Thursday, 23 April 2009
Siapa Banyak Dosa? Pak Lah, Mahathir , Najib Dan Muhyidin.
Peribahasa Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah tidak akan ujud sekiranya air bah berlaku setiap hari. Tentunya apabila sesuatu itu menjadi kebiasaan, kita kena rujuk pula kepada peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’.
Masyarakat Melayu hanya akan heboh apabila sesuatu perkara berlaku sekali dalam jangka masa lama. Kerana itu kita lebih peka dengan ‘sekali air bah,sekali pasir berubah’.
Malang sekali tidak ada pihak yang turut peka dengan metafora alam, setiap hari ombak menghempas pantai, tidak pula dikhuatirkan pantai akan berubah dari bentuk asalnya,kerana ‘alah bisa tegal biasa’,
Satu ketika dahulu ibubapa,pemimpin politik serta ahli-ahli akademik dalam setiap wahana dan wacana mengupas isu bohsia dan remaja lepak. Apakah isu ini telah berhenti dengan jayanya? Atau ia telah jadi fenomena ‘alah bisa tegal biasa’.
Lupakah kita kepada nama-nama seperti Noor Suzaily Mokhtar, Farah Deeba, Nur Shuhada, Nurul Hanis, Siti Nadirah, Nurin Jazimin???Dimana pula Sharlinie???….Mereka bukan artis akademi Fantasia, Bukan isteri atau anak-anak pembesar Negara, tetapi mangsa kekejaman jenayah rogol,liwat dan bunuh.
Negara pernah gempar peristiwa ‘al-maunah’. Sudah hilang dan dilupakan. ‘Al-Maunah ialah satu tragedi ala rampasan kuasa secara militia. Yang hendak saya persoalkan adakah pasukan keselamatan yang menjadi tunjang sekuriti rakyat jelata yang senang dibolos sudah diperbaiki mutunya. Kita pelupa atau mudah lupa, membawa pengertian yang sama sahaja malah sinonim juga dengan alpa. Saya yakin masih ada lagi siri kecurian alat-alat pemusnah di seludup keluar secara haram dan digunakan untuk tujuan jenayah.
Dikebanyakkan negara dunia, keupayaan sesetengah kerajaan menangani jenayah sentiasa menjadi isu utama yang boleh diterjemahkan kepada sokongan atau penentangan politik. Ini tidak boleh dielakkan kerana rakyat mahu hidup mereka tenteram dan ada jamninan keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka.
Dalam politik di Britain umpamanya, mereka amat tegas dengan ‘law and order’. Aggresif menguatkuasakan undang-undang, bukan sekadar mengubal undang-undang dan dikuatkuasakan oleh pengamal rasuah. Beberapa menteri terpaksa meninggalkan kabinet dan parti kerana gagal memikul tanggungjawab dan berbagai scandal yang tidak bermoral.
Di Negara kita ‘air sudah bah, pasir pun patut sudah berubah’. Pak Lah telah berundur dengan azab ‘keterpaksaan’ bersama dengan ‘Damai Abadi’. Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah bertukar tangan.
Bait demi bait dalam ‘Ku Cari Damai Abadi’ yang ditinggalkan oleh Pak Lah jangan dibungkus bagaikan Quran buruk. Carilah Al-Ghazali dan Al-Shafie. Bongkarlah kitab suci untuk dijadikan pedoman. Itulah azimat yang akan menyelamatkan umat dan Negara.
Citra Ku Cari Damai Abadi itu sebenarnya Pak Lah cuba untuk di synchronize dengan pelan induk ‘Wawasan 2020’. Kerana kebangkitan Negara industri dan kemajuan yang deras akan diiringi dengan berbagai penyakit sosial-politik yang kronik kalau tidak dirancang dengan teliti melalui kekuatan spiritual.
Pak Lah sudah tidak berdosa lagi sekirannya Negara dan umat hancur kerana beliau telah meninggalkan pedoman untuk Najib dan Muhyidin. Kepada mereka berdua “Kau Carilah Damai Abadi” itu.
Lagu lama, ‘Turun Padang’, ‘Cari Akar Umbi’ yang didendangkan semula secara berduet oleh Najib dan Muhyidin kena disimphonikan secara medley dengan ‘Ku Cari Damai Abadi’ yang telah di ‘synchoronize’ dengan ‘wawasan 2020’ oleh Pak Lah. Beliau kemudiannya dihambat dari pentas sebelum sempat menyempurnakannya.
Mahathir wasiatkan Wawasan 2020,Pak Lah hiaskan wawasan 2020 dengan Ku Cari Damai Abadi. Najib dan Muhyidin masih mu raba aku, aku raba mu.Masih meraba-raba.
Muhyidin kata UMNO perlu 2 tahun untuk disembuhkan daripada penyakit.Kalau benar begitu orang putih kata 'fantastic'.Tetapi Sukarno bekas pejuang kemerdekaan dan Presiden Pertama Indonesia pernah dalam pidatonya berkata,"Kalau satu-satu bangsa itu menghidap penyakit selama 50 tahun,kita perlu 51 tahun untuk mengubatinya".
Penyakit rasuah dalam parti dan kerajaan sudah berakar sejak 20 tahun yang lalu. Maknanya kalau ikut ilmu Bung Karno, UMNO perlu 21 tahun untuk Najib dan Muhyidin mengubatinya.Sedangkan PRU 13 paling lewat 3 tahun lagi.
Moralnya, "UMNO akan mati pada PRU 13" Kalau demikian siapakah Melayu Terakhir yang mematikan UMNO? Pak Lah atau Mahathir, Najib dan Muhyidin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment