Showing posts with label akhlak. Show all posts
Showing posts with label akhlak. Show all posts

Saturday, 5 February 2011

MIM Tendang WAU = UMNO Tanah Merah

Arena Wati,"Sesuatu ada ketikanya, sesuatu ada hadnya..seseorang, pada suatu ketika, dalam sesuatu keadaan,harus menentukan pilihan"

UMNO Bahagian Tanah Merah bagaikan kesturi yang sudah hilang harumnya..Mawar tak berkuntum..cinta tak bersambung..Buatlah apa pun. Biar emas setinggi gunung. DOSA pemimpin sekarang tak terampun..

Keindahan khabar UMNO Tanah Merah bagaikan ISTANA PASIR..datang tsunami PRU 13 pasti pemimpin UMNO sekarang akan mati 'jilat cok'. Andai tidak mati pun, hidup dengan mata terbeliak..Tak siuman. Akibat fobia dan sekali sekala histeria terpekik terlolong.

Wang, semua orang minat. Waima manusia gila seperti Satar dan Malik Robot pun meminati wang. Apatah lagi yang siuman..TETAPI undi belum tentu..

Bila ramai begini tidak bermakna kelainan itu adalah nanar, najis atau emosi mereka luka.Jangan sesiapa pandang kelainan itu sebagai satu dosa..kelainan ini adalah kesan sampingan, sebab dan akibat bawaan pimpinan yang ada sekarang dizahirkan secara tidak bermoral.

"BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU LABINYA"
"MIM TENDANG WAU JADI SARKAS" itulah UMNO Tanah Merah..

Saturday, 6 November 2010

From Galas With Love..

1. Jom kita doakan agar UMNO membersihkan parti daripada lintah-lintah kenyang yang menyebabkan persepsi negatif terhadapnya.

"UMNO suatu jenama yang menjijikkan ramai orang. Kerana kebelakangan ini UMNO sudah sinonim dengan pencabulan kuasa, dengan korapsi, dengan kesombongan dan keangkuhan. UMNO sinonim juga dengan mengayakan segelintir orang Melayu dan sebagainya. UMNO parti politik yang kaya dengan intrigue-. Pemimpin naik keatas bukan melalui menawarkan idea yang bernas, tapi melalui tikam menikam, tipu menipu. Itu menjadikan UMNO sebuah parti yang ramai kaki tipu".

2. Mercu tanda kejayaan di Galas ialah Ku Li terpaksa 'low profile'kan jenama UMNO dan BN buat seketika kerana YBM Ku Li tahu imej UMNO dan BN tidak selesa dimata rakyat.

"Perjalanan tidak akan selesai jika tidak tahu tempat/fokus yang dituju..
macam dialog Mat Salleh di bawah ni.."

Alice: Would you tell me, please, which way I ought to go from here?
The Cat: That depends a good deal on where you want to get to
Alice: I don't much care where.
The Cat: Then it doesn't much matter which way you go

3. Terbukti 'silapmata' yang berbunyi 'Ambo nok parti Ku Li' memukau pengundi Galas.

"Ramai lagi yang masih setia dengan UMNO kerana yakin bahawa UMNO mampu memberi kepimpinan Melayu kepada bangsa Melayu berbanding dengan menawarkan ketuanan Melayu. (Because there are many of us who believe that UMNO can provide Malay leadership as opposed to Malay supremacy.) Presiden UMNO sepatutnya cultívate dan mengembelingkan unsur unsur ini bukan melayan karenah haprak UMNO."

4. Kini UMNO kenalah berusaha meghapuskan pemimpin-pemimpin 'buntal-buntal kembung, nampak berisi tetapi didalamnya kosong'

Saturday, 2 October 2010

UMNO Sudah Bermain Api.

UMNO kena jawab persoalan wang halal haram yang dicetuskan di Pulau Pinang...Ahmad Maslan kena jawab!!! Isu ini akan riuh rendah di PRK DUN Galas.

Seramai 11 ADUN Umno di Pulau Pinang dicabar memulangkan wang gaji mereka kerana kemungkinan wang berkenaan datangnya dari sumber judi.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang membuat cabaran itu juga menggesa Umno mengarahkan semua staf dan kakitangan akhbar Utusan Malaysia milik parti itu untuk memulangkan semua gaji mereka.

Tindakan itu supaya kakitangan Islamnya tidak 'termakan wang haram'. Sekretariat itu mendakwa ada unsur-unsur perjudian dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan empat nombor ekor di akhbar itu.

“(Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat juga) mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah pengaruh mereka supaya memulangkan semua pendapatan gaji semula kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih daripada percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak,” kata mereka ketika membacakan kenyataan media.

Menurut setiausaha pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, - Umno kini tertekan dengan keupayaan Pakatan dalam perbelanjaan berhemah kerajaan negeri yang berjaya mempunyai wang berlebihan dan memperuntukkan dana RM20 juta untuk program menghargai sumbangan warga emas.
Katanya, tertekan dengan keupayaan itu, Umno memfitnah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“(Justeru) cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada Umno membuktikan diri mereka adalah 'pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan.

Sunday, 29 August 2010

Sunday, 6 December 2009

Tradisi Membela Rakyat, Rakyat Didahulukan

Apabila menteri-menteri menjadi lanun-lanun
pada siapakah lagi bicara marwah dan kehormatan?
harap di manakah lagi adil makmur sebuah kerajaan?

Apabila menteri - menteri menjadi lanun- lanun
pembangunan negara dirancang dikepung
keuntungannya melompat hanya ke kantong
nereka dan orang - orang mereka
semakin mewah dan boros

Tidak jauh dari mereka adalah orang - orang fakir
ya orang - orang miskin di sekeliling sengsara
menderita serba tak kena, dan mereka enjoy
megah menunjukkan kemewahan kononya kejayaan
di manakah para menteri yang bertanggungjawab?

Apabila menteri -menteri menjadi lanun - lanun
wang harta dan peluang siapakah disamun
anak isteri berbelanja di luar negeri
macam anak isteri billionaire tauke judi

wang harta dan peluang siapakah disamun
kalau bukan wang rakyat
dan peluang rakyat

Apabila menteri - menteri menjadi lanun - lanun
tauke - tauke korporat menjadi apa?
cuba kau bilang, sahabatku!

Apabila menteri - menteri dan menjadi lanun - lanun
dan rakyat diajar mengejar materialisme
siapakah peduli pada rasuah?
- " mana ada benda percuma sekarang?"
- " mereka tolong kita, kita tolong mereka"
- " semua orang nak hidup senang!"

Tiada yang lebih daripada itu
hidup senang buat diri sendiri
itulah falsafah dan perjuangan pasca- modenisme
itukah renaissance baru,ya sahabat!

Apabila menteri - menteri menjadi lanun- lanun
merekakah bercakap tentang sistem nilai islam?
islam kini menganjurkan pemimpinnya
hidup mesti lebih senang daripada rakyat
islam kini menganjurkan pemimpinnya
bermewah - mewah sedang rakyat bersusah - susah
islam kini menyalahkan fakir miskin
tidak pandai berusaha menjadi kaya

Wahai sahabatku! masihkah Muhammad rasul kita
atau Bill Gates dan Soros itu junjungan baru?
( Aku serius bertanya, tidak bergurau )

Apabila menteri - menteri menjadi lanun- lanun
di suatu sore di belakang meja seorang menteri
sahabatku mengadu habis semua haknya di berikan
kepada orang - orang kawasan , habis upaya segala
pembangunan dibawa, masih mereka menuntut
padahal dia telah kehabisan
gaji dan elaunnya?

Apabila menteri - menteri menjadi lanun - lanun
sahabatku yang duduk resah di belakang meja yang
sangat berwibawa itu, aku bertanya di suatu sore
apabila semua orang menjadi lanun bagaimanakah
akan kau terus wujud di barisan kabinet
dan memelihara keluargamu
bergantung hanya pada
gaji dan elaun

Apabila menteri - menteri menjadi lanun - lanun
sahabatku yang duduk di kerusi berwibawa itu
bangun membuka tingkap pejabtanya luas - luas
lalu menjerit sekuat- kuat tenaga
tak seorang pun mendengarnya

Apabila menteri - menteri menjadi lanun - lanun
wahai sahabatku kita semua menjadi apa?

-DINSMAN-

Thursday, 15 October 2009

To Friends And Foes









Don't be too proud,
And never be too bossy.
Remember!! that you live in a planet that has gravity.


WHAT GOES UP, MUST COME DOWN!

"It is not by material wealth alone that a nation can survive. When a nation lost its humanity, downfall becomes inevitable and no material, however great,can save it from disaster. The downfall of a nation usually comes when it is at the peak of its material power."~The Quranic Consepts Of History
  • Recognize the truth for what it really is.
Be open enough to accept that other people may be right. Examine your own beliefs in the light of prejudice that might have been installed by your own upbringing.
  • Be grateful for the experience.
Everything you have done up to now has been leading you to this moment. It’s up to you if you want to learn the lessons or to go around the cycle again!
  • Don’t get caught up in dogma.
Try to walk away from potential conflicts, allow other people to have their own interpretations and don’t get caught up in senseless argument. Imposing your point of view, even if you happen to be right, will suck you into a hopeless circle of recrimination. It’s far better and more empowering to show by example than to attempt to change the minds of others by words!

Sunday, 6 September 2009

Dwi Dimensi Akhlak Nik Aziz


Nik Aziz semasa menjadi Ketua Pembakang DUN Kelantan 1987 berhujah tentang 'masalah haram arak' dalam Islam ialah kerana ianya memabukkan.

Katanya lagi, arak itu diharamkan atas dasar ia memabukkan dan mabuk ini bukan sahaja terkena ke atas orang Islam, bahkan orang yang tidak Islam pun mabuk juga apabila meminumnya, sebab itu hukum itu patut disamaratakan. Maknanya diharamkan.

Semasa jadi Menteri Besar telah meluluskan lesen jual arak atas alasan;
"Islam tidak mencegah masyarakat bukan Islam menikmatinya".

Buasnasuara:

Rupa-rupanya arak yang haram semasa jadi Ketua Pembakang boleh bertukar menjadi air minuman yang penuh nikmat pula apabila menjadi Menteri Besar.

Nak bagi tahu Dr Hassan Ali di Selangor - Tak payah sibuk-sibuklah pasal arak sebab orang bukan Islam yang mabuk dibawah pengaruh arak tak akan rogol orang Islam!!!????.......