Friday 7 August 2009

Pergi Jahanamlah Pas dan TGNA


PENGHUNI GUA: KEBIADABAN PEMUDA DAP TERHADAP DR RIDHUAN TEE ABDULLAH.!

Merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.


Blog yang dimaksudkan telah dibuang. Nasib baik ada yang sempat membaca dan menyiarkan semula.

Itulah suara parti yang menjadi dakapan Pas.Tentunya Nik Aziz akan zahirkan pandangan yang positif untuk mempertahankan DAP.

Percayalah Nik Aziz tidak akan pertahankan Dr Mohd Ridhuan. Kalau betul-betul Nik Aziz tidak mempertahankan Dr mohd Ridhuan Tee bermakna TGNA tidak rujuk kepada Quran dan hadis tetapi beliau merujuk kepada pelaksanaan politik David Thomson yg berbunyi

"..dari masa ke semasa anda perlu berbohong dan anda mestilah berbuat demikian dengan pandai dan meyakinkan"

David Thomson adalah peminat prinsip Machiavellan. Kita tunggu apa ulasan Pas dan TGNA.


Itulah sebabnya saya selalu berpegang pada prinsip "akhirnya kebenaran juga yang akan menyerlah. DAP sudah terang-terangan anti Islam.


Tok Guru Nik Aziz patut berkata PERGI JAHANAM DAP bukannya UMNO

4 comments:

  1. Cuba tengok jangan sesiapa pun kata apa..Kita tunggu saja apa reaksi pemimpin-pemimpin PAS dalam menangani isu ini. Samada ada yang mahu bangun dan mempertahankan Islam dan mualaf atau membiarkannya sahaja. Jika kita buat pungutan suara rakyat yang bukan menjadi ahli parti mana-mana. Rakyat Malaysia terutamanya Melayu Islam. Apalah yang akan mereka katakan? Adakah ini permainan media lagi?

    ReplyDelete
  2. CCZ,

    Maka,untuk mendapat pemimpin yang bukan setakat wibawa,berketerampilan dan berilmu tetapi hendaklah juga memiliki sifat-sifat terpuji. Kita perlu kaji dan menilai semula cara kita memilih pemimpin.

    Akhlak dan moral harus diambil kira dalam memilih pemimpin dan calon dalam parti dan pilihanraya.

    Tidak semestinya kalau beruk dicalonkan oleh parti kita, maka beruk pun kita kena pilih.Wallahualam..

    ReplyDelete
  3. Payah...makin payah..lagu ni!
    Kita tunggu dan lihat je ?

    ReplyDelete
  4. LanaBulu,
    Itulah yang saya maksudkan pemikiran di luar kotak kepartian.

    Kalau kita terlampau lama dalam sesuatu kumpulan pemikiran kita akan jadi jelekit terhadap kumpulan kita sahaja.Sifat-sifat kejelekitan ialah kita merasakan Kumpulan kita sentiasa betul dan kumpulan lain sentiasa salah.

    ReplyDelete