Wednesday, 29 April 2009
PERMULAAN KEPADA SATU PERMULAAN
‘LETAK SYARAT TERIMA KERAJAAN CAMPURAN'
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak menolak pembentukan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (Bn) jika Pas ditawarkan kementerian penting seperti kewangan dan pelajaran.
Nik Abdul Aziz berkata, jika Bn ingin manawarkan Pas untuk bersama membentuk kerajaan campuran, meraka mesti bersedia untuk menyerahkan dua kementerian berkenaan kepada wakil parti itu.
Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya, sambil mendakwa pembantu bapanya cuba melaga-lagakan antara beliau (Nik Abdul Aziz) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, Pas miliki kementerian yang penting bagi membolehkan program Islam dilaksanakan.
“Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai bapa. Komennya di atas bukankan mencetuskan persoalan kerana bukankah beliau lantang menolak Kerajaan Perpaduan dan bukankah beliau berang dengan cadangan Abdul Hadi.
“Biar saya beritahu anda, bapa hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah agama itu ada, bagaiman beliau akan tolak mentah-mentah,” katanya.
Beliau mendakwa, Nik Abdul Aziz menolak Kerajaan Perpaduan adalah disebabkan hasutan pembantunya yang kononnya serba tahu dan meraka berseronok untuk melaga-lagakan antara kedua-dua tokoh Pas itu.
Katanya, nik abdul aziz pernah menghentam kerajaan campuran tetapi selepas pertemuan 10 minit dengan abdul hadi, beliau tidak lagi menyerang presiden pas itu kerana sudah mendapat penjelasan sebenarnya.
Nik Abduh berkata, pembantu bapanya kini tidak berpuas hati atas kegagalan mereka untuk melaga-lagakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.
Berhubung pemilihan menjelang Muktamar Pas Jun ini, Nik Abduh berkata, wujud usaha yang dirancang rapi untuk memisahkan kepimpinan ulama daripada menerajui parti itu.
Katanya, nama Nik Abdul Aziz juga digunakan yang kononnya menyokong sesetengah pihak bagi tujuan mencapai hasrat mereka untuk memperoleh kemenangan.
(berita harian-isnin 27 april 2009)
Komen Saya:
1.Dalam apa jua perbincangan dan perancangan ‘syarat’ tidak sepatutnya dijadikan halangan untuk mencari titik persetujuan.
2.Proses perbincangan tentulah akan melalui ‘Win Win situation’ sebagai pra-syarat.
3.Yang perlu dilakukan ialah mencapai suatu ketetapan intelektual bagi menentukan unsur-unsur yang membawa makna yang tepat demi agama,bangsa dan Negara.
4.Dalam konteks kebangkitan oposisi yang hebat sekarang ini terhadap hak-hak Agama,Bangsa dan Negara kedua-dua pihak perlu membuat transformasi melalui pemikiran lateral
.
5.Semua harus berusaha meningkatkan visi tentang masa depan masyarakat kita keperingkat pemikiran yang lebih sofistikated dan dari perspektif itu membentuk pertimbangan wajar tentang unsur-unsur dari PAS dan UMNO yang dapat dimanafaatkan tanpa melenyapkan keperibadian dan peradaban kedua pihak.
6.Saya kira penolakan secara dangkal tidak ada menafaatnya.;malah akan jadi ‘counterproductive’ pula bagi masyarakat Islam umumnya dalam usaha memberi ruang dan peluang bagi masyarakat islam mengambil tempat yang gah dalam dunia moden ini
.
7.Asas perjuangan adalah sama ia itu islam. Kontradiksi dan serta tidak keseragaman pendekatan boleh diatasi sekiranya kita memperdanakan kebenaran, cintakan ilmu,keadilan dan keikhlasan,hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
8.Semoga mercutanda kita ialah ‘ Islamic Renaissance’ dimana Malaysia akan dijadikan model
.
9.Cetusan ini kita ibaratkan kuntum bunga yang mengepal dan mengembang sambil disimbah dan dibasahi sinar matahari pagi.
10.Kalau barat mengambil masa 300 tahun dari kurun ke-14 hingga kurun ke-16 untuk menjelmakan renaissancenya kita harus lebih deras lagi mencapainya dalam jangka kurang 100 tahun post merdeka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.
ReplyDeleteSurah al- Hujurat,
ayat 10