Saturday, 18 April 2009

Hafarizam, Husainey: Pembuli Besar.


DSN & TSM SIASAT KENYATAAN INI.
Mereka telah lakukan Bahagian Tanah Merah dan Larut macam Yahudi di Gaza!!

Peguam UMNO Hafarizam pernah membohongi Bahagian Tanah Merah dalam satu siasatan kes sabotaj pilihanraya yang diadukan oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian;Tuan Hj Muhamat Sulaiman.Siasatan tersebut telah diadakan di Hotel River View Kota Bharu. Dalam siasatan itu saya selaku Pemangku Ketua Bahagian ketika itu dipanggil untuk siasatan tentang kebenaran aduan tersebut. Saya telah dipanggil sebagai saksi pertama. Kemudian pengadu Tuan Hj Muhamat Sulaiman dipanggil untuk memberi keterangan. Tuan Hj Muhamat Sulaiman telah membawa bersama 10 orang saksi sebagaimana arahan surat dari Lembaga Disiplin.

Setelah selesai saya dan Tuan Hj Muhamat Sulaiman telah dipanggil oleh Hafarizam yang memperkenalkan diri sebagai peguam UMNO. Dalam pertemuan itu beliau(Hafarizam) memberitahu bahawa saksi-saksi yang ada tidak diperlukan kerana lembaga penyiasatan sudah berpuas hati dengan penerangan saya dan Tuan Hj. Muhamat Sulaiman.

Kami dan semua AJK Bahagian merasa amat terkejut apabila menerima surat dari lembaga Disiplin Parti menyatakan Ikmal dan kumpulannya(OKT) dibebaskan dengan NFA.(No Further Action)

Hairan bin ajaib saya terus menghubungi Setiausaha Badan Disiplin Parti yang juga Setiusaha Kerja UMNO Brg. General(B) Dato’ Husainey untuk mendapat keterangan dan alasan. Dato’ Husainey menjawab dia tidak tahu menahu dalam hal ini. Saya terus pertikai memohon apa alasan penghakiman demikian. Jawapan yang mengecewakan dari seorang yang telah diamanahkan menjaga parti menjawab dia tidak baca surat berkenaan. Dia dengan rasa tidak malu dan bertanggungjawab mengaku bahawa dia tidak membacanya sewaktu menandatangani surat berkenaan. Alasan kebudak-budakan.Saya anggap setiusaha lembaga disiplin merangkap setiausaha Kerja sungguh tidak ‘bermoral’.

Dengan rasa tidak puashati dan meragukan saya terus menghubungi Hafarizal menanyakan alasan penghakiman tersebut. Beliau juga menjawab dia tidak tahu menahu tentang perkara ini.

Kemudian Mustafa Albakri dihubungi kerana beliau juga terlibat semasa siasatan di Kota Bharu pada hari berkenaan. Mustapha Albakri juga memberi jawapan yang sama. “Tidak tahu”.

Ikmal Hisham dan kumpulannya dibebaskan dengan NFA kemungkinan alasannya tidak ada saksi yang relevan. Itu lah sebenarnya peranan yang dimainkan oleh Peguam UMNO.

Saya yakin ini adalah satu konspirasi untuk menyelamatkan ‘pengkhianat’ parti.Saya berani dan bertanggung jawab mengatakan bahawa mereka ini telah dirasuk oleh Ikmal Hisyam. Adu lah tuduhan saya ini ke Mahkamah. Saya berani berdepan dengan apa jua tindakan mereka ini demi mempertahakan kebenaran.

Meneliti peristiwa diatas saya yakin bahawa pegawai eksekutif diPWTC adalah terdiri daripada manusia yang saya anggap pemubunuh UMNO secara senyap.(silent killer). Tidak salah kalau saya berteori mereka ini adalah perasuah no 1 di 1malaysia.

Konklusifnya; YAB Dato Sri Najib telah mengatur susunan kabinet dengan berani melalui iltizam menuju puncak, saya secara peribadinya ingin melihat TS Muhyidin selaku Pengerusi Pengurusan parti menyusun pasukan UMNO di PWTC.

Apa yang saya nyatakan ini adalah 'Report Card'mereka.

No comments:

Post a Comment