Saya ingin mengajak suadara sebangsa dan seagama tidak kira yang memimpin atau yang dipimpin, untuk sama-sama melafazkan kalimah keramat semoga mendapat rahmatNya.
Bismillahirahmanirahim..
“ Ya Allah, aku memanjatkan syukur kehadrat mu.Terima kasih diatas segala nikmat yang kau limpahkan ini. Jadikanlah aku insan yang tahu bersyukur dengan segala nikmat mu ini. Kau jadikanlah aku insan yang sentiasa beristiqamah dalam melangsungkan segala amanah yang diberikan kepada ku. Amin”.
Orang yang bersyukur sangat hemat dalam tindakannya. Jikalau menampi jangan tumpah padinya, jangan fikir air pasang sahaja. Orang sebegini amat bertimbang dalam menerima.Bak kata orang tua, lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan. Jangan mudah terpedaya dengan yang manis, jangan cepat membuang apa yang tidak disukai.
Marilah kita memasang mata, berjalan selangkah mengadap surut, berkata sepatah difikirkan. Berjalan memelihara kaki, berkata dipelihara lidah.
Alam kita jadikan pedoman. Persekitaran kita jadikan ukuran apabila bertindak. Ingat ranting akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait. Apa berita yang didengar diselidik dahulu kebenarannya. Khabar jauh didengar-dengar. Khabar dekat difikir-fikirkan,.Agar kasturi tidak akan mati kerana baunya.
63 tahun yang lampau, apabila ‘fat man’ dan ‘little boy’ digugurkan di Nagasaki dan Hiroshima, ia telah membunuh 74’000 dan 70,000 nyawa sekali gus.
Dalam Negara kita, dimana para pemain politik dan pengamal demokrasi beragama Islam dan berbangsa melayu sedang berkira-kira, membilang hari siapa akan memerintah dan siapa pula akan diperintah, jangalah pula ada ‘fat man’ dan ‘little boy’ digugurkan oleh Allah SWT. Nantinya akan membawa musibah yang tidak tertanggung oleh bangsa kita dan yang beragama Islam.
Jangan kita bercakap besar hingga tidak mengenal tempat, takut nanti jadi melukut di tepi gantang. Umpama binatang jalan diantara sampah yang terbuang.
Dalam kita mengorak langkah menghadapi hari muka, janganlah kita lupa tentang asal-usul kita. Kerana sejarah adalah sebahagian daripada diri kita sebenar. Semakin kita belajar menghargai Negara sendiri, semakin kita sedar bahawa kediaman kita adalah ‘syurga’ untuk semua.
‘The more we learn to appreciate what our country has to offer us, the more we realize that Our Home Is Our Paradise’~ (Petikan Iklan PETRONAS) yang cuba memberi kita satu pandangan bahawa betapa pentingnya memiliki sebuah negara Malaysia.
Mungkin kita merasa beruntung dan mungkin kita merasa tidak mendapat apa-apa yang kita kehendaki, tetapi ini lah Negara kita. Negara dimana kita selamat dilahirkan dan selamat dibesarkan. Sehingga kita pula selamat melahirkan putera puteri warisan bangsa.
Sayangnya, apa yang kita perolehi sekarang ada lagi manusia yang tidak merasai betapa besarnya pemberian sebuah negara seperti Malaysia kepada dirinya. Maka lahirlah manusia yang ditakluki nafsu iblis dan syaitan sehingga tidak dapat membezakan yang mana makruf dan yang mana mungkar.
Kalimah Astghafir’llah dan Alhamdullillah di sandiwarakan. Musibah nanti yang menanti.
Pada yang memerintah, jadilah pemerintah yang adil. Pada yang diperintah jadilah pembakang yang adil. Rahmatan-lil-Alamin menanti untuk diwarisi zuriat kita bersama.
No comments:
Post a Comment