Saturday 8 August 2009

UMNO Jangan 'Pandirkan' Melayu


Selama ini orang Melayu mudah ditakutkan dengan retorik 'ancaman' daripada golongan ekstremis bukan Melayu. Namun pada PRU 13 , isu seumpama itu, yang sering digunakan oleh kerajaan BN untuk mengekalkan kekuasaan mereka sudah hilang nilainya.

Benarkah UMNO ikhlas dalam mempertahankan ketuanan Melayu?Atau mereka lebih suka menggunakan retorik 'kelemahan' dan 'kemiskinan' Melayu untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya terus bergantung harap kepada UMNO. Apakah yang telah mereka lakukan selama ini untuk meningkatkan keyakinan dan martabat orang Melayu? Atau hanya seorang Melayu sahaja yang dibantu..iaitu dirinya sendiri.

Sangat menggusarkan jika UMNO dan BN masih tidak dapat memahami dynamics ini. Di kala rakyat dengan jelas dan terang-terangan telah menolak politik perkauman pada pilihanraya yang lalu, UMNO dan BN masih terperangkap dalam agenda kolot yang diperjuangkan dulu.


Agenda tersebut telah terbukti gagal. Malah agenda tersebut telah gagal di KL, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, di mana PR telah menang dengan meyakinkan.

UMNO jangan gunakan debat yang dangkal dengan peluru yang kosong. Berubahlah sebelum diubah. Jangan curi tulang, Selenggaralah tubuh badan UMNO yang sakit itu .

Kalau terlambat, UMNO diibaratkan dinosaur yang sedang menuju self-destruction kerana kedangkalannya untuk memahami kehendak rakyat yang sebenar. Tetapi masih terus menggunakan retorik dengan item yang sudahpun ‘expired’.
Carilah agenda yang boleh menambah nilai kepada 'trade mark' UMNO.

2 comments:

  1. Sebenarnya UMNo telah memartabatkan Melayu tapi dalam skala besar. Bukan hanya pada individu tetapi hampir keseluruhan Melayu. Cumanya masih ada yang tersisih disebabkan beberapa faktor semulajadi dan kendiri. Di mana-mana akan ada kemiskinan. Selagi ada makhluk yang bernama manusia. Rakyat miskin bukan lagi tertumpu di kampung-kampung tetapi semakin banyak di kalangan rakyat sederhana. Hanya gaji yang menunjukkan angka yang besar tetapi tanggungan hidup lebih besar dari gaji 2 suami isteri.

    Ada yang CCz setuju dan ada yang CCZ setuju. Jika secara umum, CCZ tak setuju tetapi jika refer balik penulisan buana lebih kepad aahli-ahli UMNO maka CCz setuju.

    ReplyDelete
  2. CCZ tahu tak, Mesyuarat UMNO Bahagian Rantau Panjang diadakan dua tempat serentak.Inilah yang saya selalu katakan UMNO tidak peka kepada masalah ahli-ahlinya.

    Satu temp[at dihadiri oleh ketua dan timbalan ketua Bahagian. Satu tempat lagi oleh Naib ketua Bahagian dan majoriti J.kuasa Bahagian.

    Macam mana nak bentuk 1Malaysia kalau UMNO pimpinan Najib dan Muhyidin tidak boleh dijadikan 1UMNO?

    ReplyDelete