Wednesday 16 December 2009

Siapa Milosevic Malaysia?


Tadi Buana postkan entri tentang cerita Tamil Malaysia.


Ini pula cerita Cina Tiongkok dari Parti DAP. Seorang aktor Cina yang cuba berlakun sebagai khalifah Islam. Kononnya fasih baca ayat-ayat Quran. DAN dapat puji-pujian daripada Tok Guru Nik Aziz & Co satu masa dahulu. Lebih-lebih lagi TGNA yang syok pada Ng sehingga hilang selera untuk bertaut dan menyambung silaturahim semula dengan UMNO.

Jaguh Tiongkok ini sudah mula hilang sabar dan lakunannya gagal apabila mempersoalkan Peruntukan Membina Masjid Di 1Malaysia.

Buana hendak bawa balik ingatan kepada saudara-saudara dalam Islam yang telah hilang akal serta ingatan supaya kembali renung-merenung beberapa peristiwa yang berlaku tentang umat manusia.


Lupakah kita bahawa banyak konflik politik yang berorientasikakan agama berlaku dibanyak negara dunia?

Pada dekad 90an telah meletus konflik yang dasyat. Perasaan kemanusiaan hilang dari sanubari. Aksi-aksi ngeri sudah menjadi adab. Tidak ada batasan dan sempadan. Yang superior bertindak dengan penuh terror. Sementara yang tertindas 'retaliate' dengan penuh nekad. Manusia mentranfomasikan mereka macam binatang buas. Tidak kenal belas ehsan.

Pada April 1992 misalnya, konflik antara Bosnia-Herzegovina dan Serbia. Lapan bulan kemudian, pada Disember 1992, konflik Hindu-Islam. Kemudian diikuti keganasan Serbia-kosovo.Ini belum kita menyenaraikan lagi tentang konflik agama yang berlaku di Acheh, Ambon, Tibet, Turkmenistan, Azerbaijan, Khazaztan dan Setan-setan di Filipina, Mesir, Algeria, Thailand. Semuanya menceritakan kisah-kisah ngeri. Sepatutnya tirai sebegini ditutup rapat. Tidak perlu kita hendak ulang-tayang dan ulang-lakun di 1Malaysia.

Apa yang kita dapat istilah 'political religion' sangat merbahaya kalau pemimpin tidak berhemah menerajuinya. Ia akan mewujudkan konflik yang serius dalam sistem politik sesebuah negara. Ia menjadi amat hebat berbanding dengan faktor lain.

Dalam konflik di Bosnia dan Kosovo, kekejaman yang dilakukan mengatasi kekejaman HITLER dan MUSSOLINI. Berkali-kali ganda lebih dasyatnya.

Seantero dunia tahu, MILOSEVIC yang digelar 'The Butcher of Balkans' menyembelih manusia seperti binatang.

Di India, sejarah telah melakarkan betapa nasionalis Hindu merobohkan masjid Babri; mengorbankan 1,700 muslim dan mencederakan 5,500 yang lain.

Begitu juga konflik Islam-Kristian di Sepanyol 1499 mengorbankan 3 juta umat Islam. Segala khazanah Islam dilenyapkan.

Trend politik ini sudah mula tumbuh di Malaysia. Ia amat membimbangkan. Penduduknya terdiri daripada berbagai kaum dan agama. Konflik ini mempunyai potensi untuk lebih tegang dan akhirnya meletup tanpa kawalan.

Kita tunggu siapakah akan dilabelkan sebagai 'The Babarian atau The Butcher Of Malaya" jika konflik ini terjadi di 1Malaysia.




5 comments:

  1. Salam ziarah Buana, jangan lupa juga bagaiman Lee Kuan Yu melenyapkan sejarah kesultanan Melayu di Singapura dengan cara halus sehingga Melayu Singapura tanpa dapat bersuara...... inilah bakal terjadi di Pulau Pinang dan tidak mustahil akan berlaku di malaysia jika orang Melayu sudah jadi kufur dan takbur....

    ReplyDelete
  2. Siapa yang ada masa yang selesa bolehlah mula menulis sebuah buku "THE PIGS BUCHER OF MALAYA"
    atau "PIGS THE BUTCHER on MALAY LAND"

    ReplyDelete
  3. salam bro..
    ni semua celaka haramjadah lah punya kerja. demi matlamat untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang ada ini maka apa sahaja mereka gunakan. sehinggakan Islam di lacurkan sedemikian rupa.

    kita rapatkan saf dan tentang mereka ini sehingga rakyat sedar apa agenda mereka yang sebenar.

    salam perjuangan bro... lama tak sembang..he he he

    ReplyDelete
  4. Usul kerajaan perpaduan timbul dan diusulkan , bila ye?
    Kenapa kita sebut kerajaan perpaduan?
    Kenapa kerajaan yg berkuasa mempelawa parti lawan joint kerajaan perpaduan..? Sedangkan dalam kekuasaan yg ada tidak dijuruskan kearah yg dimaksudkan!
    Kalau kita pentingkan perpaduan kenapa harus diSALURKAN PIPE GAS KE SONGKLA? TIDAK KE KELANTAN?
    Kita mahukan perpaduan tapikenapa kita menafikan perundangan PERLEMBAGAAN..? Dok elok2 beri royalti kenapa ditukar dan ditarik semula atas nama wang ehsan..?
    Tak kira kerajaan mana pun yg perintah..hatta fahaman kominis sekalipun kenalah berikan kepada kerajaan negeri..
    kenapa harus diberikan kepada wakil umno/bn dan atas nama wang ehsan..? Kenapa harus diwujudkan kerajaan kecil(baru) dalam kerajaan negeri yg telah sedia ada..??
    Adakah kini kita berbincang mengenai kerajaan perpaduan? demi bangsa atau agama atau pasai apa sebenarnya?
    Sepatutnya...fikiran teman begini : PR12 memperlihatkan perubahan drastik yg ditunjukkan rakyat. cari punca masalah dari dalaman..(tau pun apa masalah tapi buat tak tau) cuba selesaikan semaksimum yg mungkin..
    jgn sekadar seperti menolak sampah kebawah tikar saja..

    p/c - cadangan sempena tahun baru hijrah; buangkan je "words verifiction" tu..melambatkan koje komen laa..hee

    ReplyDelete
  5. LanaBulu, Wang Ihsan ini akan melenyapkan UMNO Kelantan selama-lamanya.

    Tau tak, Ketua-ketua UMNO Bahagian di Kelantan sedang berkira-kira dan teruja sangat-sangat untuk mendapatkan wang ihsan untuk mengekalkan status sebagai ketua bahagian selamanya. Ini bermakna bukan Najib yang pecah perut tetapi perut UMNO Kelantan akan terburai.

    Mereka sekarang cukup berani untuk ugut-mengugut Pengarah dan Pegawai-pegawai JPP seluruh Kelantan. Bermacam-macam ugutan kalau 'alignment' tidak setara dengan nafsu mereka.

    Tanya sahaja ketua-ketua Jabatan dan kakitangan kerajaan (persekutuan) mereka cukup gelisah terhadap beban tekanan dari UMNO Bahagian. Lebih-lebih lagi Jabatan Pendidikan.

    ReplyDelete