Thursday, 9 April 2009
Rabun Ghafur-Tuhan Maha Pengampun
Malam tadi bandar Tanah Merah terputus bekalan air.Tak semena-mena terlintas seolah-olah negara dalam darurat.Kena sabotaj.Terjelma dalam minda tentang kekuatan yahudi yang dikaitkan dengan kelicikan 'Freemason'.Dalam kesusahan tanpa air nak mandi dan berjunub aku cuba berteori tentang keadaan negara kini.
Mengikut sejarah, Freemason telah ditubuhkan pada tahun 1717 di Kota London. Ibu Pejabat freemason pada waktu itu berada di Frankfurt, German. Di Frankfurt sebuah rumah yang dipanggil ‘The house of Rosthchild’ di jadikan pusat mereka.
Freemason adalah gerakan sulit bangsa Yahudi untuk menakluki dunia; khususnya Negara-negara Islam. Gerakan mereka ialah menjemput orang-orang kenamaan seperti Peguam, Hakim,Doktor, Pegawai-pegawai polis dan tentera, orang politik tidak ketinggalan. Melalui individu ini mereka memasukan jarum secara halus untuk mengusai kerajaan sesebuah Negara.
Mereka advokasikan ‘kebajikan’ sebagai aktiviti utama . Ahli-ahli dibantu dengan berbagai cara dan pendekatan, khususnya dalam kenaikan pangkat bagi pegawai kerajaan, bantuan modal dengan kemudahan bank bagi ahli perniagaan, sokongan kewangan bagi ahli politik. Mana yang terperangkap dengan jenayah akan dibantu sehingga
terlepas dari dakwaan atau hukuman di ‘court of justice’ .
Di Malaysia, Freemason telah pun wujud seawal tahun 30an lagi. Pada tahun 1977 ia mempunyai ahli yang berdaftar seramai 3,000 orang. Mereka berjaya mempengaruhi hampir semua pegawai-pegawai tinggi menganggotainya. Freemason di Malaysia dikenali dengan nama Kelab Hantu. Di Indonesia mereka dinamakan Kelab Syaitan. Operasi mereka di ‘lodges’(rumah hantu) disetiap Bandar besar. Setiap ‘lodge’ ada ketuanya yang dikenali sebagai ‘Grand Master’
‘Networking’ yang mereka bentuk memungkinkan perlaksanaan agenda dengan licin dan licik .Ahli-ahlinya akan merasa terhutang budi kerana mereka akan dapat segala yang dihajatkan menerusi senjata ‘kebajikan’.
Rahsia ini boleh didapati dari sumber ‘Encyclopedia of world Politics’ atau ‘Jewish Conspirasy’. Tujuan besar Freemason yang terkandung dalam buku ‘Protocols of the meetings of the elders of zion’ kandungan:
protocol 19(3):
“Imej dan personality seorang negarawan akan dibinasakan melalui politik. Kita akan gambarkan kesalahan orang ini seperti orang-orang mencuri, merompak dan membunuh sehingga boleh membangkitkan wajah yang hina lalu dibenci oleh bangsanya sendiri.”
Protokol 15(no 4 dan 5)
“Orang yang mudah menjadi hamba kita ialah orang yang suka mencari nafkah dengan tipu helah(yang mengabdikan untuk wang dan kuasa) Orang begini tidak akan menyukarkan kita untk mengendali dan menggunakan mereka bagi menjalankan agenda tersembunyi kita. Orang ini akan diguna bagi melaksanakan aktiviti yang boleh memburukkan suasana agar organisasi mereka tidak bersatu padu.Orang ini akan menyangka bahawa sesuatu yang tercapai itu adalah hasil akal fikiran mereka padahal kitalah yang mempengaruhi dan menghasut fikiran mereka”
Meneliti fakta diatas membolehkan kita kaitkan dengan perpecahan umat Islam dan Melayu di negara ini sekarang. Apa yang terjadi pada UMNO dan PAS khususnya dalam scenario politik masakini amat menakutkan. Tidak ketinggalan juga perkembangan DAP dan KeAdilan dibawah DSA. Penderhakaan Nizar pada Tuanku Sultan Perak sekaligus kepada institusi Istana. Anak-anak muda yang sudah lupa asal-usul mereka.Melayu Islam yang sanggup tidur terlentang atas jalanraya.
Keadaan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato Deri Najib dengan berbagai tomahan dan fitnah.Ini semua saya anggap ‘character assassination’ yang halus rancangannya.
Perpecahan umat dalam Negara kini adalah kejayaan gilang gemilang mereka. Kejayaan Pas bukanlah menefestasi rahmatan lil alamin. Tetapi kejayaan Protokol zionis.PAS melalui nakhodanya sentiasa mengheret bahteranya jauh dari UMNO. Apatah lagi mengujudkan luang dan ruang untuk berbincang dan bermuzakarah. Apakah emosi yang ditunjukkan oleh mursyidul Am Pas mengambarkan ‘Islam sebagai Ad-deen’ atau melunakkan protocol-protocol yang saya sebutkan tadi.
Perkara sebegini memerlukan penguasaan dan penghayatan ilmu yang holistik. Cabaran intelektual dan penguasaan ilmu bagi mengimbang urus diri dan urus sistem perlu dipandang serius.Jangan lagi ujud dalam roh masing-masing dengan kalimah ‘I am right, you are wrong’.
Saya mengajak untuk kita bijaksana. Orang Islam ialah orang politik,kerana politik itu sendiri memaksa orangnya hidup berhati-hati,berjaga-jaga,cergas cerdik sepanjang hayat kerana manusia yang menjadi lawan kita.
Auditlah samada dalam UMNO,PAS,DAP,KeAdilan dan komponen BN ada hamba-hamba yang telah,sedang dan akan menjalankan agenda licin dan licik Yahudi laknatullah. Ini teori saya.
Teori ialah satu andaian tentang sesuatu kejadian yang menjuruskan kepada sesuatu siasatan sebelum ianya dibukti benar. Allahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment