Thursday, 30 April 2009
TURUN PADANG, GALI LUBANG!!.
‘Turun padang dan akar umbi’. Entah apa yang dimaksudkan. Turun padang , padang mana? Padang bola atau padang semasa pilihan raya kecil sahaja. Atau membuka tirai sandiwara setelah pertabalan dan darjat diangkat menjadi Khalifah.
Jumpa umbi, akar belum tentu bertaut. Akarnya siapa yang punya? Ini teori yang mesti dipraktikkan atau ‘lip-service’orang politik dan halua telinga bagi yang tidak pekak sementara yang bebal akan teruja tidak tentu hala. Rakyat sudah ‘daring’ dan bijak untuk berkata ‘TIDAK’ kepada pemimpin dan parti yang hanya pandai bermuka-muka.
Saya mungkin berselisih pandangan dengan pendapat umum tetang konsep turun padang dan akar umbi.
Umum berpendapat turun padang membawa maksud melawat kawasan. Sementara akar dimaksudkan rakyat dan umbi merujuk kepada pemimpin tempatan yang menjadi fokus dalam usaha memenangi hati,dengan menabur budi bagi menawan undi, kerana mereka adalah penentu. Ingat umbi pun ada yang membawa penyakit. Mungkin ada yang sudah terkena ‘Selsema Babi’
Operasi turun padang mencari akar umbi selalu sahaja membawa maut kepada UMNO.
Rasional saya ialah terdapatnya jurang (gap) perkhidmatan melalui apa yang dibuat oleh pemain politik yang turun padang dengan apa yang diharapkan oleh rakyat.(The Gap Between What You Deliver and What Your Members Expect, and What You Can Do About It)
Masalah yang lazim terdapat dalam perkhidmatan orang politik, ia disukat melalui gambaran fisikal rakyat. Dicongak melalui berapa ramai yang hadir.(crowd) berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka.
Saya ingin mengajak supaya jangan terlepas pandang kepada perkara-perkara asas. Rakyat adalah pengguna. Apabila setiap pengguna membeli sesuatu produk, tentunya orang itu akan mengukur apakah produk yang dibelinya itu mampu menyelasaikan masalah mereka
Pengguna akan mengukur kepuasan produk yang dibeli melalui pemerhatian bagaimana masalah terungkai dan apa yang mereka rasai dalam proseS itu.
Parti politik menawarkan perkhidmatan, melaui 2 produk; yang tidak boleh dilihat secara fisikal dan yang boleh dilihat dengan nyata tentang apa yang ditawarkan itu dapat memuaskan penerima.
Cuba fokuskan berhubung dengan apa yang boleh dilihat dengan nyata serta boleh meyakinkan kehadiran politikus-politikus diterima dengan penuh kepuasan atau rakyat hadir kerana makan upah semata-mata.
Mampukah pemain-pemain politik yang turun padang membekalkan diri dengan perkara-perkara berikut:
~Kejituan, ia itu keupayaan melangsaikan janji dengan tepat ‘dependably and accurately’ .UMNO tersohor dengan janji yang ‘cangih-mangih’.
~Jaminan, ialah pengetahuan yang beradab dan meyakinkan. Mempunyai keupayaan yang menyerlah menjurus kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap pemimpin berkenaan.
~Tanggapan, ia itu kehadhiran dengan kasut lip-lap,lip-lap, Hand-phone yang cangih lagi mangih terlekat kat telinga. Berkomunikasi yang menawan.
~Empathy – Mengambil berat, perhatian secara personal kepada rakyat sebagai pengguna.
~Responsif,keinginan dan keikhlasan membantu secara semerta (provide prompt service).
Ini tidak termasuk lagi masalah pengharapan ‘crowd’ itu sendiri. Pengharapan mereka , kebiasaannya diasaskan kepada apa yang diungkapkan oleh pemimpin.
Ada empat perkara yang menjadi panduan dan perhatian RAKYAT;
~Apa yang mereka alami selama ini. Adakah akan berulang 'janji tinggal janji'.
~Apa yang telah menjadi rungutan rakyat tentang perkhidmatan polikus sebelum ini.
~Mampukah memakbulkan keperluan rakyat secara individu.
~Dan Apa yang diucapkan dan dilafazkan semasa berkomunikasi dengan mereka.
Publik tidak heran melihat Najib selaku Perdana Menteri turun ke Stesyen LRT,BAS dan seumpamanya. Serta pula bersantai diwarung-warung. Mereka akan berkata “ New broom sweeps well”. Itu sahaja rating yang PM dapat.
Kedua pula mampukah PM membuat rutin sebegitu selama-lamanya. Kalau tidak akan berbangkit lagi “hangat-hangat tahi ayam”atau ‘Back to square one’.
Malaysia perlukan PM yang pemikirannya global dan glokal. Jangan cuba jadi pelakun handalan. Handal macamana pun, rakyat tahu lakunan tetap lakunan. Wallahuallam.
(bersambung..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment