Pendapat yang popular sekarang ini ialah,UMNO tidak mampu membuat pembaharuan. Kebanyakkan pemimpin-pemimpinnya terlalu mementingkan diri sendiri (lihat sahaja betapa setiap pemimpin disemua peringkat kaya raya).
Secara ringkas jika parti ini ingin terus relevan dalam politik negara ia harus menginstitusikan semula demokrasi dlm parti dan menghapuskan sepenuhnya rasuah politik dlm parti.Ini hampir-hampir mustahil kerana kebanyakan pemimpin atasan UMNO adalah TIDAK BERSIH!!!
Perlembagaan Parti ialah suatu karya agung bagi satu-satu pertubuhan.Ia adalah penyelamat tetapi apabila ia hanya dirujuk secara selektif ia semacam ‘time-bomb’. Sejarah telah menulis kejatuhan sesuatu bangsa atau mana-mana temaddun ialah kerana gagal mematuhi peraturan.UMNO sudah memiliki ciri-ciri ketidakpatuhan kepada perlembagaan sendiri.
Suasana UMNO sekarang semacam orang demam kepialu. Sesekali terdengar mericau, sesekali terdengar mengerang. Dalam mericau dan mengerang ini sesekali rasa hendak tergelak pula. Dahsyatnya bahang kepialu.
Jika kepialu panasnya melebihi had, maka kehangatan politik juga menunjukan sudah melebihi had. Seperti kata Tan Sri Musa Hitam baru-baru ini, Umno sudah lama. Sudah tua. Orang tua tentu sudah nyanyuk. Di antara tabiat nyanyuk ialah mericau dan bercakap tak ketahuan kepala ekur.
Saya yang turut sama-sama meniti tua, turut sama merasai kenyanyukan ini.
Ada 3 perkara yang melucukan dalam kelamkabut kepialu politik dan percaturan sekarang. Kita tidak mengikut ‘skill’ dan tidak mengikut matematik yang betul. Kita rasa jika semua orang politik mengambil iktibar dan belajar dari matematik itik tentunya tidak kelihatan mericau dan nyanyuk seperti sekarang ini.
1. Sang itik walaupun berpuluh ekur, apabila balik dari sawah ketika hampir senja, matematiknya tetap terpelihara. Cuba lihat itik-itik ini. Tak seekur pun mendahului yang lain. Tak seekurpun keluar barisan. Sangat tertib lengguk keteknya walaupun lambat. Jika seekur melangkah batu, yang di belakangnya tetap juga melangkah batu.
2.Matematik itik, jika ada orang mahu mengkaji, sepanjang mana pun barisannya, jarak antara seekur dengan seekur tetap sama. Nyatalah itik-itik yang dijadikan Allah ini mempunyai peraturan. Tidak ada yang tua mahu dahulu dan tidak ada pula yang muda minta didahulukan.
3.Matematik itik juga menepati waktu. Tidak ada dalam perkiraan minit dan jam mereka terlewat hendak masuk reban. Pembelanya tidak perlu risau. Cukup waktu sampailah dia.
Alangkah bagusnya jika warga UMNO kita bermatematik seperti itik. Tidak ada yang cemburu, tidak ada yang mahu mendahului, yang tua walaupun di belakang, dia tetap patuh kepada jarak lengkahnya dengan yang hadapan, manakala yang belakangnya tetap tidak menyepak kaki kawannya yang hadapan.
Alangkah indahnya jika orang kita seperti itik pulang petang. Senyap-senyap balik, beratur dengan jarak yang ditentukan. Sampai reban masuk. Esok masing-masing bertelur untuk menunjukan hasil mahsulnya.Tetapi sekarang kebanyakannya ayam. Nak bertanding tawar diri, seolah-olah ‘aku’ lebih layak dari orang lain. Berkokoklah sepanjang negara.
No comments:
Post a Comment