Wednesday, 2 December 2009

Royalty atau Ihsan, Berilah Pada Yang Hak

Masalah royalti dan Wang Ihsan; Satu peringatan untuk Najib dan Nik Aziz.

Umar Ibnul Khattab r.a.:

Sesiapa yang meletakkan dirinya di tempat-tempat yang akan menimbulkan sangka-sangka yang tak baik, maka janganlah ia menyalahkan orang-orang yang menyangka buruk terhadapnya"

Kepada TGNA, Walaupun kekerasan diizinkan dalam usaha mencegah kemungkaran dalam Islam; iaitu dengan mengucapakan kata-kata kasar dan berkesan. Namun cara-cara berlembut dan memberi nasihat yang baik lebih diutamakan. Kekerasan dalam ungkapan boleh dipraktikkan apabila cara berlemah lembut dan berhemah tidak memberi kesan.

Kasar bukan bermakna boleh bersikap keterlaluan dalam mengejinya.Islam mengajar kita supaya tidak mengambil sikap yang tergesa-gesa untuk bertindak keras dan kasar. Kecuali dalam keadaan dharurat: ia itu sesudah segala usaha-usaha lain gagal dan sikap berlemah-lembut menjadi sia-sia dan tidak ada impaknya lagi.

Dalam konteks negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi dan perundangan yang tersusun, kenapa TGNA perlu bersikap kasar dalam ucapan dan ungkapan beliau terhadap Najib dan sekutunya.

Bawa sahaja ke mahkamah. Biar mahkamah buat keputusan. mahkamah ada berbagai tingkat mahkamah. Mahkamah Tinggi ada, Mahkamah rendah ada, mahkamah pendek pun ada, Mahkamah panjang pun ada. Semua ada. So, Why make life miserable?

Semoga hasilnya nanti kita tahu letak duduknya perkara-perkara yang dipertikaikan itu. Dan kita tidak pula tersasul dan terkeluar dari had dan batasan syariat Islam.


Dalam menggalakkan hakikat lemah-lembut dan lunak kata-kata, Allah telah berfirman:

"Maka katalah(wahai Musa dan Harun) kepada Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut semoga ia akan ingat dan takut"

Orang yang mahu membimbing orang lain, patutlah meniru sikap lunak dan lemah-lembut para Anbia' salawatullah-alaihim.
Wallahuallam.
Najib hendaklah memperkecilkan kedudukannya. Sentiasa merendah diri dan memohon kepada Allah s.w.t. agar Dia(Allah) memperhiaskan dirinya dengan tata-sopan yang mulia dan budi pekerti yang luhur. Mohon jauhkan diri dari budi pekerti yang keji.
Wallahuallam..dari saudara kamu dalam Islam.

2 comments:

  1. salam tuan...
    mcmlah baru sehari dua nik azis 'berlawan' dgn amno. secara teorinya, betul benar hak tuan cakap tu....

    ReplyDelete
  2. abe awe...agama bukan teori ia wajib dipraktikkan. Islam berbeza dengan teori Charles Darwin.

    ReplyDelete