Friday 5 November 2010

Permata Tetap Permata

"Akhirnya Kebenaran Juga Yang Menyerlah"

PRU sudah selesai..kepada YB baru," sempurnakanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada kamu dan jangan khianati mereka".

Tanda tanya sudah terjawab!

Antara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha kenapa Ku Li yang dipilih? Selama ini Pengarah P'raya diketuai oleh TPM, tetapi kali ini untuk PRK Dun Galas,Ketua UMNO Bahagian yang dilantik sebagai pengarahnya. Secara sinisnya, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sudah terpinggir dan tidak dianggap layak.Walaupun masih dilantik sebagai Timbalan tetapi itu seperti sekadar menjaga air muka sahaja.

Sudah jelas dan terbukti bahawa Ku Li adalah seorang yang berpengaruh dan tidak seharusnya Ku Li dipinggirkan dari arus perdana? Ku Li seharusnya dilantik menjadi Ketua Perhubungan UMNO Kelantan. Jangan biarkan Ku Li ber'ketua'kan orang yang lebih 'muda pengalaman', lebih 'muda ilmu politik' darinya?.Hentikan mainan politik yang berunsurkan -jika seseorang itu ada ruang untuk menongkah arus maka seboleh mungkin dia akan dipinggirkan.Ditutup rapat ruang untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi.

Andai kata UMNO tewas, Buana boleh agak komentar-komentar pemimpin UMNO terhadap Ku Li. Tentunya Ku Li akan menjadi 'punching Bag' budak2 mentah dalam UMNO. Pasti Ku Li akan dicerca dengan berbagai kata nista, kutuk dan keji. Ku Li akan dipersalahkan.

Kalau sudah permata ia tetap permata. Di humban kemana sekali pun ia tetap permata yang berharga. Tengku Razaliegh bagaikan 'lampu Aladin' pada UMNO.

3 comments:

  1. Salam Buana..Hehehehe..Dah tahu dah Buana nak tulis apa...apapun CCZ setuju dan sokong...CCZ tak dapat pergi ke Galas sebab kerja..

    ReplyDelete
  2. hahaha..teruja mendengar komen CCZ..Rupa2nya kita ada chemistry..tapi CCZ ni tak pernah balas email Buana.Kenapa yer?

    ReplyDelete
  3. Pertama kerana CCZ lama dah tak buka mail ladyhead@gmail. CCZ hanya guna nurdini2823@gmail.com

    ReplyDelete