Wednesday 30 September 2009

Ayam Sabung UMNO





"UMNO harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang." (semua orang mengharapkan begitu dalam usaha membaikpulih imej UMNO)

Namun...Tan Sri Isa Samad sudah terpilih sebagai Ayam sabung UMNO.(pedoman-aidilfitri.html)




Sejauh mana kita berupaya mengamalkan budaya politik sihat, berprinsip dan bermaruah berlandaskan kepada keikhlasan dan kejujuran untuk menegak kebenaran, menjunjung keadilan dan mempertahankan kesucian perjuangan???




Jika benarlah politik itu merupakan “the art of possible”dan “power at all costs”dan ianya lantas diamalkan sedemikian rupa, maka kita lupakan sahaja impian kita untuk membentuk masyarakat yang berakhlak tersebut. Paling mengkhuatirkan ialah trend negatif ini sudah pun menyusup dan terus 'immortal' dalam tubuhbadan politik UMNO.


Kita serahkan kepada PENGUNDI BAGAN PINANG.... ITU kubu UMNO. Naik turun Majoriti akan merupakan notis samada UMNO dan BN kekal atau hilang di persada politik tanahair.


'SELAMATAH!!, SELAMATLAH!! umno ITU DAN SEGALA HAIWAN DI DUNIA.


Monday 28 September 2009

PAS Parti Slogan Dan Pintu Gerbang

Hebatnya Buih Sabun
PAS sanggat berbangga dengan slogan dan pintu gerbang. Berbagai slogan dicipta menghiasi papan tanda di setiap ceruk bumi Kelantan.

SOALAN: Apakah rakyat akan kenyang dengan melihat pintu gerbang,papan tanda dan slogan.

Slogan dan pintu gerbang adalah kosmetik bagi kerajaan PAS. Disebalik kosmetik ini adalah wajah hodoh PAS dengan sifat dengki untuk menguasai negara. Wajah hodoh disebalik PAS adalah jelas apabila sanggup memberi makeup Islam kepada DAP supaya dilihat murni oleh orang Islam. Sedangkan DAP telah jelas anti Kerajaan Islam.

Bangkai busuk DAP cuba ditutup dengan benang halus surah-surah Islam dengan niat menipu orang Melayu dan Islam.

Kembali kita kepada janji PAS pada tahun 1990 di Kelantan dahulu. Ada yang terlupa tetapi ada yang masih tak lupa tentang janji untuk menubuhkan HISBAH oleh TGNA.

SOALAN: Apa sudah jadi???

Sebenarnya rakyat yang siuman berpendapat PAS dan TGNA tidak berani menubuhkan badan HISBAH kerana dari segi zahirnya ramai pemimpin PAS mengalami transformasi gaya hidup yang yang amat ketara selepas bergelar YB. Kot bergantungan dalam kereta. Kopiah dan sarban digantikan songkok. Malah berbagai kerenah yang selama ini dibenci oleh pemimpin PAS telah menjadi amalan YB-YB PAS.

Sepatutnya selepas menjadi YB mereka semakin warak. Sarban semakin besar. Tetapi apa yang berlaku sarban yang besar bukan setakat mengecil tetapi hilang terus dan ghaib dari alam buana. Sebaliknya kereta dan rumah semakin besar. Isteri ditambah. Ada yang mengimport dari Kemboja. Kemudian cerai. Cari lain. Cerai cari lain. Yang bodoh sombong masih juga buta mata,buta hati sampai mati dan sanggup dikapankan dengan kain rentang PAS.

Nyata Pemimpin PAS yang mengelarkan diri mereka Tuan Guru mungkir janji untuk menubuhkan HISBAH.

Tidak keterlaluan kalau buanasuara menyuarakan:

"Selagi Sungai Kelantan mengalir ke Laut Cina Selatan, Jangan harap pemimpin PAS berani menubuhkan HISBAH. Usaha mendesak PAS menubuhkan Badan HISBAH sama seperti usaha memandikan gagak dengan harapan bulu gagak menjadi putih. Kering Laut China Selatan sekalipun bulu gagak tetap hitam"

"Sekali-sekala penyokong dan pendokong parti tidak kira mana-mana parti wajib bangun protes dan peka kepada perkembangan semasa agar parti yang kita sayangi berjalan atas fitrah dan bukannya berlawanan dengan fitrah. Mana-mana parti yang berjalan atas nafsu pemimpin yang alpa akan merosakkan parti yang kita sayangi"



Sekadar ingat mengingati kepada saudaraku dalam Islam...Wallahualam.





Friday 25 September 2009

PAS Gagal Buktikan Pelaksanaan Islam



http://sanggulmelayu.blogspot.com/2009/09/pru13-pas-sah-menang-di-kedah.html


Gambar dari sanggulmelayu

2 Negeri bawah perintah PAS;

  1. Kedah.
  2. Kelantan
Di Kedua-dua negeri ini telah cukup membuktikan PAS gagal melaksanakan seruan Islam dalam bidang kebersihan.

Kedah lebih popular dengan 'jelapang Padi' kini diberi bermacam-macam gelaran seperti 'Jelapang Babi' satu ketika dahulu.Terkini dilabelkan sebagai 'Jelapang Sampah' pula

Sementara Kelantan dari 'Serambi Mekah' sudah diberi jolokan 'Serambi Sampah' dan 'Jemuran Hollywood'.

Kawan dan lawan telah mengakui bahawa kedua negeri ini adalah negeri yang terkotor di Malaysia. Sampah sarap yang terbiar di segenap lorong dan di sudut -sudut pasar Siti Khadijah umpamanya adalah amat memalukan Islam.

PAS adalah bertanggungjawab sekiranya orang bukan Islam dan pelancong mendapat persepsi yang salah tentang Islam dengan cara PAS mempamerkan sampah di bandar-bandar seantero Kelantan dan Kedah.

Dimanakah wibawa PAS dalam soal sekecil ini. Usah berslogan dan berceramah tentang "Kebersihan adalah sebahagian daripada iman" dan mendabik dada "akulah pejuang Islam" jika bandar-bandar di Kelantan dan Kedah tidak mampu diuruskan kebersihannya.

Pasar Siti Khadijah di Kelantan umpamanya; tikus-tikus berkeliaran semasa pengunjung sedang menjamu selera. Tidakkah ianya memalukan dan mencemarkan nama baik Ummatul-Mukminin.

Kata rakyat yang sudah muak dengan rhetorika slogan PAS. "Betapa liarnya tikus di Pasar Siti Khadijah begitulah liarnya hati pemimpin PAS dengan isu kebersihan".

Wednesday 23 September 2009

PAS Anak Bongsu PAP

Lee Kuan Yew dilaporkan telah berucap dalam majlis meraikan Presiden Chaim Herzog dari Israel dengan kata-kata yang bermaksud;


'Kamu telah berjaya mengajar Umat Islam di padang pasir, ajarlah kami bagaimana menghadapi Umat Islam di hutan belantara'.

Siapa Lee Kuan Yew?

Pengasas PAP di Singapura.

Dari mana asal usulnya?

Tiongkok.TANAH BESAR CINA.

SETELAH DITENDANG KELUAR DARI MALAYSIA PAP TIDAK BOLEH BERKEMBANG DI SEMENANJUNG. KULIT PAP DIGANTIKAN DENGAN NAMA BARU (REBRANDING). MAKA LAHIRLAH DAP YANG ISI PERUTNYA SINONIM DENGAN PAP.

ILMU YANG DIDAPATI DARI ISRAEL;

UNTUK ORANG CINA PAP DIGANTI DENGAN NAMA DAP.(BUANG HURUF P DIDEPAN GANTI DENGAN D)

Dari PAP jadilah DAP

UNTUK ORANG MELAYU DAN ISLAM PAP DITUKAR PADA NAMA PAS(BUANG P DI AKHIRAN GANTI DENGAN HURUF S)

'KUN-FAYAKUN' dari PAP jadilah PAS.

Buanasuara:

Sekadar ingat mengingati antara satu sama lain.

ISRAEL DARIPADA TIDAK ADA NEGARA MALAH MERUPAKAN BANGSA MEREMPAT TELAH BERJAYA MENUBUHKAN SEBUAH NEGARA SENDIRI.

APA BEZANYA DENGAN LEE KUANG YEW?

LKW PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN "TIDAK MUSTAHIL SINGAPURA BOLEH KEMBALI DAN BERSATU SEMULA DALAM MALAYSIA"(Memang tidak mustahil sekiranya DAP menguasai negara ini)

Kendalikanlah kompas PAS ke landasan yang betul sebelum BALA MENIMPA ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM.

UMNO dan PAS perlu bersatu!!!

Tuesday 22 September 2009

1Malaysia Without Mahathir


While visiting England, DS Najib is invited to tea with the Queen. He asks her what her leadership philosophy is. She says that it is to surround herself with intelligent people.


DS Najib asks how she knows if they're intelligent.
"I do so by asking them the right questions," says the Queen. "Allow me to demonstrate."


DS Najib watches as the Queen phones Gordon Brown and says, "Mr. Prime Minister, please answer this question: your mother has a child, and your father has a child, and this child is not your brother or sister. Who is it?"
Gordon Brown responds, "It's me, ma'am."


"Correct. Thank you and good-bye, sir," says the Queen. She hangs up and says, "Did you get that, Mr. Najib?"


DS Najib nods: "Yes ma'am. Thanks a lot. I'll definitely be using that!"


DS Najib, upon returning to Putrajaya, decides he'd better put the Deputy Prime Minister to the test. Najib summons Muhyidin to his Office and says, "Tan Sri, I wonder if you can answer a question for me."
"Why, of course, sir. What's on your mind?"


Najib poses the question: "Uhh, your mother has a child, and your father has a child, and this child is not your brother or your sister. Who is it?"


Tan Sri couldn’t answer and finally asks, "Can I think about it and get back to you?"


DS Najib agrees, and Tan Sri leaves. He immediately calls a meeting of other UMNO’s senior office bearers, and they puzzle over the question for several hours, but nobody can come up with an answer.



Finally, in desperation, Tan Sri calls Tun Dr Mahathir and explains his problem.
"Now look here, son, your mother has a child, and your father has a child, and this child is not your brother or your sister. Who is it?"


Tun Dr Mahathir answers immediately, "It's me, of course."


Much relieved, Tan Sri rushes back to the Prime Minister’s office, finds DS Najib, and exclaims, "I know the answer, sir! I know who it is! It's Tun Dr Mahathir!"


And DS Najib replies in disgust, "Wrong, you dumb sh*t, it's Gordon Brown!"

Monday 21 September 2009

Pedoman Aidilfitri

E-mail kawanku. Kenapa dia hantar buanasuara tak tahu. Apa pun niatnya wallahualam..mari kita berhibur sambil cari-cari moral disebaliknya..
~Amat baik juga dibaca oleh Putera UMNO dan Pemuda UMNO.
~PR yang baru setahun jagung pun patut juga ambil iktibar dari cerita Si Jalak ni. UMNO dah 50 tahun lebih usianya...macam-macam 'trick' ada.

Cerita Ayam Yang Macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya
kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri.
Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakaplamati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksen nyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari.

Sambil tersenyum kambing, Si ayam jalak muda: Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta ! untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOS**KS NI. Asal setiap aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"


NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Friday 18 September 2009

My Team


HAPPY 'AIDILFITRI 1430 H

I am but a human being
Here and there my saying
Hurt and offend any
By any I mean YOU!
Readers and loyal visitors alike
Sincere apology from this insignificant being
Have a festive 'Adilifitri celebration

Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Adat

"Manusia tidak mampu merubah bentuk mukanya, tetapi kalau dia mahu, dia mampu mempercantikkan budinya"


"Bahawa orang yang beriman tidak keluar daripada mulutnya kata-kata yang keji"
(Hamka)



"Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur." (TGNA)


"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

Apa kata hadith mengenai mereka yang menghukum sesat, syirik dan kafir? Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "


Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik.

Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan?

Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan. (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban)

Wallahualam..







Awas Pil Khayal Di N31

Jangan teruja dengan Pil Khayal di N31

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al Hujaarat: Ayat 6)


Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr: 1-3)


Nasihat Buanasuara
Jangan pilih pemimpin yang banyak bercakap serta sentiasa berfikir untuk menukar butang pada kotnya; daripada butang biasa kepada butang emas; selalu memikirkan tentang pangkat dan stail, dan kurang memikirkan tentang rakyat.

A Machine That Catches Thieves.




Japan invented a machine that catches thieves.
They took it out to different countries for a test:



  1. U.S.A, in 30 minutes it caught 20 thieves;

  2. UK, in 30 minutes it caught 500 thieves;

  3. Spain, in 20 minutes it caught 25 thieves;

  4. Ghana, in 10 minutes it caught 6,000 thieves;

  5. Uganda, in 7 minutes it caught 20,000 thieves

  6. 1Malaysia, in 5 minutes the machine was stolen.

Wednesday 16 September 2009

N31:Beware Of Liars


MAHAGURU















VOTE PAS:

"FREE RIDE TO HEAVEN"

"GO TO HELL WITH UMNO"

THE LAST MALAY 1Malaysia
UMNO:"The Art Of Possible" and "Power At All Costs"


"...luxury corrupts the character, through luxury the soul acquiring diverse kinds of evil and sophisticated customs..People will lose the good qualities.They adopt the contrary bad qualities.The dynasty shows symptoms of dissolution and disintergration. It becomes affected by the chronic diseases of senility and finally dies"


BUANASUARA:Today's enviroment requires instituitions that are flexible and adaptable. Rakyat need institution that deliver high-quality goods and services. Responsive to their voters offering choices of non-standardised services that lead by persuasion and insentives rather than commands. Rakyat favour institution that empower citizens rather than simply serving them.

Tuesday 15 September 2009

GROWTH OF A NATION

WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI. 1MALAYSIA




" HE WHO THINK ONLY OF NUMBER ONE MUST REMEMBER THIS NUMBER IS NEXT TO NOTHING "



Buanasuara:

"Kita mesti tegas mengatakan bahawa kita orang Melayu. Kenapa takut? Kenapa malu dan segan untuk mengaku Melayu. Apa lebihnya menamakan kita orang Malaysia!!!....Kalau Melayu, Melayu lah kita"

Monday 14 September 2009

ISLAM DUA DARJAT 1MALAYSIA


  • Apabila UMNO memberi wang kepada pengundi dikatakan RASUAH. Sebaliknya kalau PAS yang bagi dipanggil SEDEKAH JARIAH.

  • Apabila UMNO melawat pengundi yang sakit dituduh hendak MENIPU. Kalau PAS berbuat demikian dipanggil ZIARAH.

  • Kalau UMNO menamatkan kontrak kerja dipanggil ZALIM. Tetapi kalau PAS melakukan yang serupa dipanggil TAKDIR.

  • Kalau UMNO membicarakan perangai buruk Nik Aziz BERDOSA kerana menentang pewaris nabi. Tetapi kalau PAS memaki dan menghina mufti dan pemimpin UMNO dipanggil TAKDIB(mengajar)

  • Apabila UMNO berkongsi kuasa dengan orang bukan Islam memerintah negara dianggap BERDOSA BESAR. Tetapi apabila PAS bersekongkol dengan DAP dipanggil ZIARAH PERDAMAIAN.

  • Kalau UMNO melawat rumah orang bukan Islam di Hari Raya juga dikatakan BERDOSA BESAR. Tetapi kalau PAS ia akan dipanggil 'tahalup as-siasi' atau BUDIBICARA

Sunday 13 September 2009

N31 DUN BAGAN PINANG

Gambar Hiasan



"Kalau menang Manek Urai akan dijadikan DUN angkat Kerajaan Pusat"
DUN-DUN dibawah BN di Kelantan tak sehebat mana pooooonnn!!!!





"Permatang Pasir akan dijadikan anak Emas kerajaan Pusat"



DUN-DUN lain dibawah Wakil Rakyat BN jadi APA??? ANAK HARAM?????..







"Kalau BN dapat pertahankan DUN Bagan Pinang kita akan jadikan Isa Samad sebagai icon BAPAK RASUAH yang paling berjaya"

Soalan Cepu Mas:


  1. APA bezanya Rohaizat dengan ISA SAMAD?

  2. Apa bezanya gambar hiasan di bawah ini?
BUANASUARA:
  • UMNO masih tak belajar dari kesilapan.
  • Dah tak tahu membezakan yang mana bersih dan yang mana kotor.
  • Kalau kalah lagi di padang sendiri, orang melayu akan memasuki alam igauan buruk di 1Malaysia.
  • Andainya menang tipis, ATAU kurang daripada majoriti lepas, penganalisis kedai kopi akan labelkan UMNO sebagai parti yang sudah tidak relevan lagi untuk Melayu. Hanya menunggu rebahnya sahaja.
  • UMNO jangan dipatuk ular dua kali dilubang yang sama. Sekali pengalaman TETAPI kalau kali kedua dipatuk di lubang yang sama, sebodoh-bodoh Pak Pandir pun dia akan berkata "UMNO BODOH Hey! UMNO BODOH Hey! UMNO Bodoh Hey!.."

Thursday 10 September 2009

Kenaikan Harga Minyak Disambut Penuh Kesyukuran


Email daripada seorang kawan.

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.


Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.


Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".


Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."


Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."


Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."


Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.

Tuesday 8 September 2009

Allahyarham MOHAMED YAAKUB



Hamba Allah yang bagus ialah mereka yang berkata, "Aku sentiasa berkhidmat kerana Mu. kemana sahaja aku memandang di situ ada wajah Allah".

Semoga roh Allahyarham Muhamed Yaakub akan berada ditempat orang-orang yang terpilih di sisi Allah S.W.T.

Sunday 6 September 2009

Dwi Dimensi Akhlak Nik Aziz


Nik Aziz semasa menjadi Ketua Pembakang DUN Kelantan 1987 berhujah tentang 'masalah haram arak' dalam Islam ialah kerana ianya memabukkan.

Katanya lagi, arak itu diharamkan atas dasar ia memabukkan dan mabuk ini bukan sahaja terkena ke atas orang Islam, bahkan orang yang tidak Islam pun mabuk juga apabila meminumnya, sebab itu hukum itu patut disamaratakan. Maknanya diharamkan.

Semasa jadi Menteri Besar telah meluluskan lesen jual arak atas alasan;
"Islam tidak mencegah masyarakat bukan Islam menikmatinya".

Buasnasuara:

Rupa-rupanya arak yang haram semasa jadi Ketua Pembakang boleh bertukar menjadi air minuman yang penuh nikmat pula apabila menjadi Menteri Besar.

Nak bagi tahu Dr Hassan Ali di Selangor - Tak payah sibuk-sibuklah pasal arak sebab orang bukan Islam yang mabuk dibawah pengaruh arak tak akan rogol orang Islam!!!????.......

Khas Untuk Haiwan-haiwan Politik 1Malaysia






>

Wednesday 2 September 2009

Merdeka Mutlak

Hamka adalah ilmuwan-pemikir Melayu yang menyaksikan gelora kebangkitan umat menentang penjajahan, merebut kemerdekaan dan membangun kemajuan. Hamka jelas ikut terhimbau lalu berusaha menanganinya dalam konteks umat Melayu.


Antara yang diberikan perhatian oleh Hamka ialah masalah jiwa hamba dan pemikiran anak jajahan. Kerana itu dalam menghargai kemerdekaan tanah air, beliau memperingatkan kemerdekaan yang lebih asasi iaitu kemerdekaan jiwa. Kemerdekaan jiwa yang beliau maksudkan ialah kekuatan iman dan budi. Kerana itu kemerdekaan negara harus dimanfaatkan sebagai wahana mengangkat martabat umat.


Dalam rangka memperkasa umat dan membina jiwa merdeka itulah Hamka melihat Islam (ajaran tauhid) sebagai “sumber tenaga kemerdekaan jiwa yang sebenarnya.”


Bagaimanapun, ada kekesalan yang disuarakan oleh Hamka apabila beliau menyatakan,


“Cuma sayang, kerana kesedaran di dalam menegakkan agamanya tidak tegas dan jelas, kaum Muslimin yang gagah berani itu kebanyakan hanya dipergunakan tenaganya guna membina kekuasaan orang lain. Setelah orang lain berkuasa, kaum Muslimin itu disingkirkan dan dilarang keras atau dihambat-hambat agar jangan sampai menuntut haknya yang suci” (Hamka, 1971;205).

Hamka tidak cuma mengajak umat memerdekakan jiwa, tetapi beliau sendiri dilihat sebagai contoh watak manusia berjiwa merdeka. Pemikirannya yang kritis adalah manifestasi kemerdekaan jiwanya. Demikian juga sikap dan tindakan-tindakannya dalam pelbagai peristiwa. Sebagai eksponen faham pembaharuan, beliau memperlihatkan simpati dan dukungan terhadap “Kaum Muda”, tetapi setelah menyaksikan perpecahan umat yang diakibatkan oleh konflik “kaum Tua-kaum Muda” itu beliau menyatakan ketidaksenangannya terhadap konflik seperti itu.

Sementara itu dapat pula dikesan rasa jijik dan mualnya apabila (sekitar pertengahan tahun-tahun 1960-an) beliau menyaksikan fenomena pengkhianatan kaum intelektual kerana merebut kepentingan peribadi. Fenomena ini diungkapkannya dengan kata-kata, “Ada yang mengungkapkan dengan kata-kata yang lebih kasar, yaitu `kaum intelek yang melacurkan diri” mengkhianati ilmu pengetahuan, lalu menjadi `badut-badut’ yang setia, mengilmiahkan kebohongan.” (Hamka, 1971: 244-246)


Demikianlah Islam sebagai pembangun jiwa merdeka.

Dalam sejarah pembinaan semangat kebangsaan di rantau ini, Islam jugalah yang pertama berperanan menumbuhkan rasa kesatuan ummatik. Ternyata Hamka dapat menerima “kebangsaan” dengan catatan ia tidak bererti cauvinisme. Dalam polemik antara golongan nasionalis neutral agama dengan golongan yang sama sekali menolak konsep kebangsaan, tampaknya Hamka berusaha memahami kedua-dua pihak, lalu mengambil jalan menyerasikan nasionalisme dengan Islam. Untuk itu beliau mensyaratkan nasionalisme harus berlandaskan Islam. Jika tidak ia akan menjadi Cauvinisme, perkauman sempit yang bersikap angkuh dan degil, “yang di awak segala benar, yang diorang segala bukan!” (Hamka, 1981:199).

Sebagai ulama, Hamka cukup memahami persoalan mengaplikasikan Islam dalam konteks sosiobudaya Melayu. Tulisan-tulisnya tentang agama tidak sekadar pemaparan ajaran Islam dalam bentuk teks tanpa konteks. Beliau ternyata cukup peka dengan realiti zaman dan lingkungannya dan berusaha membuktikan bahawa Islam memang sesuai dengan setiap masa dan nusa.

Hamka memang tokoh istimewa yang bersifat multidimensi; sasterawan-sejarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama pemikir yang terkenal sebagai singa podium dan pahlawan pena. Memang Hamka orang Indonesia, tetapi lebih daripada itu dia adalah seorang Muslim dan seorang Melayu yang sepanjang hayatnya berjuang demi memartabatkan umat yang serumpun seagama, serantau sebudaya. Cinta dan kebaktiannya tidak pernah mengenal persempadanan, baik politik mahupun geografi.

Buanasuara:

  • Pas memerlukan ribuan Hamka untuk mengantikan Nik Aziz.
  • Hamka miliki jiwa hamba yang merdeka sementara Nik Aziz ialah seorang ulamak politik yang tiada bezanya dengan Netanyahu, Golda Mier , Yitzhak Rabin, Ariel Sharon dalam barisan kepimpinan Yahudi.
  • Nik Aziz pernah menyatakan politik sama seperti peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi 'peperangan' dalam pilihanraya.
  • Bisikan dan kalimah Hamka adalah bisikan pewaris Nabi.
  • Hujah Nik Aziz berlidah setan dengan naluri Iblis.

Wallahualam....