Thursday, 2 April 2009

PWTC- Hati dan Nadi UMNO

TANAH MERAH – MERAH MEMBARA

Kes Abdul Rahman Ibrahim Vs. 32 Ahli yang tidak menjelaskan yuran mengikut perlembagaan UMNO di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, telah membuktikan para pegawai di PWTC adalah penyumbang utama terhadap kemelut yang berlaku di Bahagian Tanah Merah.

Para pemerhati politik dan pengamal politik yang ‘jauhari’ tentu sekali senyum sinis dengan episod demi episod yang berlaku di Tanah Merah. Gelagat hipokrit para pegawai di PWTC semakin jelas kelihatan‘tanduk’nya dan ‘serampang bermata tiga’.

Masyarakat Tanah Merah amat faham kenapa kecelaruan ini bertakhta. Melalui ungkapan-ungkapan angkuh,sombong dan riak mengatakan bahawa para pegawai di PWTC telah dikawal oleh Ikmal Hisham. PWTC dalam gengamannya.

“Peristiwa 2004 tidak akan berulang. Saya pasti akan jadi Ketua Bahagian dan terus ke pusat”- SMS dari Ikmal Hisham kepada ahli-ahli UMNO Tanah Merah.

Tidak perlu rujuk kepada ahli tafsir untuk jelmakan maksud yang tersirat dan tersurat dalam kalimah di atas. Para pelajar UPSR pun memahaminya.

Kalau tidak masakan semua pegawai bermula daripada Setiausaha Agung, Setiausaha kerja, kakitangan IT dan tidak ketinggalan peguam UMNO habis-habisan menjadi galang-ganti kepada tuan tubuh Ikmal Hisham. Ironinya peguam UMNO sendiri bertungkuslumus mempertahankan 32 ahli UMNO yang melanggar perlembagaan parti.

Setiausaha Agung, pula mungkin atas nasihat yang ‘salah atau tersalah’dari peguam ‘tuan penasihat’UMNO mendorong beliau mengeluarkan senarai 32 defendan dalam mahkamah kononnya telah menjelaskan yuran sebelum 31/12/2007. Signifikannya, daripada 32 ahli yang disenaraikan itu terdapat 11 ahli yang mengaku tidak pernah bayar pun yuran berkenaan. Mereka telah menandatangani Akuan Berkanun dengan rela.

Kalau cerita Tan Sri P.Ramlee dalam 3 Abdul ‘Tuan Penasihat’ seperti ini mendapat 10%. Akhirnnya kena jual lelong. Kalau setakat ‘Tuan Penasihat” di jual lelong tidak menjadi masalah. Dalam senario ini nampak gaya Umno nak kena lelong.Kalau UMNO di lelong oleh ‘Tuan Penasihat’ parahlah orang melayu. Bukan salah ibu mengandung tetapi salah pilih ‘Tuan penasihat’.

Jalan cerita menjadi kusut lagi apabila peguam UMNO berkenaan memberi nasihat yang salah lagi kepada Setiausaha Agung untuk memecat Abdul Rahman Ibrahim dengan rujukan fasal 20.7

“Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya dalam parti gugur dengan sendirinya”

Ini bukan larangan kepada mana-mana ahli untuk membawa masalah ke mahkamah tetapi hendaklah memenuhi saluran parti dahulu. Setelah segala saluran parti telah dirujuk dan tiada respon, mana-mana ahli boleh membawa perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah.


Pemecatan Abdul Rahman Ibrahim secara akademiknya dianggap sebagai satu taktik mudah untuk menidakkan hak Abdul Rahman di mahkamah. Masuk dan cuba pukul ikut pintu belakang. Perbuatan yang dayus dan cuba menafikan yang hak. ‘Natural Justice’ dan ‘Moral Law’ dipinggirkan.

Kalau mengikut fasal 20.7; satu siasatan perlu dilakukan untuk memastikan samada Abdul Rahman telah mematuhi sepenuhnya atau tidak peraturan-peraturan parti. Salah satu modul siasatan yang lazim digunapakai ialah melalui Surat Tunjuk Sebab atau siasatan secara bersemuka.

‘Pandirnya’ Surat Tunjuk Sebab yang ditandatangani oleh Setiausaha Lembaga Disiplin difakskan kepada Abdul Rahman pada 12/11/2008 untuk menyediakan reprisentasi sebelum 19/11/2008.’Lunchainya’ pula belum sempat representasi dibuat ,surat pemecatan diutuskan kepada Abdul Rahman bertarikh 17/11/2008. ‘Lucu dan Lucahnya’ pula pemecatan berkuatkuasa pada 4/11/2008 ditandatangani oleh Setiausaha Agung.

Pemecatan Abdul Rahman Ibrahim dilakukan secara tergopoh-gapah. Ini pun atas nasihat ‘tuan penasihat’yang tidak berapa sihat moralnya. Hendak mengenakan Abdul Rahman Ibrahim secara luar tabii.

*sekadar peringatan. Ingat-mengingati atara satu sama lain adalah di tuntut oleh ugama.

Sabda Nabi s.a.w:
‘Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnyaDan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatan”

An-Nisa’:135
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah orang yang kuat memegang keadilan, menjadi saksi bagi Allah meskipun ke atas diri kamu atau kedua ibubapa dan kaum kerabat”

Peguam UMNO mungkin memesongkan fahaman Setiusaha Agung atau juga secara berkonspirasi mengeluarkan kenyataan akhbar dan media dengan mengatakan seorang ahli jawatankuasa bahagian telah mendapat notis mahkamah bagi menghalang mesyuarat UMNO Bahagian. Sedangkan notis mahkamah sebenarnya menghalang 32 orang ahli yang tidak menjelaskan yuran untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat pada sidang hari berkenaan.

Mungkin juga pada hari persidangan di Tanah Merah , ‘tuan penasihat’ telah menyampaikan dengan ‘sengaja/tidak sengaja’ (walahuallam) kepada YAB Timbalan Presiden, Tan Sri Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan bahawa notis berkenaan ialah menghalang persidangan bukannya menghalang beberapa ahli sebagaimana notis sebenar. Atas alas an itu lah YAB Timbalan Presiden mengarahkan mesyuarat ditangguhkan.Takut berdepan dengan saman komital;menghina mahkamah dikenakan.

Secara logik, sekirannya maklumat sebenar disampaikan kepada YAB Timbalan Presiden arahan mungkin berbeza. Sebabnya tanpa 32 orang ini tidak mengganggu korum persidangan. Persidangan boleh diteruskan.

Terbeliak bercupak biji mata rakyat merhain dalam sidang pada hari itu apabila seorang peguam memasuki dewan dan menangguhkan persidangan.Sepatutnya menasihati pengerusi persidangan untuk membuat pengumuman dan menangguhkan sidang.Bukannya sebarang orang. Kita minta peguam berkenaan baca peraturan persidangan dengan betul.

Berbalik kepada sms Ikmal Hisham “Peristiwa 2004 tidak akan berulang. Saya pasti akan jadi Ketua Bahagian dan terus ke pusat”- SMS dari Ikmal Hisham kepada ahli-ahli UMNO Tanah Merah.”

Sekirannya Ikmal Hisham tidak terlibat dalam 32 orang yang didakwa Abdul Rahman Ibrahim, persidangan Bahagian Tanah Merah sudah selesai. Mungkin tuan penasihat pun tidak akan datang ke Tanah Merah menangguhkan mesyuarat. Susah-susah aje..Ab Rahman Ibrahim pun mungkin tidak di apa-apakan. Mungkin juga kalau 32 orang itu tidak termasuk Ikmal Hisham “tuan Penasihat’ pun tidak akan mewakili mereka. Tentu sekali alas an akan berbunyi ‘mana boleh, saya peguam UMNO. Peguam kepada seluruh berjuta ahli bukannya 32 orang itu sahaja. Saya kena berkecuali,biarkan mahkamah buat keputusan”.

Seolah-olah tanpa Ikmal Hisham UMNO seluruh Negara akan menemui ajal.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan:
“semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya, membalas dan bersikap adil ketika kuat.

YAB Dato’ Sri Najib
“ I thanks members for their trust in me… I aspire to carry out trust and resposiblities in addressing all challenges faced by UMNO and Barisan Nasional.” NST 03/11/2008

Kita yakin ungkapan keramat ini bukan kosmetik apabila seseorang itu dipilih sebagai pemimpin. YAB Dato’ Seri Timbalan Presiden mampu membuat audit tentang kemelut yang berlaku bukan sahaja di Bahagian Tanah Merah tetapi seluruh negara. Para pegawai yang menjadi anai-anai yang akan meruntuhkan PWTC dibersihkan. Selamat PWTC, Selamatlah bangsa Melayu.

Apa yang dilakukan oleh seorang AJK Bahagian Tanah Merah adalah ‘wake-up call’ kepada kepimpinan UMNO Pusat, kalau senario kejadian di Tanah Merah ini tidak didengar dan masih lagi lena ia akan melengkapkan syarat kejatuhan UMNO seluruh negara.Sebagai ahli jawatankuasa yang terpanggil dan mempunyai obligasi terhadap kekuatan dan keutuhan UMNO, walaupun beliau sedar beribu risiko dihadapi, namun kecintaan kepada UMNO beliau sanggup membakar diri untuk memberi cahaya harapan kepada UMNO yang nyata saban hari semakin gelap. Apakah peristiwa ‘Singapura dilanggar Todak’ akan berulang? Apakah kita yang waras ini mahu bersubahat dengan para ‘sibebal yang tidak sabar’ berleluasa dan ‘bermaharajalela dalam UMNO. Tepuk dada tanya selera!

No comments:

Post a Comment