Saturday, 18 April 2009
Tan Sri Muhyidin dan Aktiviti ‘Freemason’ dalam UMNO
Tan Sri Muhyidin dan aktiviti ‘Ala-Freemason’ dalam UMNO
Kabinet telah selamat dizahirkan. Setuju atau tidak, itu lah saf yang dipercayai oleh YAB Dato Sri Najib. Kita sama-samalah akan menilai barisan ini mampu membawa transfomasi dan refomasi sebagaimana yang diharapkan.
Bukan mudah menyusun tangga ke angkasa.Apa pun jua bisa terbukti andai langkah mu tidak terhenti.Menuju puncak gemilang cahaya bersama janji azam sejati pasti berjaya di 1Malaysia.
Sebelum menuju puncak gemilang cahaya, transformasi dan reformasi tangga di PWTC hendaklah disusun dengan baik. UMNO dan kabinet adalah sinonim. Kebatilan Pengurusan di PWTC bukan suatu rahsia lagi. Bermula dari Setiusaha Agung,Setiausaha Kerja dan pegawai IT adalah terdiri daripada pasukan yang tidak ‘excellence’ malah ‘they are a bunch of Liars and Traitors’ dalam mengurus parti.Musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan.
Buktinya berlaku beberapa tindakan yang jelas ‘Double Standard’ yang sengaja dilakukan bagi menyelamatkan beberapa individu sehingga majority Bahagian UMNO diseluruh Negara menjadi celaru dan haru biru. Mereka juga perlu diganti dan disusun. Pengurusan UMNO diPWTC perlukan saf yang ada kredibiliti dan bermoral.Yang tahu sempadan antara kebenaran dan kebatilan.
Dalam era pemilihan peringkat cawangan,bahagian baru-baru ini bermacam-macam masalah timbul. Kes yang sama, arahan setiausaha agung berbeza. Kadang-kadang surat yang sepatutnya setiausaha agung yang menandatangani di tandatang oleh setiausaha kerja. Lintang pukang dokumentasinya.
Perlembagaan digunakan secara selektif. Saya berani merujuk kepada 3 Bahagian yang menghadapi kes hampir sama tetapi mendapat arahan yang berbeza. Bahagian-bahagian yang saya maksudkan ialah Tanah Merah, Larut dan Ampang Jaya.
Di bahagian Ampang Jaya ialah kes Dr Maamor yang ingin mencabar Ketua Bahagian menentang pemangku waktu itu ialah dato’ Ismail Kijo. Dato’ Dr Maamor didapati tidak menjelaskan yuran sebagaimana kehendak perlembagaan. Yakni tidak sebelum 31 December tahun sebelumnya. Apabila diadukan keadaan sebenar tentang Dr. Maamor, Setiusaha Agung telah membatalkan pencalonan Dr Maamor atas alasan tidak mengikut Perlembagaan.
Sementara di Tanah Merah terdapat 32 cawangan yang tidak menjelaskan yuran sebelum 31 Dec tahun sebelumnya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Dibenarkan oleh Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO. Dalam 32 cawangan tersebut terdapat salah seorang yang menawarkan diri untuk bertanding ketua Bahagian.Tuan Hj Ikmal Hisyam dibenarkan menghadiri mesyuarat dan bertanding.Sedangkan arahan itu jelas bertentangan dengan perlembagaan parti.
Begitu juga di Bahagian Larut. Calon yang mencabar Ketua Bahagian YBM Dato Raja Ahmad Zainudin dibenarkan, sedangkan Dato Hamzah tidak mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan. Hingga kini Bahagian itu tidak dibenarkan bermesyuarat. Hadir sebagai pemerhati di Persidangan Agung tetapi merempak macam pendatang haram.
(Bersambung..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment