Sunday, 29 March 2009

Wahdatul fikr

1.UMNO sudah selesai membuat pemilihan. Saf kepimpinan baru telah dibuat oleh perwakilan. Suka atau tidak barisan sudah terbina. Adat kata, barisan kepimpinan yang baru ini menjadi taruhan bangsa.

2.Para perwakilan sudah pun pulang ke tempat masing-masing.Membawa pulang berbagai buah tangan dan cenderahati kenangan.Tidak ketinggalan berbagai cerita seronok,lucu dan seribu satu macam memori.

3.Semua tahu para perwakilan yang menghadiri perhimpunan terdiri daripada berbagai-bagai watak. Ada yang memahami erti perjuangan dan ada yang jadi pak turut. Hanya angguk dan geleng sahaja yang tahu. Ada perwakilan yang mentaliti kelas pertama tetapi semangat juang kelas tiga. Ada juga mentality kelas ketiga tetapi semangat juang kelas pertama. Ada satu katagori lagi yang tidak disebut;iaitu mentaliti kelas tiga semangat juang pun kelas tiga tetapi pengamal rasuah kelas satu.

4.Katagori kelas tiga ‘flat’ ini biasanya datang dari Bahagian yang mana ketua bahagian terdiri dari pasukan konspirasi pengamal rasuah bagi mempastikan tokoh-tokoh tertentu dipilih. Dalam masa sebulan dua wang hasil kutipan rasuah akan habis. Yang tinggal nanti hanyalah seribu satu macam kenangan. Realitinya tiga tahun lagi belum tentu dapat jadi perwakilan. Mungkin kalau UMNO jadi pembakang rebutan jawatan pasti tidak akan berlaku. Apabila rebutan jawatan tidak berlaku rasuah pastinya akan terhenti dengan sendirinya.

5.Namun UMNO wajib berjuang dan terus berjuang. Perjuangan yang tidak akan selesai selagi Melayu yang berada di atas bumi , di bawah langit masih berzuriat.Persoalannya adakah para perwakilan yang telah memilih saf kepimpinan sudah memastikan bahawa pilihan mereka itu dapat menjamin zurait mereka tidak akan menjadi pengemis di bumi sendiri.

6.Umum tahu UMNO sekarang berada dipersimpangan yang genting. Tersalah arah akan terjerumus kepada kehancuran. Akhirnya jadilah Tanah Melayu,orang lain punya. Kalau itu jadinya; jangan salah ibu mengandung tetapi salah tangan yang memangkah. Tunggulah maki hamun caci cerca anak cucu melayu.

7. UMNO harus ingat bahawa semua rakyat bercakap tentang isu pembaharuan. Bagi yang bukan melayu, reformasi dan transformasi untuk negara ini telah pun kita duga iaitu mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak ada ‘BIN’. Dipihak mereka pula tidak ada seorang pun membuka laluan kepada orang yang ber’bin’ atau ‘binti’ menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebagaimana belum bersedianya rakyat dan pemimpin elite serta intelektual Singapura untuk menerima seorang melayu sebagai Perdana Menteri mereka. Jangan sampai begini dan begitu jadinya.

8. Secara tersiratnya, reformasi dan transformasi bagi kalangan bukan melayu dan bumiputra bermakna melayu dan bumiputra akan hilang apa yang ada,sementara kaum pendatang akan mengekal apa yang ada serta merampas apa yang belum ada. Bagi permulaan, soal bahasa di papantanda telah disentimenkan untuk perdebatan walaupun dalam perlembagaan telah termaktub tentang kedudukan bahasa melayu dinegara ini. Isu ini nampak amatur tetapi ia merupakan ‘testing ground’ untuk melihat kepekaan melayu dibumi ini.

9. Kalau milikan tanah di Kampong Baru di Perak dengan 999 tahun, masih dianggap belum serius lagi, bermakna UMNO dan orang melayu telah rosak ‘pancaindera’. Dengan apa rasional sekali pun yang dihidangkan oleh penganugerahnya tidak boleh diterima dan tidak patut diterima.

10.Bagi membendung banyak lagi masalah, transformasi dan reformasi harus dilakukan dalam UMNO sendiri dengan mengambilkira keselamatan ugama,bangsa dan negara. UMNO sebagai sebuah parti yang dominan di persada politik negara wajib mengambil pendekatan menyucikan saf kepimpinan yang di ketuai oleh YAB Dato Seri Najib dengan bantuan Tan Sri Muhyidin. Tun Mahathir pun sudah kembali ke pangkuan UMNO. Yang penting ialah untuk pemimpin-pemimpin politik kita membentuk "wahdatul fikr" atau "kesatuan fikrah". Ini bermaksud mereka mempunyai matlamat, hala tuju dan tindakan yang sama dalam membangunkan UMNO..

11.Pak Lah dalam ucapannya bercakap mengenai mengimbangi harapan rakyat yang pelbagai. UMNO akan hanya boleh menyelesaikan isu rakyat kalau ia boleh menyelesaikan masalahnya dulu. Pak Lah juga menekankan mengenai perubahan kepada sistem dan struktur parti. Lontaran yang baik. Cuma adakah UMNO berkemampuan menangani kesemua itu? Perubahan sistem dan struktur sukar membuahkan perubahan sekiranya tidak ada reformasi budaya dalam parti. Bagaimanakah UMNO hendak melakukan reformasi budaya ini?

12. Najib tidak mudah menangani rasuah politik kerana ‘tape-worm’ telah membenih dalam usus UMNO. Benih-benih cacing ini akan membiak dan memakan semua zat-zat dalam badan UMNO sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi tubuh badan UMNO

13. Setelah menyebut kesemua itu, saya tertarik apabila Abdullah berkata dia mendengar orang bercakap UMNO perlu berubah. Sekarang, dia ingin mendengar ahli-ahli UMNO berkata, "Saya ingin berubah!" . Najib dan Muhyidin tidak terkecuali. Percepatkan lah perubahan itu. Rakyat sedang memerhati.

14. Saya juga bersetuju kalau ada orang mengatakan bahawa politik Malaysia sedang dalam peralihan dari politik keahlian kepada politik isu. Rakyat Malaysia tidak akan berbondong-bondong menyertai mana-mana parti politik, tetapi akan bersikap anjal dalam memberikan sokongan kepada parti-parti politik yang mampu menjuarai isu mereka dan bercakap bagi pihak mereka.

15.Mengambilkira perkara itu, selesaikan permasalahan diperingkat akar umbi yakni kes-kes tertunggak di bahagian-bahagian dan cawangan segera sebelum ianya senyap dan terus lenyap.

Friday, 27 March 2009

BERUBAH ATAU DIUBAH~SKETSA ATAU REALITI

Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada semua yang menang.Walaupun pada hemat saya, dikalangan yang menang itu;memang sepatutnya berada disitu tetapi ada juga yang sepatutnya berada di situ, gagal untuk berada disitu. Dan yang tidak sepatutnya berada disitu berjaya memboloskan diri untuk berada di situ. Ramai lagi yang berkarisma dan berani terpaksa berada nun disana diluar kelompok pembuat dasar.Disana,disini atau dimana-mana sekali pun, mulai sekarang semua kena ikhlas untuk mengukuh dan menstabilkan UMNO. Bukan untuk sesiapa kecuali untuk anak bangsa yang bernama Melayu.

Apapun, hakikatnya itulah 'dream team' UMNO yang telah diterjemahkan melalui kuasa perwakilan dari seluruh negara.

Bekas Presiden Amerika, Franklin D. Roosevelt pernah berkata, “ No one can make you inferior without your consent!”. Dalam konteks perbincangan kita ini, kata-kata ini sungguh relevan sekali!

Ini lah team yang akan memanjangkan atau memendekkan hayat UMNO di persada politik negara.Wallahualam.

Presiden kena berani.Bukan setakat berani sahaja tetapi kena berani 'sungguh'. Anggota MKT pun kena bersungguh-sungguh berani supaya kapal yang dinaiki tidak tenggelam dipukul badai agar dapat bersama berbekalkan aspirasi untuk 'menakhoda zaman'.

Ditakuti selepas ini, retorik akan berhenti. Kenyataan-kenyataan yang kritikal terhadap parti akan senyap dan terus lenyap. Laporan rasuah akan hilang. Pemimpin yang banyak bercakap pun akan diam. Semuanya akan diulik mimpi lagi sehinggalah musim pemilihan parti yang akan datang.

Semai padi jangan pula lalang yang tumbuh. Semoga susu sebelanga tidak dirosakkan oleh nila setitik.Untuk saf kepimpinan yang baru;

" Selalu kita manjakan mata memandang keindahan,kita akan mudah lupa. Pujuklah mata memandang kedhaifan, insyallah kita akan selalu beringat"

Selamat mendayung agar dapat keberkatan dengan kasih dan sayang tuhan di atas bumi di bawah matahari.

Thursday, 26 March 2009

Najib dan Orang Mexico!!!

"In Mexico an air conditioner is called a politician because it makes a lot of noise but doesn't work very well."
Len Deighton quotes (English writer, b.1929)

Najib dah sah jadi presiden. Persoalannya:
BERANIkah beliau merubah UMNO?

1.Ketua wanita baru tidak ada masalah.
2.Ketua Puteri mudah dijinakkan

Tetapi:

3.Ketua Pemuda macamana? Kredibiliti dan integriti KJ sudah tercalar dengan kes rasuah politik. Musuh-musuh UMNO di luar amat gemar menghidangkan menu rasuah pimpinan UMNO diminda rakyat. Sekarang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Pemuda masih lagi menobat pemimpin yang dah jelas pengamal rasuah sebagai pemimpin hadapan. Pemuda masih belum bersedia membuat anjakan.
4.KJ dan Khir, kedua-duanya dipanggil oleh Badan disiplin. KJ kena dan Khir terlepas. Kedua-dua tokoh ini ada keraguan dalam permainan kotor. Orang UMNO tahu. Rakyat pun tahu.Tetapi apabila keputusan diumumkan KJ menang,Khir nombor dua.Mukhriz tercorok tempat ke3.Maknanya pemain-pemain 'kotor' ini masih mendapat tempat dalam UMNO.
5.Orang yang ikut perlembagaan dan tata etika akan pupus.Tidak popular langsung.
6.sebelum ini saya telah pun menterjemahkan pemikiran melalui komen saya tentang prinsip 'bersih' seseorang individu yang hendak diangkat sebagai ketua dan berjawatan dalam kabinet serta kerajaan.
7.Amalan lampau Ketua Pemuda diberi tempat dalam kabinet kecuali sewaktu Syed Jaafar Albar.BERANIkah Najib mengenepikan KJ dan berhadapan dengan pasukan upahan KJ kelak untuk menyalak dan mendesak supaya beliau diberi tempat dalam kabinet dan kerajaan.
8.Ini akan berlaku.Kalau dinilai dari segi betapa ketidakpatuhan KJ mematuhi perlembagaan dan tata etika parti,.'Bear in mind'~ KJ adalah seorang individu yang mempunyai agenda yang tinggi.Tidak beretika pulak.
9.Hanya satu sahaja senjata yang ada pada Najib: Iaitu 'KEBERANIAN' dan 'KEBIJAKSANAAN' yang luar biasa.10.Jangan jadi macam King Ghaz, UMNO selamat, dia hilang dipersada politik negara.
11.Sebagai anak Melayu saya sentiasa mendoakan Najib dan UMNO selamat.

Wednesday, 25 March 2009

CINA ISLAM (林川興): Cium keris, Terima kasih Hishamuddin

CINA ISLAM (林川興): Cium keris, Terima kasih Hishamuddin
1.. Kedudukan Melayu, Cina dan India sebelum merdeka?Prof Khoo berpendapat, British tidak pernah berniat untuk 'pecah' dan 'perintah' (pada kajian beliaulah), tetapi penduduk Melayu, Cina dan India sebenarnya gemar memencil diri dan ingin mengamalkan perpecahan masing-masing (tidak bersatu). Sebenarnya British lebih mengiktiraf Melayu sebagai warga asal Malaya.Kalaulah Cina atau India membuat salah, mereka akan dihantar pulang oleh British ke Negara China atau India, tetapi bila Melayu bersalah mereka hanya dibuang daerah, bukan dihantar ke Indon...2.. Melayu dianggap tuan di negara ini.Ini adalah sebenarnya telah termaktub didalam perlembagaan. Sebab itu majlis Raja-raja terdiri hanya daripada orang-orang Melayu. Maka, Kaum Melayu sebenarnya telah 'dipertuan'kan oleh semua bangsa didalam Malaysia ini (seperti dalam kes Yang Dipertuan Agong). Maka, hak-hak istemewa Melayu tidak wajar disangsikan.“The Chinese as a race are all over the world. They commonly have three names compared to the mainland Chinese whose names are only two. Tan by her surname could trace back her ancestors from Mainland of China”. “The leaders in China have asked all overseas Chinese to domicile peacefully, to respect local customs and inhabitants, as Mainland Chinese are reluctant to have them back in China . Chinese in Malaysia became citizens via Jus Solai by August 31, 1957 which not many countries in the world have practiced this”.

Kedudukan Melayu.

1.. Kedudukan Melayu, Cina dan India sebelum merdeka?Prof Khoo berpendapat, British tidak pernah berniat untuk 'pecah' dan 'perintah' (pada kajian beliaulah), tetapi penduduk Melayu, Cina dan India sebenarnya gemar memencil diri dan ingin mengamalkan perpecahan masing-masing (tidak bersatu). Sebenarnya British lebih mengiktiraf Melayu sebagai warga asal Malaya.
Kalaulah Cina atau India membuat salah, mereka akan dihantar pulang oleh British ke Negara China atau India, tetapi bila Melayu bersalah mereka hanya dibuang daerah, bukan dihantar ke Indon...

2.. Melayu dianggap tuan di negara ini.Ini adalah sebenarnya telah termaktub didalam perlembagaan. Sebab itu majlis Raja-raja terdiri hanya daripada orang-orang Melayu. Maka, Kaum Melayu sebenarnya telah 'dipertuan'kan oleh semua bangsa didalam Malaysia ini (seperti dalam kes Yang Dipertuan Agong). Maka, hak-hak istemewa Melayu tidak wajar disangsikan.

“The Chinese as a race are all over the world. They commonly have three names compared to the mainland Chinese whose names are only two. Tan by her surname could trace back her ancestors from Mainland of China”. “The leaders in China have asked all overseas Chinese to domicile peacefully, to respect local customs and inhabitants, as Mainland Chinese are reluctant to have them back in China . Chinese in Malaysia became citizens via Jus Solai by August 31, 1957 which not many countries in the world have practiced this”.

Semoga UMNO Selamat.

Tuesday, March 24, 2009

ISU PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MELETUP LAGI.
.fullpost{display:inline;}
Pukul 2 petang ini, Ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda.Ia perlu ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.Kadar dan Mazlan dikatakan akan disokong oleh sekumpulan perwakilan Umno untuk menemui ROS.Kadar mendakwa, 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung kali kerana muflis.

Perlembagaan Parti ialah suatu karya agung bagi satu-satu pertubuhan.Ia adalah penyelamat tetapi apabila ia hanya dirujuk secara selektif ia semacam ‘time-bomb’. Letupannya akan memusnahkan UMNO seluruh Negara.Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan sesuatu bangsa atau mana-mana temaddun ialah kerana gagal mematuhi peraturan.UMNO sudah memiliki ciri-ciri ketidakpatuhan kepada perlembagaan sendiri.Kes-kes yang hendak diadukan oleh Kadar dan Mazlan tidak bersifat 'kes terpencil'.

Islam mengajar kita memilih “Jalan Yang Lurus” atau “Jalan Pertengahan.” UMNO perlu memilih yang pertama yakni 'jalan yang lurus'.Sabda Nabi s.a.w:‘Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya Dan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatan”An-Nisa’:135“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah orang yang kuat memegang keadilan, menjadi saksi bagi Allah meskipun ke atas diri kamu atau kedua ibubapa dan kaum kerabat”

Ciri-ciri sistem yang berdasarkan jalan yang lurus ialah
(a) keadilan dan kesaksamaan,
(b) dilakukan melalui perundingan,
(c) ditadbirkan oleh mereka yang layak dari segi ilmu
(pengalaman, kebolehan dan kepakaran) dan dari segi akhlak (beramanah dan jujur), dan dilakukan untuk kebaikan masyarakat manusia (negara-bangsa dan masyarakat antarabangsa).

Semua dasar perlu dilihat kembali dan diperbaiki, berdasarkan falsafah perjuangan yang kita sebut di atas. Rasuah, pembaziran dan segala bentuk penyelewengan mesti dihapuskan. Jika UMNO dapat melakukan ini semua dalam masa setahun akan datang, ia pasti akan mencapai kejayaan yang besar pada masa akan datang, termasuk dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 pada 2013.

Secara ringkas jika parti ini ingin terus relevan dalam politik negara ia harus menginstitusikan semula demokrasi dlm parti dan menghapuskan sepenuhnya rasuah politik dlm parti.Saya sokong tindakan mereka berdua.

Monday, 23 March 2009

PILIHAN UNTUK DATO SERI NAJIB: -`DO OR DIE'

NAJIB
" I thanks for their trust in me...I aspire to carry out the trust and resposibilities to the best of my abilities in addressing all challenges faced by UMNO and Barisan Nasional"
~NST 03/11/1908

Saya yakin ini lah juga akan diungkapkan oleh pemenang dalam pertandingan jawatan di Perhimpunan nanti.

Saya berani bertaruh bahawa ungkapan ini akan popular.Tetapi hati kecil saya merasa amat ragu dan bimbang ungkapan ini tidak menjadi realiti.
Sebabnya:

1.Adakah Najib berani menunaikan kata-kata beliau sebagaimana ungkapan dalam NST seperti diatas.Pada hemat saya,ada dua implikasi yang perlu dihadapi oleh Najib untuk merealisasikan hajatnya itu.Najib tidak akan popular sekiranya beliau melaksanakan hajatnya dengan tegas.sebaliknya UMNO akan popular dikacamata rakyat atas ketegasan melaksana tugas dan tanggungjawab bagai dikata.Disinilah kita akan dapat melihat imej DSN yang sebenar dalam memperjuangkan bangsanya.Tiada siapa yang boleh memberi jawapan bagi pihak DSN.Hanya DSN sendiri yang boleh membuktikan dia berani dan bersedia untuk tidak popular.

2.Setakat ini hanya 'King Ghaz'(Tan Sri Ghazali Shafie) sahaja tokoh UMNO yang berani untuk tidak popular.Ketegasan King Ghaz dalam menangi isu penyelinapan fahaman komunis dalam Umno dengan peristiwa penangkapan 3 ABDUL dan Sidiq Ghaouse(Setpol Mahathir ketika itu)telah membawa padah dalam karier politik beliau.Kesannya beliau gagal untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO. Bukan setakat itu sahaja malah bertanding MKT beliau tercorok ditangga 13.Sedangkan Timbalan Menteri beliau menduduki tempat teratas daripada beliau.Karier politik beliau yang sebelumnya menuju puncak,akhirnya malap.Tetapi UMNO menjadi teguh dan gagah semula.Persoalannya,BERANI kah Najib menjejaki langkah seperti 'King Ghaz'.????

3.Bezanya dulu KOMUNIS,sekarang RASUAH. Komunis atau rasuah,kedua-duanya merupakan barah yang boleh memalapetakakan bangsa dan negara.

4. DSN perlu keberanian yang luarbiasa untuk bertindak dengan drastik. Maksudnya semua ahli yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Parti baru-baru ini diserahkan kepada SPRM untuk diambil tindakan melalui pendakwaan di Mahkamah. Menasihati Ali Rustam melepaskan jawatan Ketua Menteri secara sukarela atau menghadapi pemecatan sehingga pendakwaan selesai. Begitu juga Azalina. KJ (sekiranya beliau menang) hendaklah melepaskan jawatan Ketua Pemuda kerana penglibatan beliau dalam isu rasuah atau pun diberi cuti sehingga kes selesai di mahkamah. (tidak kira tikam sekali atau beberapa kali)

5.Muhd muhamad Taib yang tidak pandai baca inggeris di Australai. Rahim Tambi Chik yang imej tercemar walaupun beliau didapati tidak bersalah mencabul budak bawah umur, Isa Samad walau pun menang nanti harus juga diketepikan dari menjawat apa-apa dalam kerajaan kerana sejarah rasuah politik dahulu.

6. Setiausaha Agung dan konco-konco di PWTC yang mengurus UMNO melalui kaedah M.B.I.T.(Management By Ikut Terlintas).

BERANI kah Dato Seri Najib? Hendak selamatkan UMNO dengan membunuh diri atau selamatkan diri dengan membunuh UMNO.

Timbalan beliau nanti (tidak kira siapa)akan menyokong sepenuh hati untuk DSN membersihkan UMNO agar DSN tidak popular dan cepat tersungkur macam ‘King Ghaz’. Dengan itu mempercepatkan proses menjadi PM secara instant macam ‘mee maggie’. ( In darkness there lies unknown enemies) Kalau hipotesis ini betul,cepat-cepatlah baca yasin dengan harapan kalau UMNO hendak mati,biar cepat matinya; kalau hendak sihat biar cepat sembuhnya.

Kita harap dan doakan DSN dapat selamatkan semua;UMNO,DSN,Melayu dan Negara!

Saturday, 21 March 2009

Pesanan Untuk Najib: Jangan Ulangi Kealpaan Pak Lah.

Manusia dilahirkan dengan nafsu dan sifat tamak haloba. Mustahil rasuah boleh dihapuskan secara total. Walaubagaimana pun ia boleh dikurangkan dengan berbekalkan komitmen yang sesungguh hati untuk tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.Sekiranya tidak ada komitmen dan ketegasan, rasuah akan membudayakan masyarakat.Akhirnya ia akan menjadi amalan yang normal, malah boleh diterima sebagai amalan dan budaya yang wajib ditaati dulu kini dan selamanya.

Dalam isu memerangi rasuah, peri pentingnya ialah pihak atasan perlu mengambil langkah yang tegas. Tanpa belas ehsan. Demi kepentingan ugama,bangsa dan negara. Langkah bijak Singapura boleh dijadikan teladan bagaimana mereka memerangi rasuah dengan jayanya. Menu yang diguna-pakai oleh pemimpin mereka ialah ketegasan dan keberanian.Hasil keberanian para pemimpin atasan mereka untuk bertindak dengan tegas tanpa memilih bulu,(without fear or favour) Singapura tidak dihantui oleh perasuah. Menikmati kemakmuran ekonomi.sosial dan politik yang harmoni dan terkawal.

Sebenarnya sedar atau tidak kita ada dua entiti untuk bertindak; keberanian eksekutif untuk bertindak dan keduanya ialah menerusi ‘criminal justice system’ telah sedia ada dinegara kita.
Perdana Menteri dengan kuasa eksekutif boleh bertindak dengan segera memecat, secara sopan menasihati supaya melepaskan jawatan, terus tidak melantik atau melantik semula ( reappointing) menteri dan mana-mana administrator yang pada pandangan umum mempunyai rekod yang boleh menjuruskan kepada persepsi ramai bahawa orang berkenaan adalah perasuah. Perdana Menteri harus meletakkan satu tanda aras(benchmark) atau standard. Walaupun dalam system pengadilan kita mengatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah di Mahkamah Jenayah (Innocent till proven guilty is in a criminal court) tetapi apabila seseorang itu terlibat dengan jawatan dimana kredibiliti dan integriti menjadi taruhan, orang sebegini pun tidak layak diberi jawatan.

Entiti kedua ialah melalui pendakwaan jenayah secara agresif di mahkamah. Di sini memerlukan pembuktian yang mampu merentasi sempadan keraguan. Agenda politik harus diketepikan. Kalau tidak keadaan akan bertambah buruk. Keupayaan sebegini wajid dikedepankan untuk menzahirkan keinginan yang ‘sesungguh hati’dalam usaha membebaskan Negara dari kemelut rasuah.

Pendakwaan tidak seharusnya terikat dengan pengaruh dan kehendak politik mana-mana pihak. Sebelum ini keadaan begitu memang wujud kerana BPR tidak bebas.Sekarang sudah berbeza. BPR sudah pun dinobatkan sebagai SPRM. Sebuah badan bebas. Komuniti mengharapkan SPRM menjadi makanisma yang telah diberi tanggungjawab, tentunya amat bertanggungjawab melaksanakan tugas untuk kepentingan rakyat secara berkesan..
Tidak dinafikan bahawa perasuah perlu mendapat pembelaan apabila mereka didakwa. Mereka boleh mendapat khidmat dari mana-mana peguam. Itu hak mereka. Itu bukan isu yang kita hendak lontarkan disini. Mahkamah adalah bertanggungjawab mendengar setiap kes. Isu sebenarnya ialah pastikan jangan ujud ‘kangaroo court’ dalam Palace of Justice.

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, awal-awal lagi sudah diberi dua peluang keemasan oleh Allah S.W.T untuk membukti serta mezahirkan kesungguhan beliau membenteras rasuah secara agresif. Beliau gagal melaksanakan sumpah dan janji beliau bukan kepada rakyat Malaysia sahaja tetapi juga janji beliau kepada Allah S.W.T.

Kes pertama ialah berhubung tuduhan rasuah terhadap Kasitah Gadam. Persoalannya kenapa sehingga sekarang kes berkenaan masih tertangguh?

Kes kedua ialah Isa Samad, orang kanan dalam UMNO dan kabinet yang telah didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin Parti. Abdullah hanya menjadi penonton.Tidak melakukan apa-apa tindakan yang positif samada membuat pengumuman terbuka supaya Isa Samad berhenti atau diberhentikan,tetapi membiarkan perkara ini menjadi perdebatan yang hiruk-pikuk daripada rakyat. Isa akhirnya, melepaskan jawatan menteri secara ‘paksa rela’ disebabkan kemarahan rakyat.

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawai selaku Perdana Menteri dengan cuainya terlepas dua peluang keemasan tersebut. Atas kealpaan itulah masyarakat mendapat persepsi bahawa beliau adalah pelindung kepada perasuah.

Kemurkaan Allah S.W.T. seterusnya ialah apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengimport pemain-pemain politik yang dikitar semula sebagai komposisi pentadbiran dalam UMNO dan juga kabinet. Tan Sri Rahim Tambi Chik, Tan Sri Muhd Muhammad Taib, Tengku Adnan Mansor telah menjadi liabiliti kepada organisasi UMNO. Selain itu, Brig.General Husainey(Setiausaha Kerja UMNO) dan Hafarizam peguam UMNO yang masih mentah tentang perjuangan bangsa juga menyumbangkan kecelakaan kepada UMNO. Apa kurangnya pula Annuar Musa? Hari ini Kelantan kalah teruk dalam PRU, esoknya dianugerah Tan Sri.. Tokoh politik Kelantan yang kontroversi, menobat Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Hingga kini UMNO Kelantan kebuntuan strategi akibat kerenah Tan Sri Annuar Musa.
Ringkasnya, YAB. Perdana Menteri gagal memenuhi sumpah dan janji beliau kepada Allah dan rakyat semasa menanggung tugas. Beliau juga gagal ‘Mencari Damai Abadi’.

Thursday, 19 March 2009

Buktikan UMNO boleh!

Pendapat yang popular sekarang ini ialah,UMNO tidak mampu membuat pembaharuan. Kebanyakkan pemimpin-pemimpinnya terlalu mementingkan diri sendiri (lihat sahaja betapa setiap pemimpin disemua peringkat kaya raya).
Secara ringkas jika parti ini ingin terus relevan dalam politik negara ia harus menginstitusikan semula demokrasi dlm parti dan menghapuskan sepenuhnya rasuah politik dlm parti.Ini hampir-hampir mustahil kerana kebanyakan pemimpin atasan UMNO adalah TIDAK BERSIH!!!
Perlembagaan Parti ialah suatu karya agung bagi satu-satu pertubuhan.Ia adalah penyelamat tetapi apabila ia hanya dirujuk secara selektif ia semacam ‘time-bomb’. Sejarah telah menulis kejatuhan sesuatu bangsa atau mana-mana temaddun ialah kerana gagal mematuhi peraturan.UMNO sudah memiliki ciri-ciri ketidakpatuhan kepada perlembagaan sendiri.
Suasana UMNO sekarang semacam orang demam kepialu. Sesekali terdengar mericau, sesekali terdengar mengerang. Dalam mericau dan mengerang ini sesekali rasa hendak tergelak pula. Dahsyatnya bahang kepialu.
Jika kepialu panasnya melebihi had, maka kehangatan politik juga menunjukan sudah melebihi had. Seperti kata Tan Sri Musa Hitam baru-baru ini, Umno sudah lama. Sudah tua. Orang tua tentu sudah nyanyuk. Di antara tabiat nyanyuk ialah mericau dan bercakap tak ketahuan kepala ekur.
Saya yang turut sama-sama meniti tua, turut sama merasai kenyanyukan ini.
Ada 3 perkara yang melucukan dalam kelamkabut kepialu politik dan percaturan sekarang. Kita tidak mengikut ‘skill’ dan tidak mengikut matematik yang betul. Kita rasa jika semua orang politik mengambil iktibar dan belajar dari matematik itik tentunya tidak kelihatan mericau dan nyanyuk seperti sekarang ini.
1. Sang itik walaupun berpuluh ekur, apabila balik dari sawah ketika hampir senja, matematiknya tetap terpelihara. Cuba lihat itik-itik ini. Tak seekur pun mendahului yang lain. Tak seekurpun keluar barisan. Sangat tertib lengguk keteknya walaupun lambat. Jika seekur melangkah batu, yang di belakangnya tetap juga melangkah batu.
2.Matematik itik, jika ada orang mahu mengkaji, sepanjang mana pun barisannya, jarak antara seekur dengan seekur tetap sama. Nyatalah itik-itik yang dijadikan Allah ini mempunyai peraturan. Tidak ada yang tua mahu dahulu dan tidak ada pula yang muda minta didahulukan.
3.Matematik itik juga menepati waktu. Tidak ada dalam perkiraan minit dan jam mereka terlewat hendak masuk reban. Pembelanya tidak perlu risau. Cukup waktu sampailah dia.
Alangkah bagusnya jika warga UMNO kita bermatematik seperti itik. Tidak ada yang cemburu, tidak ada yang mahu mendahului, yang tua walaupun di belakang, dia tetap patuh kepada jarak lengkahnya dengan yang hadapan, manakala yang belakangnya tetap tidak menyepak kaki kawannya yang hadapan.
Alangkah indahnya jika orang kita seperti itik pulang petang. Senyap-senyap balik, beratur dengan jarak yang ditentukan. Sampai reban masuk. Esok masing-masing bertelur untuk menunjukan hasil mahsulnya.Tetapi sekarang kebanyakannya ayam. Nak bertanding tawar diri, seolah-olah ‘aku’ lebih layak dari orang lain. Berkokoklah sepanjang negara.