Saturday 10 October 2009

N31:Pemimpin Gagal Belajar Perlu Diajar

Sekiranya masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama, ikhlas dalam perjuangan, bersih hati dan jiwanya daripada pengaruh duniawi yang merosakkan, maka budaya gelojoh dan buruk dalam perlakuan politik tentunya dapat dihindarkan. Ini memerlukan perubahan radikal dari segi nilai dan sikap semua pihak.
”barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah/menukar dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Itu merupakan selemah-lemah iman.”

Para pemimpin Umno yang ada terlalu berkepentingan dan asyik mempertahankan diri dan menyalahkan orang lain bagi setiap perlakuan songsang yang buatnya.


Pinggirkan Calon yang dikitar semula dari timbunan sampah kerjaya yang penuh kejelekan dan korupsi.


Selamatkan nasib orang Melayu dari tertimbus sepenuhnya. Untuk itu pemimpin Melayu yang sudah tidak lagi mampu menyelaraskan kewujudan UMNO perlu diajar.



Jangan fikir UMNO sahaja yang berbudi pada Melayu, tetapi Melayu juga berbudi kepada UMNO. Tanpa sokongan Melayu marhaen, UMNO sudah lama hilang dimata dan hilang dihati. Dan terus hilang sebagaimana hilangnya Kesultanan Melaka.

2 comments:

  1. inikah budaya orang islam yang diajar oleh pas supaya berdendam dan mengungkit segala hal yang telah lama basi ditelan masa? itukah islam yang dipelajari oleh kamu? bila mana BN menang, macam2 kamu katakan yang BN ni kitar semula pemimpin rasuahlah, jahatlah.. dan memacam. apa PAS layak ke ambil alih kerajaan persekutuan dengan kelemahan mereka yang terlalu ketara sehingga mampu menjahanamkan negara ini? sian..

    ReplyDelete
  2. Tun Mahathir, Bekas presiden Umno… "Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang.
    "Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,''
    Seterusnya Tun berkata … "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

    "Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno,"

    Media Cyber:
    INI TUN SENDIRI YANG KATA. SIAPALAH KITA BERBANDING DENGAN TUN.. KITA HANYA IBARAT SETITIK EMBUN DI LAUTAN YANG LUAS. HADIR TAK MERAMAIKAN, HILANG TAK TERASA.

    ReplyDelete