Friday, 27 March 2009

BERUBAH ATAU DIUBAH~SKETSA ATAU REALITI

Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada semua yang menang.Walaupun pada hemat saya, dikalangan yang menang itu;memang sepatutnya berada disitu tetapi ada juga yang sepatutnya berada di situ, gagal untuk berada disitu. Dan yang tidak sepatutnya berada disitu berjaya memboloskan diri untuk berada di situ. Ramai lagi yang berkarisma dan berani terpaksa berada nun disana diluar kelompok pembuat dasar.Disana,disini atau dimana-mana sekali pun, mulai sekarang semua kena ikhlas untuk mengukuh dan menstabilkan UMNO. Bukan untuk sesiapa kecuali untuk anak bangsa yang bernama Melayu.

Apapun, hakikatnya itulah 'dream team' UMNO yang telah diterjemahkan melalui kuasa perwakilan dari seluruh negara.

Bekas Presiden Amerika, Franklin D. Roosevelt pernah berkata, “ No one can make you inferior without your consent!”. Dalam konteks perbincangan kita ini, kata-kata ini sungguh relevan sekali!

Ini lah team yang akan memanjangkan atau memendekkan hayat UMNO di persada politik negara.Wallahualam.

Presiden kena berani.Bukan setakat berani sahaja tetapi kena berani 'sungguh'. Anggota MKT pun kena bersungguh-sungguh berani supaya kapal yang dinaiki tidak tenggelam dipukul badai agar dapat bersama berbekalkan aspirasi untuk 'menakhoda zaman'.

Ditakuti selepas ini, retorik akan berhenti. Kenyataan-kenyataan yang kritikal terhadap parti akan senyap dan terus lenyap. Laporan rasuah akan hilang. Pemimpin yang banyak bercakap pun akan diam. Semuanya akan diulik mimpi lagi sehinggalah musim pemilihan parti yang akan datang.

Semai padi jangan pula lalang yang tumbuh. Semoga susu sebelanga tidak dirosakkan oleh nila setitik.Untuk saf kepimpinan yang baru;

" Selalu kita manjakan mata memandang keindahan,kita akan mudah lupa. Pujuklah mata memandang kedhaifan, insyallah kita akan selalu beringat"

Selamat mendayung agar dapat keberkatan dengan kasih dan sayang tuhan di atas bumi di bawah matahari.

No comments:

Post a Comment