1.UMNO sudah selesai membuat pemilihan. Saf kepimpinan baru telah dibuat oleh perwakilan. Suka atau tidak barisan sudah terbina. Adat kata, barisan kepimpinan yang baru ini menjadi taruhan bangsa.
2.Para perwakilan sudah pun pulang ke tempat masing-masing.Membawa pulang berbagai buah tangan dan cenderahati kenangan.Tidak ketinggalan berbagai cerita seronok,lucu dan seribu satu macam memori.
3.Semua tahu para perwakilan yang menghadiri perhimpunan terdiri daripada berbagai-bagai watak. Ada yang memahami erti perjuangan dan ada yang jadi pak turut. Hanya angguk dan geleng sahaja yang tahu. Ada perwakilan yang mentaliti kelas pertama tetapi semangat juang kelas tiga. Ada juga mentality kelas ketiga tetapi semangat juang kelas pertama. Ada satu katagori lagi yang tidak disebut;iaitu mentaliti kelas tiga semangat juang pun kelas tiga tetapi pengamal rasuah kelas satu.
4.Katagori kelas tiga ‘flat’ ini biasanya datang dari Bahagian yang mana ketua bahagian terdiri dari pasukan konspirasi pengamal rasuah bagi mempastikan tokoh-tokoh tertentu dipilih. Dalam masa sebulan dua wang hasil kutipan rasuah akan habis. Yang tinggal nanti hanyalah seribu satu macam kenangan. Realitinya tiga tahun lagi belum tentu dapat jadi perwakilan. Mungkin kalau UMNO jadi pembakang rebutan jawatan pasti tidak akan berlaku. Apabila rebutan jawatan tidak berlaku rasuah pastinya akan terhenti dengan sendirinya.
5.Namun UMNO wajib berjuang dan terus berjuang. Perjuangan yang tidak akan selesai selagi Melayu yang berada di atas bumi , di bawah langit masih berzuriat.Persoalannya adakah para perwakilan yang telah memilih saf kepimpinan sudah memastikan bahawa pilihan mereka itu dapat menjamin zurait mereka tidak akan menjadi pengemis di bumi sendiri.
6.Umum tahu UMNO sekarang berada dipersimpangan yang genting. Tersalah arah akan terjerumus kepada kehancuran. Akhirnya jadilah Tanah Melayu,orang lain punya. Kalau itu jadinya; jangan salah ibu mengandung tetapi salah tangan yang memangkah. Tunggulah maki hamun caci cerca anak cucu melayu.
7. UMNO harus ingat bahawa semua rakyat bercakap tentang isu pembaharuan. Bagi yang bukan melayu, reformasi dan transformasi untuk negara ini telah pun kita duga iaitu mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak ada ‘BIN’. Dipihak mereka pula tidak ada seorang pun membuka laluan kepada orang yang ber’bin’ atau ‘binti’ menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebagaimana belum bersedianya rakyat dan pemimpin elite serta intelektual Singapura untuk menerima seorang melayu sebagai Perdana Menteri mereka. Jangan sampai begini dan begitu jadinya.
8. Secara tersiratnya, reformasi dan transformasi bagi kalangan bukan melayu dan bumiputra bermakna melayu dan bumiputra akan hilang apa yang ada,sementara kaum pendatang akan mengekal apa yang ada serta merampas apa yang belum ada. Bagi permulaan, soal bahasa di papantanda telah disentimenkan untuk perdebatan walaupun dalam perlembagaan telah termaktub tentang kedudukan bahasa melayu dinegara ini. Isu ini nampak amatur tetapi ia merupakan ‘testing ground’ untuk melihat kepekaan melayu dibumi ini.
9. Kalau milikan tanah di Kampong Baru di Perak dengan 999 tahun, masih dianggap belum serius lagi, bermakna UMNO dan orang melayu telah rosak ‘pancaindera’. Dengan apa rasional sekali pun yang dihidangkan oleh penganugerahnya tidak boleh diterima dan tidak patut diterima.
10.Bagi membendung banyak lagi masalah, transformasi dan reformasi harus dilakukan dalam UMNO sendiri dengan mengambilkira keselamatan ugama,bangsa dan negara. UMNO sebagai sebuah parti yang dominan di persada politik negara wajib mengambil pendekatan menyucikan saf kepimpinan yang di ketuai oleh YAB Dato Seri Najib dengan bantuan Tan Sri Muhyidin. Tun Mahathir pun sudah kembali ke pangkuan UMNO. Yang penting ialah untuk pemimpin-pemimpin politik kita membentuk "wahdatul fikr" atau "kesatuan fikrah". Ini bermaksud mereka mempunyai matlamat, hala tuju dan tindakan yang sama dalam membangunkan UMNO..
11.Pak Lah dalam ucapannya bercakap mengenai mengimbangi harapan rakyat yang pelbagai. UMNO akan hanya boleh menyelesaikan isu rakyat kalau ia boleh menyelesaikan masalahnya dulu. Pak Lah juga menekankan mengenai perubahan kepada sistem dan struktur parti. Lontaran yang baik. Cuma adakah UMNO berkemampuan menangani kesemua itu? Perubahan sistem dan struktur sukar membuahkan perubahan sekiranya tidak ada reformasi budaya dalam parti. Bagaimanakah UMNO hendak melakukan reformasi budaya ini?
12. Najib tidak mudah menangani rasuah politik kerana ‘tape-worm’ telah membenih dalam usus UMNO. Benih-benih cacing ini akan membiak dan memakan semua zat-zat dalam badan UMNO sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi tubuh badan UMNO
13. Setelah menyebut kesemua itu, saya tertarik apabila Abdullah berkata dia mendengar orang bercakap UMNO perlu berubah. Sekarang, dia ingin mendengar ahli-ahli UMNO berkata, "Saya ingin berubah!" . Najib dan Muhyidin tidak terkecuali. Percepatkan lah perubahan itu. Rakyat sedang memerhati.
14. Saya juga bersetuju kalau ada orang mengatakan bahawa politik Malaysia sedang dalam peralihan dari politik keahlian kepada politik isu. Rakyat Malaysia tidak akan berbondong-bondong menyertai mana-mana parti politik, tetapi akan bersikap anjal dalam memberikan sokongan kepada parti-parti politik yang mampu menjuarai isu mereka dan bercakap bagi pihak mereka.
15.Mengambilkira perkara itu, selesaikan permasalahan diperingkat akar umbi yakni kes-kes tertunggak di bahagian-bahagian dan cawangan segera sebelum ianya senyap dan terus lenyap.
No comments:
Post a Comment