Ini lah tanda-tanda awal sesebuah parti politik mau pun korporat berada diambang kejatuhan. Kalau tanda-tanda begini tidak dirawat segera, alamat organisasi itu akan lumpuh dan menemui maut.
Setakat entri ini ditulis BN dan PR memang menghadapi berbagai-bagai kerenah dalaman. Manusia yang dari PR lari masuk BN dan manusia dari BN yang lari masuk PR sememangnya mereka itu mayat-mayat yang bernyawa.
Mereka ini bukan pejuang. Mereka adalah pemalas no wahid di 1Malaysia. Suka lari dari masalah. Jenis tidak boleh menerima kenyataan. Otak singkat. Mudah mati akal.
Sebaliknya kalau Wakil Rakyat dari PR lari masuk BN kerana terlanjur melakukan rasuah atau salahguna kuasa itu petanda baik bagi PR. Kerana monyet-monyet ini mencemarkan wajah dan keayuan sesebuah parti.
Bagi BN amat malang sekali kalau asyik menerima monyet-monyet seperti ini. Kalau adegan ini berterusan BN akan dibanjiri monyet-monyet yang baru lompat untuk bersama-sama monyet-monyet yang sedia ada mengkhianati rakyat dan berselindung di balik keramat bangsa.
Inilah masalah paling besar dalam UMNO/BN.
ReplyDeleteBukan masalah lompat seperti monyet.
Tapi masalah pemimpin yg tak selari dgn agenda perlembagaan UMNO sewaktu ditubuhkan..demi menjaga kejituan bangsa.
Yg ada seperti tak boleh ditapis lagi..
Kenapa begini..?
Setelah lebih 50 tahun usia..?
Menerima monyet yg melompat cuma sekadar mengindahkan ..mengambarkan sokongan kembali..walaupun mereka adalah seperti sokong membawa rebah..apa tidaknya penerima sedekah sex pun dialu-alukan..pemimpin yg seribu masalah sekadar menampal lubang kapal tg sedia ada..
Adakah terlalu teruk (barah hingga ke-usus)seperti digambarkan..?