Sunday 1 November 2009

Bencana Memuji Pemimpin

Kebanyakkan manusia amat-amat suka dipuji. Dalam politik ada dua jenis manusia. Satu dari jenis suka memuji manakala satu lagi jenis suka dipuji.

Kedua-duanya berinteraksi diantara satu sama lain dan mewarnai kehidupan masing-masing. Begitu juga organisasi politik. Oleh kerana organisasi politik diwargai oleh kumpulan manusia maka ia juga perlu mendapat pujian yang tinggi dalam usaha mendapat sokongan majoriti.

Untuk memenuhi matlamat itu maka berbagai-bagai agensi dilantik sebagai penyambung lidah parti politik berkenaan. Bersimpang-siurlah pujian terhadap pemimpin dan parti-parti politik yang ada. Pertembungan pujian dan kejian bagai rebut petir diantara satu sama lain.

Ada individu yang menyokong satu-satu parti itu sejak ‘dalam telor’ lagi lebih vocal di kedai-kedai kopi memuji dan mempertahankan pemimpin dan parti yang didukunginya. Taklah berkira sangat samada partinya dan pemimpinya telah tergelincir daripada landasan asal atau tidak. Namun demikian dimensi sebarannya tidak luas tetapi ia boleh mewujudkan jaringan yang lebar melalui sebaran dari mulut ke mulut.

Dalam entri ini saya tidak bercadang untuk menekankan aspek sebaran puji-pujian itu berkesan atau tidak. Saya lebih ingin menterjemahkan dalam aspek ‘bencana memuji’.

Kebanyakkan manusia terlepas pandang bahawa memuji orang adakalanya dilarang pada sesetengah tempat dan masa. Apatah lagi mencela, mengumpat dan merendah-rendahkan kedudukan orang lain.

Kata pendita , dalam pujian ada enam bahayanya. Empat bahaya akan tersangkut dengan orang yang memuji, dan dua bahaya kepada orang yang dipuji.

Bahaya kepada pemuji ialah:

1. Jangan berlebih-lebihan memuji sehingga menjadi pendusta pula.


2. Dengan puji-pujiannya tanpa sempadan boleh menimbulkan rasa riyak dan munafik, seolah-olah kecintaannya pada seseorang itu melebihi dari segala-galanya waima melangkaui sempadan agama.

3. Dengan terhamburnya pujian itu ia telah mengatakan sesuatu yang dia sendiri belum tahu dan pasti samada betul atau dusta. Dengan kata lain dia sendiri belum selidiki faktanya.

4. Melalui pujiannya ia amat mengembirakan hati orang yang dipujinya walaupun pada hakikat dan hakikinya orang berkenaan adalah orang yang zalim dan fasik.

Terbaca saya tentang kata-kata al-Hassan r.a.: “Sesiapa yang mendoakan bagi seseorang yang zalim, maka seolah-olahnya ia suka dan redha orang berkenaan itu melakukan maksiat kepada Allah di bumi Nya”

Manakala bahaya yang boleh menimpa orang yang dipuji ialah:

1. Dengan penerimaan pujian itu, akan timbul perasaan tak sedar diri, riak dan takbur. Riak dan takbur adalah sifat yang membinasakan.

2. Bagi penerima pujian akan timbul dalam dirinya rasa gembira dan sangat senang. Akibatnyaya dia akan menjadi cuai tentang kesilapannya dan akan menganggap telah sempurna disebabkan pujian yang melampaui batasan. Kemudian dengan sendirinya kurang berusaha untuk menambahkan kebaikkan.

Bagi penyokong mana-mana parti politik maupun mana-mana pemimpin ,saya suka memuatkan dialog Saiyidana Umar Ibnul-Khattab apabila beliau mendengar seseorang sedang memuji-muji watak seseorang didepannya;

Saiyidina Umar, “Pernahkah kau berpergian bersama-sama orang itu?”

Si Pemuji, “Belum pernah.”

Saiyidina Umar,”Pernahkah membuat perjanjian dengannya?”

Si Pemuji,”Belum.”

Saiyidina Umar,”Pernahkah engkau bersama-samanya pagi dan petang?”

Si Pemuji,”Belum”

Lalu Saiyidina Umar berkata, “Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Allah, aku tak fikir kau sudah benar-benar mengenalinya.”

Firma Allah Taala:

“Jika ada orang fasik membawa sesuatu berita kepada mu, maka hendaklah kamu memeriksanya terlebih dahulu.”
(al-Hujurat:6)

Wallahualam.

5 comments:

  1. Tetapi CCZ ingin memuji bahawa penulisan buana amat bagus sekali.Gaya bahasa jelas menunjukkan Buana ini adalah somebody..Buanasuara ni mesti orang penting ni..betul tak?

    ReplyDelete
  2. salam
    CCZ jugak memuji tu.
    walau apa2 pun, pujian sememangnya melalaikan, kita boleh lihat bahananya pada nik ajis. tkasih.

    ReplyDelete
  3. Ramai juga orang menggunakan kemahiran memuji sebagai alat untuk mencari untung. Tetapi ramai juga orang yang memerhatikan pemuji sebagai orang yang tidak jujur. Hamba sendiri biasa juga memerhatikan beberapa sahabat yang pandai memberi hormat kepada orang yang boleh memberi untung kepadanya dengan cara tunduk dan mencium tangan; tetapi akhirnya dia juga memaki dan mencerca orang yang dicium tangannya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas komentar kawan-kawan. Semoga kita semua terhindar dari 3 perkara pokok yang menyebabkan kita munafik;Bila berbicara kita berbohong,bila berjanji kita mungkir dan bila diamanahkan sesuatu kita khianat.

    ReplyDelete