Wednesday, 25 March 2009

Semoga UMNO Selamat.

Tuesday, March 24, 2009

ISU PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MELETUP LAGI.
.fullpost{display:inline;}
Pukul 2 petang ini, Ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda.Ia perlu ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.Kadar dan Mazlan dikatakan akan disokong oleh sekumpulan perwakilan Umno untuk menemui ROS.Kadar mendakwa, 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung kali kerana muflis.

Perlembagaan Parti ialah suatu karya agung bagi satu-satu pertubuhan.Ia adalah penyelamat tetapi apabila ia hanya dirujuk secara selektif ia semacam ‘time-bomb’. Letupannya akan memusnahkan UMNO seluruh Negara.Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan sesuatu bangsa atau mana-mana temaddun ialah kerana gagal mematuhi peraturan.UMNO sudah memiliki ciri-ciri ketidakpatuhan kepada perlembagaan sendiri.Kes-kes yang hendak diadukan oleh Kadar dan Mazlan tidak bersifat 'kes terpencil'.

Islam mengajar kita memilih “Jalan Yang Lurus” atau “Jalan Pertengahan.” UMNO perlu memilih yang pertama yakni 'jalan yang lurus'.Sabda Nabi s.a.w:‘Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya Dan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatan”An-Nisa’:135“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah orang yang kuat memegang keadilan, menjadi saksi bagi Allah meskipun ke atas diri kamu atau kedua ibubapa dan kaum kerabat”

Ciri-ciri sistem yang berdasarkan jalan yang lurus ialah
(a) keadilan dan kesaksamaan,
(b) dilakukan melalui perundingan,
(c) ditadbirkan oleh mereka yang layak dari segi ilmu
(pengalaman, kebolehan dan kepakaran) dan dari segi akhlak (beramanah dan jujur), dan dilakukan untuk kebaikan masyarakat manusia (negara-bangsa dan masyarakat antarabangsa).

Semua dasar perlu dilihat kembali dan diperbaiki, berdasarkan falsafah perjuangan yang kita sebut di atas. Rasuah, pembaziran dan segala bentuk penyelewengan mesti dihapuskan. Jika UMNO dapat melakukan ini semua dalam masa setahun akan datang, ia pasti akan mencapai kejayaan yang besar pada masa akan datang, termasuk dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 pada 2013.

Secara ringkas jika parti ini ingin terus relevan dalam politik negara ia harus menginstitusikan semula demokrasi dlm parti dan menghapuskan sepenuhnya rasuah politik dlm parti.Saya sokong tindakan mereka berdua.

No comments:

Post a Comment