"Politik wang bukan rasuah," demikianlah pendirian yang dipegang calon UMNO-BN Bagan Pinang, Mohd Isa Abdul Samad (gambar kanan). Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO.
Isa Samad dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun pada mulanya oleh Lembaga Disiplin Umno, setelah disabitkan kesalahan terlibat dalam politik wang. Kemudiannya, hukuman ini diringankan kepada 3 tahun selepas rayuan dibuat, berakhir pada Jun 2008.
(Maknanya Isa dihukum kerana Bodoh dan bebalnya anggota Badan Disiplin UMNO yang tidak dapat membezakan rasuah dan sedekah untuk dapat undi dari perwakilan!!!)
Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hassan mendakwa dirinya yang mencalonkan Isa Samad. Ketika ditanya kepada Isa Samad, beliau mengesahkan bahawa Mohd Hassan pernah mencadang kepadanya untuk bertanding dalam PRK Bagan Pinang.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hassan mendakwa dirinya yang mencalonkan Isa Samad. Ketika ditanya kepada Isa Samad, beliau mengesahkan bahawa Mohd Hassan pernah mencadang kepadanya untuk bertanding dalam PRK Bagan Pinang.
Surat Permohonan Isa Samad kepada MB Negeri Sembilan soalan BUANASUARA;
Kenapa Pengurusan UMNO Pusat tidak siasat siapa punya citrawara ini?
Rasuah politik sebenarnya telah dimulakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah?
ReplyDeleteCCZ,
ReplyDeleteKita tak tahu bila dan siapa mulakan. Tak ada journal untuk menjustifikasikan sesiapa.
Apa pun..tak kira Siapa yang mulakan, siapa yang sedang mengamalkan dan siapa yang menyokong adalah merupakan penyokong UMNO yang boleh disifatkan sebagai "SOKONG BAWA REBAH'
Genarasi kita wajib membenteraskan gejala ini habis-habisan 'without Fear or Favour' kalau sayangkan UMNO.
Jangan 'Double Standard' dalam pendekatan.
Kita tidak akan dipanggil 'crusaders' bermoral kalau KJ kita benci atas alasan politik wang tetapi Isa kita sokong dan julang habis-habisan.
Penglibatan ISA buka 'hearsay' tetapi dia dibuktikan benar oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sementara KJ atau Tengku Razaliegh merupakan tuduhan tanpa bukti.
Kalau benar pun...KJ dan Tengku tidak bertanding di N31.
Bagi Buanasuara tidak ada makna menang di Bagan Pinang sekiranya seluruh rakyat 1Malaysia menerima konsep yang salah iaitu pemegang kuasa UMNO adalah terdiri daripada perasuah.
Intipati perbincangan Buana ialah pilih calon yang bukan sahaja nampak bersih tetapi benar-benar bersih. Biarkan Isa buktikan kesetiaan dengan UMNO dalam PRK ini dengan membantu calon berkenaan secara 'habis kudrat'. Kalau sayangkan sangat ISA lantiklah Senator ke..atau apa-apalah dengan kuasa yang ada pada presiden.
Sebagaimana entri buanasuara sebelum ini tentang Brutus dan Caesar.."bukan saya tidak sayangkan ISA tetapi kita sayangkan UMNO lebih dari ISA"...sama juga" Najib,Muhyidin,Mahathir dan Tengku bukan benci PAk Lah Tetapi mereka sayangkan UMNO lebih dari Pak Lah"
Buanasuara masih ingat lagi dalam ucapan penangguhan semasa Isa menang Naib Presiden dengan jumlah undi melebihi Muhyidin, bunyinya lebih kurang begini.."mana-mana perwakilan yang menemui saya tetapi tidak mengundi saya....kita jumpa di Padang Masyar " Apa maknanya tu....Sesiapa yang ambil wang saya tetapi tidak mengundi saya..saya tidak halal dunia akhirat..
Cukuplah..merdekakan minda kita..Jom kita sokong UMNO, Jangan sokong individu'...
SELAMAT BERJUANG..
Mari kita desak supaya SIASAT KAIN RENTANG YANG SAYA SIFATKAN 'SURAT PERMOHONAN ISA' ITU.
INI BUDAYA 'GANGSTERISM'. UMNO TIDAK PERLU 'MAFIA'..