Saturday 6 November 2010

Ambo Nok Parti Ku Li

Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang itu adalah pilihan dan dukongan Tengku Razaleigh dan faktor itulah yang menyebabkan kemenangan yang agak besar bagi calun BN ini Banyak pihak tidak mahu mengakui yang siapa sahaja yang didukong oleh TR akan mendapat kemenangan dengan agak mudah. TR merupakan induk kepada sokongan rakyat disana dan kalaulah kita melaksanakan kempen mengikut cara yang lazim kita lakukan ditempat-tempat yang lain kemenangan BN disini mungkin menjadi perkara yang sangat payah untuk dicapai.

PRK diGua Musang ini adalah PRK yang agak lain dari yang lain. TR telah meminta supaya kita tidak sibuk dengan ceramah-ceramah besar dengan poster-poster yang lebat digantung ditepi-tepi jalan. TR mempunyai cara beliau yang tersendiri kerana beliau adalah ‘warlord’ yang besar dikawasan itu kerana beliau telah bergelumang dengan politik Gua Musang sejak lebih dari 40 tahun lalu.

Dengan kekuatan jentera PAS Kelantan menonjolkan UMNO atau BN tidak mampu untuk meraih kemenangan bagi BN. Kemenangan ini merupakan kemenangan TR secara peribadi. Dimana-mana kita menyaksikan anak-anak muda memakai kemeja-T yang tertulis “Ambo nok parti Ku Li’ dan ini merupakan bukti dan dalil sahih yang kemenangan calun BN ini merupakan kemenangan TR secara peribadi, disamping peribadi Aziz yang agak lebih bersih dari calun-calun lain dan dengan calun PAS itu sendiri.

Kita boleh rumuskan kemenangan calun BN ini berdasarkan kepada sebab dan penyebab yang realistik.

Pertamanya pengaruh TR yang telah sebati dikawasan itu tidak boleh dipersoalanoleh sesiapa, keuali ada pihak dalam politik dalaman UMNO itu sendiri tidak merasa senang dengan pengaruh peribadi TR disana. Samada seteru politk dalaman atau seteru politik ‘inter-party’ tidak akan mudah untuk melenyapkan pengaruh peribadi TR diGua Musang.

Kali ini UMNO telah menumpang pengaruh TR walaupun pada masa yang lalu permainan politik ‘intra-parti didalam UMNO telah berusaha untuk menjatuhkan TR dengan gigihnya. Itulah sebabnya TR tidak berapa gemar dengan cara kempen yang dilakukan oleh ahli-ahli parti yang memusuhi pihak lawan dengan keterlaluan sehingga menghilangan semangat demokrasi yang sebenarnya.

TR yang memahami kecenderungan ahli-ahli UMNO untuk berkempen secara kasar dan kata-kata ganas akan belaku maka beliau mengambil keputuan untuk berkempen mengikut cara beliau tanpa meluahkan kata-kata yang boleh menjatuhkan imej parti. Beliau mengambil sikap mendekati rakyat dengan berhemah yang sesuai dengan kedudukkan parti yang memerintah kerajaan pusat.

Walaupun pihak PAS bertindak agak ‘emotional’ diakhir siri kempen tersebut, TR dan jentera beliau tetap mempertahankan sikap untuk bersabar dan terus mengambil jalan yang telah beliau tentukan dalam siri kempen ini. Menunjukkan sifat garang dan bengis tidak memberikan penambahan kepada sokongan orang ramai.

Sikap sederhana tetap menjadi ‘model’ terbaik bagi memenangi hati rakyat jelata dan saya telah pun mencadangkan supaya ‘model’ kempen diGua Musang ini dijadikan contoh bagi BN jika menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kaedah kempen yang dipergunakan diGua Musang tentunya akan memberikan impak yang sama jika dilakukan ditempat-tempat yang lain. Tetapi hanya orang yang boleh melakukannya sahaja yang akan berjaya mempraktikkan kaedah kempen ini.
~Aspan Alias.

2 comments:

  1. Pemilihan calun yang dicadangkan oleh Ku Li tepat kerana tiada serangan peribadi.

    Pemilihan Ku Li sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya TEPAT kerana sebagai Ketua Bahagian Gua Musang sememangnya beliau yang lebih layak.

    Kerjasama yang diberikan kepada Ku Li juga memudahkan beliau menjalankan tugas.

    Bagi aku, prinsip kempen pilihanraya Galas adalah yang paling sempurna pernah aku dengar.

    Syabas Ku Li dan tahniah kepada semua termasuk Bloggers!!!

    Aku Yang Bingai
    Takut Cerai Bini di TendangTerajang

    ReplyDelete
  2. 1.Jom kita doakan agar UMNO membersihkan parti daripada lintah-lintah kenyang yang menyebabkan persepsi negatif terhadapnya.

    2.Mercu tanda kejayaan di Galas ialah Ku Li terpaksa menghilangkan nama UMNO dan BN buat seketika kerana YBM Ku Li tahu bahawa Imej UMNO dan BN amat buruk dimata rakyat.

    3.Terbukti 'silapmata' yang berbunyi 'Ambo nok parti Ku Li'memukau pengundi Galas.

    4.Kini UMNO kenalah berusaha meghapuskan pemimpin-pemimpin 'buntal-buntal kembung, nampak berisi tetapi didalamnya kosong'

    ReplyDelete