Thursday 6 August 2009

UMNO,Melayu dan Politik;Melayu Tipu Melayu



“..kalau langkah-langkah untuk memperbaiki(keadaan nasib orang melayu)tidak dibuat dengan cepat, orang Melayu akan bangsat dan papa di tanahairnya sendiri. Saya akan menutup ucapan ini dengan berkata apa yang saya sebut 20 tahun dahulu; Orang Melayu, bangunlah!”. O.T. Dussek Pengetua MPSI. Dalam satu ucapannya pada tahun 1935, terjemahan simpati beliau dengan perjuangan Melayu.
"Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu," kata O.T. Dussek kepada pelajar-pelajar MCKK.O.T Dussek adalah Pengetua Pertama Maktab Melayu Kuala Kangsar, dipetik dari buku 'Harun Aminurrashid', oleh Abdullah Hussain (DBP, 1982, ms 13).
MPSI telah mengumpulkan lulusan sekolah Melayu yang terpilih dan dari sinilah munculnya pemimpin-pemimpin politik yang berlatarbelakangkan pendidikan guru seperti Abdul Ghafar Baba(Melaka),Syed nasir Ismail(Johor)Abdul Rahman Talib(Pahang),Senu Abdul Rahman(Kedah).
MPSI dan MCKK dua institusi yang melahirkan pemimpin Melayu dari dua tamadun. Namun mereka dapat mengembelingkan tenaga menjadi 1Melayu bersatu. Ini cerita suatu ketika dahulu.

Sekarang kita nak tanya dimana 'kilang pemimpin Melayu yang berjiwa hamba ?" Setelah kita MERDEKA. Banyak IPT ditubuhkan. Produknya-lahirlah demonstrator jalanan yang hebat.

Kita masih gagal dalam kembara memajukan bangsa Melayu. Ramai lagi bangsa Melayu tidak mampu berfikir sebagai Tuan di bumi sendiri. Melayu masih lagi berfikir sebagai orang yang dijajah. Melayu masih lagi boleh dikerah ke sana ke mari membuat kerja KOSONG berdemonstrasi.

Kita terlepas pandang bahawa setiap pagi ramai anak gadis Melayu dan pemuda harapan bangsa akan keluar bekerja di kedai-kedai milik orang cina. Ada di kedai kasut, kedai menjual tikar getah, kedai menjual bunga, kedai gambar, kedai komputer, kedai perabut ,hinggakan ada yang menjadi 'Badang' mengangkat yang ringan dan yang berat. Kedai alat-alat elektrik, bengkel memperbaiki motosikal(lulusan Giat Mara),kedai barangan hardware dan underwear dan bermacam-macam perniagaan lagi samada yang halal ataupun yang haram.
Tetapi apabila tiba musim pilihanraya, gulungan inilah yang dikerah dan disanjung oleh pemimpin . Mereka dipantau secara bermusim. Macam buah durian, rambutan dan langsat. Ada musim.

Slogan membantu Melayu berkumandang dengan nyaringnya semasa pilihanraya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Selepas Pilihanraya hanya 1Melayu sahaja yang dibantu ; iaitu dirinya sendiri.

Dimana silapnya, adakah perangai Tuah atau perangai Jebat yang mengalir dalam darah daging Melayu??

Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita inginkan sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.

Tun Perak adalah bendahara kesultanan Melaka yang agung. Dibawah pentadbiran beliau Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur. Tun Perak adalah arkitek kepada satu keteraturan serantau, perdagangan bebas dan kehidupan sosial yang amat kosmopolitan. Di situ juga bermula sistem perundangan dan peraturan. Tanpa sistem perundangan dan peraturan ini Melaka tidak boleh wujud sebagai empayar yang makmur dan pusat perdagangan Asia.

Kita amat memerlukan sifat Tun Perak dikalangan pemimpin UMNO dan Negara.















2 comments:

  1. Perbincangan yg sangat baik TAPI dimana harus bermula?
    Siapakah yg harus memacu?
    Dimanakah landasannya?

    ReplyDelete
  2. LanaBulu,

    Maaf, ini pemikiran saya;

    sistem pendidikan agama hendaklah dirombak semula. Agar ianya dapat menyediakan asas yang mantap untuk melahirkan muslim baru yang boleh digelar 'ulama intelektual'.

    Di Negara kita masih terdapat dualisme dalam sistem pendidikan;aliran agama dan kebangsaan.maka lahirlah kelompok manusia yang berbeza oreientasi pemikiran dan 'world view'.Ini boleh menimbulkan konflik berterusan dalam orientasi kepimpinan masa depan.

    Ringkasnya leraikan sistem dualisme pendidikan.

    ReplyDelete