Wednesday 1 April 2009

Najib dan tetamu Calvin coolidge

Tun masuk UMNO semula hanya sekadar memberi imej bahawa kepimpinan Najib dialu-alukan dan diterima oleh semua peringkat.Imej ini wajib dipertahankan oleh najib.Kekuatan sebenarnya mestilah datang daripada akal najib.Belaiu bukan penumpang. Najib adalah nahkoda.

Semoga cerita benar dibawah ini boleh diteladankan:

Kisah bagaimana seorang tetamu telah bermalam di White House di zaman Presiden Calvin Coolidge (1872 - 1933). Semasa bersarapan pagi, tetamu tersebut tidak menjamah makanan sehinggalah ia dimulakan oleh Presiden. Beliau memerhatikan terlebih dahulu bagaimanakah Mr Presiden bersarapan, supaya dapat menonjolkan imej yang baik sesuai dengan gaya Presiden.

Mula-mula cawan Presiden diisi dengan kopi. Beliau kemudiannya menuangkan sedikit daripada kopi itu ke dalam piring. Kopi di dalam piring itu dicampur dengan sedikit gula dan krim.Oleh kerana tetamu tadi tidak mahu melanggar apa-apa etika, beliau melakukan perkara yang sama.

Selepas selesai membancuh kopi di dalam piring beliau menanti apakah tindakan Presiden berikutnya.Alangkah terkejut dan tergamamnya beliau apabila Presiden Calvin Coolidge telah meletakkan piring itu di atas lantai untuk dijamah oleh si kucing!

Semoga Najib tidak jadi tetamu Tun!

No comments:

Post a Comment