Tuesday, 22 December 2009

Kapal Selam Tidak Boleh Menyelam

Melayu dalam pembikinan
Cukup mual, geli, serabut memikirkan betapa lucu dan lucahnya bagaimana enjin jet TUDM boleh hilang.

Sekarang ini orang tak sekolah pun ketawa terhadap Najib. Bekas Menteri Pertahanan yang tersumbat dengan berbagai masalah dari Altatunya sehinggalah ‘terbangnya’ enjin F5E ghaib entah kemana dan kini menerajui 1Malaysia sebagai Perdana Menteri.

Orang putih kata “This is another strong evidence of a failing nation”.

Oleh itu jangan terkejut setahun dua lagi keluar berita, KAPAL SELAM TIDAK PANDAI MENYELAM’ sebab kalau enjin jet boleh hilang tidak mustahil kapal selam yang baru dibeli tak pandai menyelam.

Ahmad Maslan mu jangan ingat perkara ini remeh macam menoreh getah kat Manek Urai untuk menjelaskan isu ini.

Rakyat sudah tahu. Lagi terang lagi bersuluh.Kerajaan dan UMNO gemar kepada istilah ‘No Cover up’ dan NFA(No Futher Action). Masalah disiplin UMNO pun, ini lah bahasa ungkapan kegemaran terhadap pesalah-pesalah yang dikasihi mereka. Kini sudah melarat kepada hal-hal keselamatan dalam Negara.

Logik dan manasabah juga kalau ada seruan berbunyi begini:
“Wahai rakyat jelata! Bukalah mata seluas-luasnya. Lihatlah dan pandanglah dengan akal budi, kerajaan yang kamu pilih pada 2008 untuk memerintah 1Malaysia. Bahlol lah kamu sekiranya mereka ini diberi peluang sekali lagi pada pilihanraya yang akan datang. Fikirlah masa depan kamu sekalian”

Mampukah lagi UMNO berselindung disebalik ‘Ketuanan Melayu’ kalau Melayu pun asyik ditipu. Para pemimpin ini hanya memikirkan masa depan gulungan mereka sahaja. Bukan masa depan Melayu-melayu lain.

1 comment:

  1. Memang baru beli kapal selam TAPI bukan baru ..SECOND HAND okay!!!
    Harga? Lebih mahal dari yg baru.
    Alasan? 1001 macam yg boleh diberikan.
    Yg terbaik ? Letakan je urusan jual beli dibawah OSA. sattle problem.
    Perjalanan pertama ke Malaysia terpaksa dibatalkan kerana?
    Kapal selam bocor dan terpaksa dibaik pulih.
    Benar??
    Bangkai gajah tidak dapat ditutup hanya dgn selogan semangat maupun selogan manis..
    Walaupun masih ramai rakyat yg termakan dgn momokan media utama..
    p/s-ketam mmg tak kan dapat mengajar anaknya berjalan lurus sampai bila2...

    ReplyDelete