting. Yang penting ialah falsafah perjuangan dan pengurusan parti yang praktikal. Masa kanak-kanak sekolah dahulu Buana telah menonton cerita ‘David And Goliath” Dalam cerita itu Goliath yang raksasa dapat ditumpaskan oleh seorang budak bernama David. Moralnya , yang ramai dan yang raksasa tidak semestinya menang. Yang menang ialah kualiti pengurusan angkatannya. Begitu juga beberapa peperangan dalam Sejarah Islam, angkatan yang besar pernah ditewaskan oleh pasukan yang kecil anggotanya. Apakah UMNO khususnya Mr. Presiden UMNO lupa atau tidak belajar sejarah Islam. Atau juga lebih arif tentang sejarah kafir daripada sejarah Islam. Atau lebih mahir teori Darwin daripada sifat dua puluh?

Selagi negara mengamallkan sistem demokrasi pilihanraya tidak dapat dielakkan. Pada tahun 2013 Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan. Perdana Menteri boleh menasihatkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sebelum tarikh terakhir Pilihanraya Umum wajib diadakan.

Graf sokongan Melayu pasti menjunam pada PRU 13 akan datang JIKA Najib tidak kembali sedar.

Ada 2 perkara yang harus dikupas dengan komprehensif untuk menyelamatkan UMNO. Pertama isu dalaman parti dan kedua ialah senario pergolakan politik dan keselamatan dalam Negara.

Kalau ditakdirkan UMNO kalah dalam PRU sehingga gagal menubuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan, Najib akan bersendirian menerima kutukan dan hukuman orang Melayu.. Menteri-menteri dan jemaah lain dalam parti akan menuding jari pada beliau. Begitulah nasib yang telah menimpa Tun pak Lah yang lalu. Najib jua akan menerima nasib yang tidak sama tetapi lebih buruk daripada itu.

Buana pasti PM baru dari gabungan baru akan mencari sekecil-kecil kesalahan hingga sebesar-besar kesalah yang telah dilakukan oleh Najib semenjak dari mula-mula menjadi menteri Besar sehinggalah menjawat jawatan Menteri Perdana 1Malaysia. Beliau akan diheret songsang ke mahkamah dan dimalukan.

Masalah dalaman parti Buana rasa amat banyak isu-isu dan konflik tidak diuruskan dengan baik , Ini termasuk hak-hak menerima keadilan ‘without fear or favour’ kepada setiap ahli dan lagi dan lagiiii. Pengurusan yang tidak baik dan sempurna adalah akibat daripada produk kepimpinanan yang dipilih secara pincang dan tidak bermoral. Sebagaimana entri Buana sebelum ini.

Dunia Melayu telah menyaksikan tindakan tidak selari dan kebiadaban pemimpin UMNO yang sanggup melabelkan NGO melayu seperti PERKASA rasis hanya atas desakan presiden MCA. TG Adnan. Nazri dan KJ lantang menembak PERKASA. Tetapi dalam masa yang sama Najib dengan gaya aristokratnya menyatakan tidak.. APA ini??

Apakah orang Melayu akan mengundi UMNO pada PRU13 akan datang jika Najib terus-terusan begini. Yang membinggungkan lagi ialah tentang konsep 1Malaysia. Apabila Tun Mahathir menyatakan keliru tentang konsep tersebut, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden pun ikut mengeluarkan ‘statement’ yang mengelirukan dan boleh ditafsirkan seolah-olah beliau pun tidak menyokong nya. Atau ada nawaitu lain terhadap Najib. Atau permaianan politikus elit dalam persiapan pemilihan akan datang. Wallahualam.

Amalan’reward and punishment’ yang tidak praktikal yang telah dilaksanakan oleh Najib sewaktu PRK atau PRU.

Jujur sejujurnya, ramai yang mengeluh dengan cara Najib melaksanakan sistem 'reward & punishment' versi ‘lunchai’. Bukan setakat rakyat biasa telah menunjukkan kerisauan. Yang dalam jentera pun meluat. Ini bukan sketsa dogeng , tapi kenyataan. Orang Melayu dan UMNO sudah naik saksi pada satu PRK di Selangor, UMNO kalah kerana tidak dapat sokongan pengundi Cina tetapi berjuta wang Malaysia diberikan kepada mereka. Mereka di’reward’kan sedangkan mereka patut menerima ‘punishment’.

Apakah orang Melayu akan mengundi UMNO pada PRU13 akan datang.
Kalau begini terus-terusan;Najib nampak gayanya perlu diberikan 'punishment' agar kembali sedar dan buat kerja berfokus. Kalau ‘punishment diberikan sebelum PRU 13 beliau beruntung, tetapi apa akan jadi kalau punishment akan dijelmakan pada PRU 13 nanti.

Ini tidak termasuk lagi persoalan-persoalan Melayu yang tidak terjawab oleh UMNO umpamanya;

~siapakah yang menyerahkan kementerian-kementerian strategik kepada pemimpin asing? UMNO(Baru) Kan?

~Siapakah yang menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) bagi membantu usahawan Melayu? UMNO(Baru) Kan?.

Tiada siapa pun menafikan bahawa UMNO(1946)telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO(1946) telah mengangkat martabat Bahasa Melayu (Perkara 152). UMNO(1946) telah memelihara kesucian Agama Islam (Perkara 3). UMNO(1946) telah mempertahankan Hak Keistemewan orang Melayu (Perkara 153) dan tanah rezab (Perkara 89). Dan UMNO(1946) telah memuliakan institusi Raja-Raja Melayu (Perkara 38).

TETAPI setelah 52 tahun merdeka,:

Siapakah yang membunuh tulisan Jawi sehingga menyebabkan anak-anak Muslim makin ramai tidak pandai membaca al Quran akibat ‘buta huruf jawi'.

Siapakah yang menjualkan tanah-tanah rezab Melayu kepada bukan Melayu dan tidak diganti?

Siapakah yang tidak mematuhi Penyata Razak dan melanggar Perlembagaan Malaysia dengan membenarkan SRJK?

Siapakah yang menjual hak Melayu dengan menetapkan kuota perumahan hanya 30% untuk Melayu, menurunkan kuota kemasukan ke IPTA dan biasiswa ke 55%, kini menghapuskan pula kuota ekuiti unuk Melayu?

Siapakah yang memberikan kawasan majoriti Melayu kepada bukan Melayu untuk bertanding?

Siapakah yang serahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada bukan Melayu sedangkan ADUN UMNO adalah yang teramai di masa lalu?

Siapakah yang menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang merempat seperti orang Melayu di Singapura?

Kini telah bersedia menggugurkan ‘kaum’ dan ‘agama’ daripada semua dokumen rasmi?

Jawapannya? UMNO(Baru).

Akuilah bahawa UMNO(Baru) bukan sahaja telah memberi ‘betis’ bahkan telah memberi ‘peha’ juga kepada bukan Melayu. Berilah apa pun mereka akan tetap tinggalkan BN/UMNO.

Najib dan Pemimpin UMNO(Baru) masih terlepas pandang membaca fakta politik?

Sesekali betul juga kata Mad Sabu,"tanpa UMNO, Melayu akan lenyap adalah tahyul semata-mata"

Buana kata, ‘Perjuangan UMNO adalah sia-sia kalau hak orang Melayu semakin hari, semakin terhakis’

Buana ulangi kata-kata Najib “kalau UMNO tidak berubah, UMNO akan diubah” akan menjadi kenyataan, kalau Najib sendiri tidak berubah.

Last but not least.. Sudah ada kedengaran Melayu lain berkata,”Yang menjadikan Melayu terus dirundung malang ialah kerana adanya Melayu lain yang sanggup pula memberi ‘celah peha’ kepada bukan Melayu demi untuk menjadi PM. Dia sanggup menjadi ‘hulu kapak’ yang bersedia untuk menumbangkan ‘pohon’ yang besar. Justeru, bukankah orang yang sedemikian itu merupakan pengkhianat bangsa?”

Kalau begini lah adakah kita yakin, Melayu masih mahu memberikan undi kepada UMNO(Baru) pada PRU-13 nanti?

Wallahualam.

1 comment:

  1. Selangkah selangkah. Pertama kembalikan keperkasaan kepada kuasa Melayu. Ini bermakna kumpulan Melayu yang dikatakan sanggup beri celah paha kepada bukan melayu atau menjadi hulu kepada kapak itu kena disedarkan untuk kembali bersatu dan sama samalah kelak membuat semakan. Segalanya dapat dilakukan apabila keperkasaan sudah kembali pergelangan tangan. Inshaallah.

    ReplyDelete