Wednesday, 8 April 2009

Siapa Hero: Jebat@Tuah


3 Piliharaya Kecil (satu Batang dua Bukit) telah pun diketahui. BN telah memenangi satu batang(Batang Ai) sementara dua Bukit(Bukit Selambau dan Bukit Gantang) tidak dapat ditawan.

Kemenangan BN di Batang Ai, memberi gambaran bahawa parti politik yang ‘base’nya di semenanjung tidak diterima oleh rakyat dan pengundi Sarawak.Makna keduanya, ialah rakyat Sarawak masih lagi memberi kepercayaan kepada Ketua Menteri Taib Mahmud.

Khabar kata, isu anak Taib Mahmud mempunyai residensi di Canada yang bernilai lebih kurang RM 30 juta dimainkan dengan hebatnya oleh PKR. Rakyat dan pengundi yang masih ramai lagi menghuni rumah panjang tidak mengambil kisah sangat isu yang digembar-gemburkan oleh PKR. Anwar gagal menawan minda orang Sarawak dengan isu sensasi kegemaran beliau.

Kebijaksanaan Anwar memain isu tidak mengena di Sarawak. Nampaknya penghuni rumah panjang lebih matang lagi daripada pengundi di Tanah Besar Malaya.
Kekalahan di dua Bukit tidak membawa apa-apa perbezaan kerana kedua-dua bukit itu asalnya milik Pakatan Rakyat. Kemenangan mereka tidak dapat membukti apa-apa pun. Orang-orang bukit itu dapat balik wakil mereka selain daripada ‘projek segera’ waktu pilihanraya.

Siknifikennya,‘Jebat Derhaka’ dipilih sebagai wakil mereka disalah satu Bukit. UMNO dan BN Perak kena cari jawapan segera. Dimana silapnya. Atau serahkan kembali kuasa rakyat perak untuk menentukan nasib dan masa depan mereka seterusnya melalui piliharaya Dewan Undangan Negeri seluruh Perak. Orang Bukit ini masih lagi menganggap Jebat belum derhaka cuma, digembar-gemburkan sebagai penderhaka. Itu satu fitnah dan penghinaan.

Persoalannya, kenapa kes derhaka atau tidaknya ‘si Jebat’ ini belum diproses lagi di Mahkamah. Kenapa mengambil masa yang begitu lama? Ini kes berkait dengan kepentingan rakyat Perak. Kepentingan rakyat adalah kepentingan awam.Patut didahulukan dan dijadikan 'priorty'.

Politik adalah persepsi. Bagi rakyat yang majority jahil undang-undang dan Perlembagaan menanti-nanti siapa betul siapa salah dalam bab 2 menteri Besar. Betul mereka jahil, tetapi mereka akur kepada keputusan akhir Mahkamah. Kelewatan ini memberi persepsi bahawa kerajaan BN sengaja melewat-lewatkan proses mahkamah(buying time) kerana BN tidak yakin mereka betul. Ini membawa erti Si Jebat’ mereka belum sah derhaka. Si Jebat yang belum sah derhakanya dihina oleh ‘pembohong yang rakus’. Perompak dan penyamun yang kasar tabiinya dibenci rakyat. Rampasan kuasa( coupe-de-tat) mencerminkan UMNO dan BN tidak bermoral. Maka menanglah Si Jebat yang ‘baik dan lemah-lembut’ itu.

Ahkirnya jadilah UMNO sebagai sebuah parti samseng puak-puak elite. ‘’kalau pinang.pinang tak dapat, ku pujuk-pujuk ku bawa lari”. UMNO yang asalnya parti Melayu dan Bumiputera. Akhirnya Melayu menjadi hamba dan bumi dipijak oleh putera-putera elit, boneka-boneka ‘alien’.

UMNO dan pimpinan! Kembalilah kepada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Betulkan balik persepsi umum. Jangan jadi tikus baiki labu.

No comments:

Post a Comment